Kelihatan seorang lelaki berkemeja berwarna baby blue sedang melukis pelan bangunan.
"Farhan oi, berhentilah kejap. Minum dulu air yang aku buat ni".
"Kejaplah, Solehim. Sikit je lagi!", mata Farhan masih tertumpu kepada lukisan pelan yang dibuatnya. Solehim mengeluh. Air Nescafe Mocha yang dibuatnya tadi dihirup perlahan.
"Ok! Siap! Bak sini air yang kau buat tu. Dahagalah!", Farhan sudah menghempaskan badannya dia atas sofa. Air kopi Latte yang sudah sudah siap dibancuh sedari tadi dihulur. Farhan pantas menyambut dan menghirupnya perlahan.
"Kau lukis pelan bangunan apa? Pelik je aku tengok.", Solehim melihat pelan bangunan itu. "Balai Polis Kuantan. Bangunan baru untuk department-department penting.", jawab Farhan. Solehim mengangguk. "Ooh. Ada jugak kerja kau dekat sini ehh? Kalau tak goyang kaki jelah kau dekat sini hari-hari", Solehim mengejek. Farhan mencebik. "Cakap aku tak ada kerja. Kau? Boleh pulak melepak dekat bilik aku ni haa. Tak ada kerja?", Farhan balas semula.
"Haha! Jahat kau, Farhan", Solehim buat muka. Farhan tergelak.
"Hah! Lupa pulak! Aku tadi dengar cerita daripada staff-staff dekat luar tu. Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan ada staff baru. Perempuan pulak tu. For the first time in forever, ada perempuan masuk situ. Diaorang cakap lawa. Muka macam Nealofa gitu. Hidung mancung. Fuhh!", Solehim menyengih sambil menayang ibu jarinya tanda bagus. Farhan menunjal kepala Solehim. "Sengal! Dasar gatal punya Solehim! Yang kau bagitahu aku tu buat apa! Kau nak suruh aku ushar dia? Macam tu?", marah Farhan.
"Ish! Cerita je kut! Mana ada aku suruh kau ushar! Aku yang nak ushar dia! Tapi, kalau kau nak ushar, ushar je lah. Tapi, kalau aku dapat dulu. Sorry to say, dedaa Farhan~~!", Solehim segera blah selepas dia berkata sedemikian. Farhan menggeleng kepala. "Pantang nampak perempuan dahi licin, semua kau nak balun! Dahlah sikit pun tak tinggal kat aku!", bebel Farhan.
---------------------------------------------------------------------------------
"Haa! Nah! Jaga baik-baik credit card ni. Ni bukan credit card tipu tau! Original punya.", Izana menghulurkan gold credit card kepada Amar dan Rizqi."Dua credit card? Wow! Banyaknya. Dari mana Izana dapat ni?", tanya Amar. "Haziq pass dekat saya. Dia cakap saya ni malas nak bawak keluar duit", Izana tergelak kecil. "Zamir, Aiman dengan Azrin. Pakai tuxedo ni. Jadi bodyguard Amar dengan Rizqi, boleh?", tanya Izana. Mereka mengangguk.
"Dari mana kau dapat tuxedo ni? Tiga pulak tu!", Rizqi tersengih sinis.
"Kau ingat aku jadi polis 24 jam ke? Aku ada kerja lain jugak.", jawab Izana. Dia senyum sinis. Yang lain hanya senyap. Kalau Izana dan Rizqi berbalah, mereka tak nak masuk campur. Takut benda lain pulak yang jadi.
"Malam ni, buat elok-elok ya. Saya tak boleh masuk sana. Jaga iman elok-elok!", gurau Izana. Mereka tergelak besar. Kemudian, mereka pulang ke rumah masing-masing.
---------------------------------------------------------------------------------
Izana pulang ke kondominium yang baru diinapinya hari ini. Abangnya telah menyuruh beberapa orang pekerjanya untuk mengemas kondo itu. Kondo itu dibeli oleh abangnya. Izana rasa hendak menangis apabila abangnya menghadiahkan dirinya kereta Mazda R8 berwarna hitam.Tiba-tiba, lagu Treat You Better berkumandang di biliknya. Izana mengambil telefonnya. Call diangkat.
"Ok. Aku gerak. Btw, thank you for this info, bro", panggilan diputuskan. Izana bersiap. Kali ini, dia perlu menggunakan penyamaran. Setelah bersiap, dia terus bergerak ke club eklusif yang terdapat di IM.
