BAB 3

625 16 0
                                    

Izana melangkah masuk ke dalam Balai Polis Kuantan. Semua staf memandang ke arahnya. Ada yang berbisik, tercengang dan sebagainya. Dia pergi ke arah kaunter pertanyaan.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dekat mana ya, encik?", Izana bertanya kepada anggota polis yang berada di Jabatan Pengurusan. Anggota polis lelaki itu mula gelabah. Anggota polis wanita di hadapannya itu amat cantik dan menawan. "Ehh? Ohh. Cik just go straight. Nanti ada papan tanda Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. And then just follow the flew.", Izana mengangguk.

Dia berjalan terus ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Anggota polis lelaki tadi masih tercengang. "Polis perempuan masuk Jabatan Narkotik? Biar betul?", hati anggota polis lelaki itu berdetak kencang. Semua staff berbisik-bisik. Semua kecoh tentang anggota polis perempuan yang baru masuk ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Nama Izana terus melonjak naik bagaikan sedang trending di Twitter. Biarpun hari ini adalah hari pertama dia bertugas di sana.
___________________________________________________
"Assalamualaikum!", Izana mengetuk pintu yang sudah luas terbuka sambil memberi salam. Semua memandang ke arahnya.

"Kau ke Sharifah Izana Sofea Bintu Sheikh Umar Rizman? Allah. Nama orang kaya memang panjang ke?", seorang anggota polis lelaki memerli sinis Izana. Izana memandang tajam wajah anggota polis lelaki. Kalau boleh, pandang sampai nak telan. Biar dia jadi ayam penyet version orang untuk lunch dia hari ni!

"Eh Rizqi! Kau agaklah! Tu anak Bekas  Komisioner Polis Umarlah! Behavelah sikit!", kata seorang anggota polis yang lain. "Maaflah, Cik  Sharifah Izana Sofea. Saya Amar. Ni yang paling bangang depan Cik ni, Rizqi. Budak ni memang tak adab sikit.", Amar menepuk belakang badan Rizqi dengan kuat beberapa kali. Tanda amaran dia bakal di'jet' dengan kuat. Amar hanya mampu tersengih bila Izana memandang mereka dengan pelik.

Izana mengangguk. "It's okay. Saya tak kisah. Lagipun, saya dah lali dengar perlian macam tu. Btw, Encik Amar. Saya nak duduk di mana, ya?", Izana bertanya. "Cik, boleh duduk sebelah saya. Kami ingat lelaki yang masuk. Rupanya perempuan. Tahniahlah sebab dapat masuk sini!", Izana mengangguk. "Terima kasih.", Izana duduk di tempatnya. Rizqi memandang Izana tajam sambil merengus marah dan duduk di tempatnya semula.

"Okay, Cik Izana. Saya akan kenalkan awak staff di bahagian ni. Yang depan awak ni, Inspektof Rizqi, sebelah dia, Lans Koperal Zamir, sebelah Zamir, Koperal Aiman and beside me, Inspektor Azrin. So, welcome to this men club, Miss Izana!", semua bertepuk tangan kecuali Rizqi dengan muka menyampah.

"Haha! Thank you! Thank you! So, I'm the first woman who get in here, huh?", Amar mengangguk. "Yup! Cik Izana, you're so lucky today. We don't have any case to solve. But, kalau ada hari ini, kami orang akan buli awak selesaikan kes ini!", Izana tergelak. "Encik, tak perlulah bercik-cik dengan saya. Rasa macam awkward lah pulak!", ujar Izana sopan. "Kalau macam tu, Izana tak perlu panggil saya Encik jugak. Saya sendiri pun awkward.", Izana mengangguk kecil.

Tiba-tiba, Rizqi berdehem. Telinganya naik panas mendengar perbualan antara Amar dan Izana. Meluatpun ada jugak.

"Kenapa Riz? Kau jealous ke tengok aku bercakap dengan Izana?", Amar gelak besar. Semua turut tersenyum. Rizqi memandang tepat ke arah Amar. "Ha? Jealous? Tak ada masa! Mulut tu baik sikit. Kau tu bising gila!", marah Rizqi. "Biasalah, Riz. Tak ada kerja! Relaxlah!", ujar Amar selamba. Rizqi merengus lagi.

