Bab 6

477 12 0
                                    

Hari ini, hari ketiga Izana bertugas. Dia melangkah masuk ke dalam balai polis dengan senyuman. Kebanyakan anggota polis lelaki untuk menegurnya dan Izana hanya menyapa mereka dengan senyuman dan anggukan.

Izana menolak pintu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

"Assalamualaikum!", Izana melangkah ke tempat duduknya. Kemudian, dia menghempas badannya di atas kerusi. Keluhan kecil dilepaskan.

"Izana, kalau awak still marah pasal semalam. Saya mintak maaf bagi pihak Rizqi.", ujar Amar perlahan. Izana menggelengkan kepalanya. "Biarkan. Saya tak nak fikir dah masalah tu.", Izana tersenyum hambar. "So, semalam. Ada nampak tak orang hulur dadah? Saya tak fokus semalam.", tanya Izana. Amar menggeleng. "Tak adalah, Izana. Judi dalam phone pun tak ada", jawab Amar.

"Mesra betul nampak. Tak reti buat kerja ke?", Rizqi memerli sinis. Izana menjeling tajam.

"Yang kau tak puas hati dengan aku kenapa? Jealous aku bercakap dengan Amar? Kau nak aku bercakap dengan kau? Macam tu?", marah Izana. Rizqi senyum sinis. "Memang. Memang aku tak puas hati dengan kau. Aku tak suka kau! Meluat! Menyampah! Menggatal dengan lelaki! Rembat kawan aku!", tengking Rizqi.

Pangg! Rizqi memegang pipinya yang terasa bisa. Izana melempangnya?

"Ehh jantan! Kau ingat aku nak kerja dengan kau ke? Perempuan gatal? Dah banyak sangat ke pahala kau nak fitnah aku? Cakap baik sikit! Aku tak batak nak menggatal dengan lelakilah!", marah Izana balik. "Kau benci perempuan? Sah kau gay", Izana tersengih sinis. Rizqi angkat tangannya. Tanda amarahnya sudah memuncak. Nak melempang budak yang mulut celopar depannya ini.

"Nak lempang aku? Kau jantan dayus ke, Rizqi?", Izana perli lagi. Rizqi merengus. Dia duduk di tempatnya semula. Izana senyum sinis. Dia menang lagi. Kau belum tahu aku siapa, Rizqi!

"Jangan ingat aku perempuan. Aku lemah. Kalau aku lemah, macam mana aku boleh jadi pelatih inspektor, wahai Cik Abang Rizqi", Izana senyum manis. Rizqi yang melihat tersentak. Jantungnya berdegup kencang. Amar tergelak kecil apabila melihat muka Rizqi yang sudah memerah.

"Eh! Eh! Cik Abang Rizqi malu? Alolo! Comelnya!", Izana makin melebarkan senyumannya. Bertambah merah muka Rizqi diperlakukan sebegitu. Izana dan Amar tergelak. "Ni gay? Baru tarik senyum, dah merah muka", Izana mengejek Rizqi. Rizqi termalu sendiri.
---------------------------------------------------------------------------------
"Solehim, teman aku boleh?", Farhan buat muka merayu. "Teman apa?", Solehim menjongketkan keningnya. "Pergi balai polis. Nak tengok landskap balai polis plus nak tunjuk blueprint ni kat diaorang.", jawab Farhan. Solehim mengangguk. "Boleh jugak. Boleh aku ushar polis baru tu!", Solehim buat muka gatal. Farhan buat muka meluat.

"Dah! Dah! Jom! Dah masuk waktu lunch dah ni! Nanti jammed lah pulak!", Farhan bangun dari duduknya. Blue print sudah disimpan di dalam bekas khas diambil. Solehim mengikuti Farhan dari belakang.

10 minit kemudian, mereka tiba di Balai Polis Kuantan. Farhan melangkah masuk ke dalam balai polis bersama Solehim.