---------------------------------------------------------------------------------
Izana memarkirkan keretanya di hadapan club tersebut. Dia segera keluar dari keretanya lalu berjalan pantas ke club itu. Dia berjaya melangkah masuk dengan hanya menayangkan gold credit card yang hanya terdapat 10 keping di negara ini. Penjaga pintu itu mulanya terkejut kemudian mengangguk membenarkan Izana masuk.Izana mencari di mana Amar dan Rizqi berada. Setelah 10 minit mencari, dia terjumpa mereka. Segera dia melangkah menuju ke arah mereka.
"Kenapa ni Azrin?", tanya Izana. Azrin terkejut. "Am I know you, Sir?", tanya Azrin pelik. Muka macam orang putih tapi fluent gila Malay dia. Tengok muka, tak kenal langsung. "Sayalah. Izana. Kenapa ni?", tanya Izana. Azrin sedikit terkejut. "Ohh, Izana. Erm... Tak tahulah. Rizqi, dia buat hal.", jawab Azrin. Izana mengangguk tanda mengerti. Dia bergerak ke arah Rizqi yang sedang panas berbalah dengan seorang pelanggan lain.
"Boleh saya tahu apa yang berlaku?", celah Izana. "Sir, this is his fault! Kenapa nak larang I minum? Biarlah I nak mati ke apa ke! You kesah apa!!", marah lelaki itu. Rizqi memandang lelaki itu dengan muka bengis. "Sorrylah, Encik. Kawan saya ni ada problem sikit dengan orang yang minum. Sorry again!", Izana menunduk sedikit. Tanda minta maaf. Lelaki itu mengangguk.
"Baguslah you datang. Kalau tak lama dah kawan you kena belasah dengan geng I sebab mulut celopar dia tu!", kata lelaki itu sedikit berlagak. Rizqi ingin menggertak lelaki itu tetapi Izana menahan dengan menarik lengan baju Rizqi. Dia memandang Rizqi tajam.
"Let's go. All of you. Come with me. I have something to talk with all of you.", ujar Izana sambil menarik lengan baju Rizqi keluar dari club itu. Semua mengikutinya walaupun mereka tidak tahu lelaki itu adalah Izana.
---------------------------------------------------------------------------------
"Rizqi, kenapa dengan kau ni haa? Aku suruh berlagak macam orang kaya bukan jadi ustaz pergi tegur orang dekat sarang Syaitan!", Izana sudah mencekak kolar leher Rizqi. Semua tercengang. Suara macam orang perempuan tapi muka tu lelaki!"Wait! Wait! Kau ni siapa? Tarik-tarik lengan baju aku? Cekak kolar leher aku? Asal? Nak kena tangkap ke?", marah Rizqi. Izana melepaskan leher Rizqi. Dia mengeluh. Topeng muka dan rambut palsu dicabut. Shawl yang diselimpang di leher diambil kemudian menutupi kepalanya yang hanya disarungkan innerneck.
"Izana?", semua terkejut. "Yes! Memang saya! Sebab koranglah saya terpaksa datang club ni!", Izana mengeluh lagi. "Rizqi, kau ni pun satu hal! Yang engkau pergi tegur mamat tadi tu kenapa?! Bodohnya lahai! Otak taruk dekat mana? Lutut?", marah Izana. Bengang dengan Rizqi. Rizqi merengus. "Kenapanya? Salah aku tegur? Macam tu?", Rizqi masih membela diri. Izana mengelengkan kepala. "Kau nak tegur, tegur tempat lainlah! Kalau diaorang syak kita polis, kau ingat kita boleh keluar hidup-hidup ke? Yang kau pergi tegur orang hati mati tu buat apa? Nak curah air dekat daun keladi? Macam tu?", marah Izana balik. Rizqi terdiam.
"Dah! Dah! Balik! Izana, balik rumah. Tenangkan fikiran. Thank you for saving us tonight and so sorry because awak terpaksa datang sini.", ujar Amar. Izana mengangguk. Dia balik ke kondominium selepas mereka semua beredar. Bukan apa. Dia takut orang yang bergaduh dengan Rizqi tadi upah orang untuk ekori mereka.
YOU ARE READING
Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]
RomanceTakdir telah menentukan arah mana Izana Sofea mahu pergi. Pintu hatinya telah tertutup kerana lelaki yang amat dia cintai tidak mengotakan janjinya untuk mengahwininya. Muncul tiga orang jejaka tampan iaitu Amar, Rizqi dan Farhan, seorang pemuda Cin...