Izana merasakan hpnya bergetar. Dalam balai, agaklah tak silent phone! Call rupanya. Dia segera angkat call tersebut. Dia pergi ke satu sudut.

"Assalamualaikum, adik sayang! So, how your first day? Good?", tanya Haziq. Sungguh dia risau. Bukannya dia ada nak teman Izana. Kerjanya yang bertambun di office menyebabkan dia tidak boleh menemani Izana untuk pergi ke balai.

"Waalaikumussalam, abang sayang! Oklah. Tak ada kerja. Semua dekat jabatan sporting-sporting.", jawab Izana. Rizqi memasang telinga. Terbeliak mata dia mendengar perkataan 'abang'. 'Sugar daddy ke apa?', desis hati Rizqi.

"Minggu depan. InsyaAllah, abang datang melawat. Oklah. Abang ada meeting. Bye, adik!", panggilan diputuskan selepas Izana menjawab salam. Selepas itu, dia masuk ke dalam Jabatan dan duduk di tempatnya semula.

"Siapa call?", tanya Amar. Sedikit busybody.

"Abang. Sheikh Haziq Daniel Khairudin", jawab Izana. Rizqi yang terdengar mengangguk sinis.

"Panjang jugak nama. Orang kaya kan.", Rizqi memerli lagi. Izana memandang Rizqi tajam.

"Encik Rizqi mulut tu baik sikit boleh? Namapun boleh jadi isu? Kaya? Kenapa? Jealous saya kaya? Jealous nama saya panjang macam tu? Allah! Benda kecik lagi dari kuman pun nak jealous!", Izana senyum sinis. Amar, Azrin dan Zamir melopong. Rizqi merengus marah. Lagi dia bukak mulut, lagi banyak budak depan dia ni bercakap. Izana tersenyum tanda kemenangan.

"Izana, please keep calm, stay cool. Rizqi ni dia tak biasa sangat ada perempuan cantik macam Izana kerja denga dia. Sabar jelah, Izana. Lama-lama dia okeylah.", ujar Zamir. Izana mengangguk. Rizqi buat tak endah. "So, Izana. Awak ni hebat apa ya? Tengok bio Izana. Izana ni pelatih Inspektor kan? Mesti payah nak berusaha sampai sekarang?", tanya Zamir.

"Memang susah pun. Tapi, saya tekadkan azam saya. Nak berjaya kena berusaha. Tapi, saya dah dilatih dari saya kecik lagi. Babah memang nak saya jadi polis. Tapi, zaman sekarang makin susah. Tapi, tak adalah sehebat korang. Saya tak pernah handle case lagi", jawab Izana.

"Kalau bab memanah, Izana suka weapon macam mana?", tanya Aiman. "Saya? Of courselah sniper. Saya dapat full mark dalam bahagian penghendap.", ujar Izana sedikit bangga. Semua terlongo. "Kenapa tak masuk special force je? Izana ada peluang cerah kalau masuk sana.", tanya Amar.

"Saya memang nak sangat masuk. But, my brother is my priority. Dia tu manja. Semua kena tolong. So, payahlah kalau tiga bulan tak balik rumah. Ada jugak karang dia mati mereput dekat rumah tu.", jawab Izana. Yang lain tergelak. "Ooohh! Sayang abanglah ni! Bagusnya kalau dapat adik macam Izana ni!", ujar Azrin. Izana tersengih. Malu.

"Bukan nak kata apalah. Izana kan anak Bekas Komisioner Umar. Bekas Komisiener Umar pun ada syarikat besar. Kenapa Izana tak berkerjasama  dengan abang Izana majukan syarikat tu?", tanya Azrin lagi. "Syarikat? Biarlah abang saya yang handle. Sepatutnya saya handle tapi tak apalah. Kerja Inspektor lagi menarik perhatian saya. Kalau saya handle, saya boleh dapat 3 juta US Dollar. Tapi, it's okay. Saya lagi minat jadi polis daripada jadi business woman", jawab Izana seraya tersenyum kecil. Yang lain terlongo termasuklah Rizqi. 'Bapak gila kayanya minah ni!'

Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now