"Miss, dekat mana ehh bilik ketua polis? Saya ada appointment dengan dia.", tanya Farhan. Izana tersentak. 'Cina mana pulak lah yang fasih cakap Melayu ni! Handsome pulak tu!', Izana tersengih. "Bilik ketua polis? Encik just go straight. Lepas tu belok kanan. And then Encik akan nampak bilik dia.", jawab Izana. Farhan mengangguk. Kemudian, dia berlalu pergi. Izana tersengih sendiri. Kemudian, dia beredar ke Jabatan Jenayah Narkotik.

"Farhan, kau tahu tak dengan siapa yang kau tanya tu? ", Solehim tersenyum penuh makna. Farhan mengangkat bahu. "Entah. Mana aku tahu. Kau ingat aku busybody macam kau ke?", jawab Farhan. "Ish! Tulah polis baru yang aku cakap tadi! Lawa kan? Dahlah nanti jadi Inspektor. Body pun lawa. Sesuai sangat dengan impian aku nak isteri kerja bahagian macam ni! ", Solehim buat muka gatal. Farhan menjeling Solehim.

"Yelah tu, Solehim! Nampak polis cantik, kau cakap memang impian kau nak isteri macam ni. Nampak model cantik pun sama. Ni penampar ni, kau tak nak jadikan impian kau jugak ke? ", Farhan menayangkan tapak tangannya kepada Solehim. Solehim menyengih. "Bro, biasalah tu. Macam kau tak kenal aku ni macam mana! ", Solehim menepuk bahu Farhan perlahan.  Farhan yang mendengar membuat muka menyampah.

Kini, mereka tiba di hadapan bilik Ketua Polis. Pintu diketuk dan dibuka setelag laungan 'masuk' dilaungkan dari dalam.
_____________________________________

Izana masuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Selepas itu, duduk di tempatnya. Tanpa sedar, dia tersengih seorang diri. Amar yang melihatnya tersenyum kecil. Haih, sejak bila Izana ni berangan? Ya Tuhan, macam orang mental dah aku tengok.

PAPPPP!!  Meja Izana diketuk.

"OPOCOT!  LELAKI CINA COMEL MACAM KPOP!! ", Izana menekap mulutnya. Aduh!! Melatahlah pulak!!
Amar dan yang lain sudah tergelak. Rizqi yang terdengar sudah menekup mulut menahan tawanya dari meletus. Kemudian, ketawanya meletus. Rizqi ketawa terbahak bahak.

"Ish!!  Apa ni Amar! Dah melatah! ", marah Izana. "Haha! Sorry Izana. Lagipun, siapa suruh awak berangan waktu bekerja!! Kan dah kena! Siapa lelaki cina comel yang macam Kpop tu? Ni mesti engineer yang datang tadi tu kan?", ujar Amar. "Ok! Ok! Sorry!! Promise lepas ni saya tak buat dah!", balas Izana. "Tahu pun! Ingat sikit awak tu bakal Inspektor! Kitorang tau yang menilai Izana dari A-Z!! Beware Izana. I got my eyes on you!", ujar Amar. Izana menangguk.

"Ai! Ai! Inspektor Amar! I got my eyes on you too!! ", Izana kenyitkan matanya kepada Amar. Muka Amar memerah dan yang lain terpegun melihat Izana berbuat demikian. Rizqi merasakan dadanya berdetak kencang.  What the hell Izana. Aku dah cair dengan kau ni!!

Izana tergelak melihat wajah-wajah rakan sekerjanya itu.

Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk.

"Yes! Come in! ", ujar Amar. Pintu dibuka perlahan.

"Cik Sharifah Izana Sofea ada tak? ", tanya seorang pegawai polis lelaki. Semua tertumpu ke arah Izana. "Yes. Ada apa ya Inspektor? ", tanya Izana sopan. "Ketua Polis nak jumpa cik", Izana tercengang.

*so sorry bc lambat sangat update. Disebabkan saya dah habis exam and phone ada dekat tangan saya. InshaAllah saya akan update 3 hari sekali when saya ada dekat asrama ni. So enjoy and feel free to vote!!

Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now