"Kuat sikit suara tu! Macam mana nak jadi polis kalau suara tak kuat macam apa! Kuat lagi! Kuat!", Konstabel Latifah memberi arahan. Suaranya amat lantang bagai halilintar.
"Satu! Dua! Satu! Dua!", bergema suara Skuadron Wanita yang sedang berkawad. Konstabel Latifah hanya memerhati dengan tajam.
-----------------------------------------------------------------------
"Ok! Tamat sudah latihan kita hari ni! Tahniah semua hari ni hari terakhir kita melakukan latihan. Anda semua akan tamat pengajian di PULAPOL ini!", ujar Konstabel Latifah."Esok anda akan menduduki ujian untuk menilai sama ada anda layak untuk menjadi polis yang anda impikan dan menjadi antara yang terhebat di kalangan anda. So, selamat menduduki ujian tersebut. Good luck! Bersurai!", ujar Konstabel Latifah lantang. Semua Skuadron Wanita pergi dari padang kawad. Semua berwajah ceria. Akhirnya, tamat sudah latihan mereka yang amat menguji tahap kesabaran mental dan fizikal mereka.
"Izan! Oi!", bahunya ditepuk. Izana memandang gerangan yang menepuk bahunya. Kemudian, menjeling tajam. "Kau pahal? Nak penampar ke?", marah Izana.
"Alah! Rilekslah! Bro, sah-sahlah kan mesti kau dapat bahagian narkotik dan jenayah tu kan?", ujar Sumayyah. "Haha! Of courselah, Aya! Aku nak follow jejak langkah arwah babah aku! Nak sambung legasi keturunan Encik Umar!", Izana buat muka bangga. Sumayyah berdecit. "Eceh! Yalah, Izan.", Sumayyah tersengih. Kemudian, mereka bersama-sama bergerak ke asrama.
-----------------------------------------------------------------------
"Izan! Kau tak nak celebrate hari last day kita ke?", tanya Sumayyah. Dia sedang memegang dua botol A&W yang tadi diambil dari dalam lokernya."It's okay. Korang enjoy jelah. Aku nak get ready untuk test esok", jawab Izana. Dia sedang 'bertapa' di meja studynya. Esok mereka akan menjalani dua latihan iaitu latihan fizikal dan bertulis. Sekarang ini dia perlu study habis-habisan untuk ujian bertulis pagi esok.
"Haha! Rajin kau, Izan. Haa. Oklah. Aku nak enjoy dulu! Dedaaaa~~", Sumayyah segera keluar dari bilik. Izana hanya mengangguk. Dia perlu fokus.
"Babah! Izana janji dengan babah. Izana akan jadi macam babah. Babah tengoklah ya? Doakan Izana berjaya!", Izana merenung gambar arwah babahnya yang segak mengenakan pakaian seragam polis. Elok terletak kemas di atas meha studynya. Kemudian, dia sambung semula studynya itu.
-----------------------------------------------------------------------
"Semua bangun! Solat Subuh!", suara Konstabel Latifah sudah bergema di asrama Skuadron Wanita. Izana yang baru siap mandi, berjalan masuk ke dalam bilik. Rakan-rakannya terkocoh-kocoh bangun dari katil dan terus menuju ke bilik air."Awal kamu bangun, Sharifah Izana?", suara Konstabel Latifah seakan sinis. Izana ketawa kecil. "Puan, there's no need to call me as Sharifah Izana. I've my own name. Setiap manusia sama saja nilai dia pada Allah. Yang membezakan hanya dosa dan pahala saja, Puan.", ujar Izana. Konstabel Latifah tersentap. Izana memang tidak suka langsung orang memanggilnya dengan Sharifah. Itu hanya pangkat semata-mata. Izana senyum sinis kemudian beredar ke lokernya. Konstabel Latifah merengus marah kemudian berlalu pergi.
"Darjat dan kuasa tidak penting untuk mengukur kehebatan seorang manusia. Bahkan, tiada langsung nilainya di sisi Allah!", Izana mengulangi kata-kata babahnya yang sentiasa menjadi pedomannya.
Pakaian seragam polis disarungkan pada badannya. Tudung disarung cermat."Doakan Izana,babah!", Izana naik bersemangat. Dia segera bergerak menuju ke dewan peperiksaan.
-----------------------------------------------------------------------
"Whoa! Izan! Macam polis betul! Segak gila!", ujar Sumayyah dengan mata membulat memandang Izana. Dia amat mengagumi sahabatnya itu. Memang layak untuk jadi seorang inspektor. "Ish! Mana ada! Macam-macamlah kau ni, Aya!", Izana tersipu-sipu. "Ececeh! Malu pulak! Babe, aku doakan kau supaya kau jadi polis yang terhebat dan ya! Macam babah kau!", Sumayyah tepuk bahu Izana. Izana mengangguk. "Haha! Aku pun doakan kau jugak. Jaga diri kau tu baik-baik! Ok?", Izana mencubit pipi Sumayyah. "Auch! Touching!", Sumayyah buat gaya gedik. Kemudian, mereka tergelak."PERHATIAN! PERHATIAN KEPADA SKUADRON WANITA BATCH 1/38! SILA PERGI KE DEWAN C SEKARANG JUGA!", suara seorang komander lelaki lantang memenuhi ruang hadapan dewan tempat Skuadron Wanita berkumpul. Izana dan lain-lain segera pergi ke dewan C. Setelah mereka tiba di sana, mereka diberi taklimat dan menjawab soalan selama sejam.
YOU ARE READING
Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]
RomanceTakdir telah menentukan arah mana Izana Sofea mahu pergi. Pintu hatinya telah tertutup kerana lelaki yang amat dia cintai tidak mengotakan janjinya untuk mengahwininya. Muncul tiga orang jejaka tampan iaitu Amar, Rizqi dan Farhan, seorang pemuda Cin...