Farhan memandang sekeliling. Mencari kelibat Izana. "Mana Cik Izana ni?", Farhan sudah merungut.
"Sorry Farhan ! I'm a little bit late!", Izana duduk berhadapan dengan Farhan . Farhan terkejut.
"YA ALLAH! Ingatkan orang mana pakai baju seragam polis tadi, Cik?". Izana hanya tersengih kecil.
"Sorrylah terpaksa pakai. Lagipun kejap lagi saya ops serbuan.", ujar Izana. Farhan mengangguk faham. Farhan memerhatikan sekeliling. Semua orang sedang melihat Izana yang memakai baju seragam polis.
"Hah! Encik Farhan ! Apa sebab eh Encik Farhan nak jumpa saya?", Izana memandang Farhan .
'Oh, pasal tu. Sebenarnya, syarikat yang pegang tender pembinaan blok baru untuk department Cik Izana dah tarik diri. Duitpun dorang kebas sekali. Jadi, kami terpaksa batalkan projek sebabnya kami tiada modal untuk bina bangunan tu. Projek masih lagi boleh diteruskan kalau ada syarikat pembinaan lain yang berminat. So, Cik Izana ada tahu tak mana-mana syarikat pembinaan yang boleh take over tender ni? Kami still usaha nak cari syarikat lain.", ujar Farhan .
"Saya cadangkan encik bekerjasama dengan syarikat abang saya, Sheikh Umar & Family Consultant.", ujar Izana. Farhan melopong. "Syarikat tu milik family cik? Maksudnya Sheikh Umar tu bapa Cik Izana?", Farhan terkejut. Syarikat itu syarikat paling gah di Malaysia. Cakap saja bidang apa yang ada di Malaysia ini, syarikat itulah yang mendahului dalam carta!
Izana mengangguk. Dia seperti sudah lali dengan orang yang terkejut apabila dia memberitahu orang bahawa dia merupakan anak kepada pemilik syarikat yang gah itu.
"Kalau macam tu, nanti saya beritahu abang saya kalau Encik Farhan nak bekerjasama dengan syarikat kami. By the way, where did you get my number phone, huh?", tanya Izana. Farhan menelan air liurnya. Terasa seperti disoal siasat.
"Sa...saya min...mintak de...de...dekat bahagian de..department luar. So...sorry!", Izana tergelak besar. Tergagap pulak! Farhan hanya mampu tersengih.
"Oklah, Farhan . I've to go! So, see you later!", Izana angkat punggung kemudian berlalu pergi. Farhan kemudiannya tersentak. Dadanya berdegup kencang. Senyuman kecil singgah di bibirnya.
"Farhan ? Cik Izana sebut nama aku tanpa encik?", sekali lagi Farhan rasa seperti hendak terbang ke syurga!
"Kami polis! Semua jangan bergerak! Club ini telah dikepung!", suara Rizqi kedengaran lantang. Semua yang berada di kelab itu menjadi kelam kabut.
Izana pantas memberkas seorang demi seorang yang melarikan diri. Sesiapa yang melawannya dipatahkan serangan mereka dengan mudah dan diberkas dengan pantas. Majoriti semua yang berada di kelab malam tersebut berjaya ditangkap.
"Apa? Korang ingat polis ni bodoh sangat ke nak terperdaya dengan helah korang? Sikit pun kami tak percayalah!", Izana memerli sinis. Orang-orang yang berpangkat besar tertunduk malu apabila terdengar perlian sinis Izana terhadap mereka. Izana memandang mereka. Kebanyakkannya Izana kenal. Wajah satu persatu cuba ditanam dalam ingatan. Izana akan mengarahkan abangnya mengeluarkan mereka daripada senarai pelaburan saham dalam syarikat. Biar mereka tahu apa padahnya apabila melakukan perbuatan jahat.
"So, ramai ni, Amar. Nak angkut naik lori ke?", Izana memandang Amar. " Half of them. Yang berpangkat, kami dah arahkan mereka pergi ke balai sendiri. Izana, awak pergi tolong akak-akak senior awak buat urine test. Saya pun kena tolong jugak ni. ", Izana mengangguk. Kemudian, dia pergi menolong akak-akak seniornya melakukan urine test.
"KAK! YA ALLAH! BAU URINE MASING-MASING! Kalah orang makan jering ni!", Izana sudah mahu termuntah. Seorang polis perempuan yang lebih tua daripadanya tersengih kecil. "Biasalah tu, Izana. Izana, akak ada banyak dah pengalaman macam ni. Dah teguk air kencing syaitan, mana tak berbau kuat macam ni!", Izana dah terbongkok-bongkok menahan rasa mahu muntah.
"Kak Nani, aduh! Tak tahanlah bau ni!" , Izana masih merungut. Kak Nani hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Akak first time pun macam ni Izana. Lagi teruk dari Izana. Asal terbau je mesti termuntah. Sampai orang cakap akak ni pregnant!", Kak Nani buka cerita. Memori tersebut masih kukuh diingatannya. Izana tersengih kelat. Bergelodak perutnya ini Allah saja yang tahu.
"So, Kak Nani. Setakat ni berapa orang dah yang positif?", Izana memandang bekas-bekas urine yang sudah tertutup. Dia mengepit hidungnya yang sudah dipakaikan mask. Walaupun bekas urine itu sudah tertutup, bau urine tersebut masih menyengat. Kak Nani hanya mampu tergelak melihat gelagat Izana itu.
"Semua dah siap. 30 daripada 51 orang yang kita berkas tadi positif. Half of them cakap syabu gold ni memang favourite dorang.", Izana menggangguk tanda paham.
"Kak Nani, semua dah siap kan? Boleh saya keluar dari 'neraka' ni? I want to breath some fresh air outside. Serious, lama-lama boleh naik sawan bau urine masing-masing.", Kak Nani menggngguk membenarkan Izana pergi. "Pergilah. Nanti kalau ada apa-apa, Kak Nani panggil ya? Jangan pergi jauh-jauh sangat. Payah Kak Nani nak cari nanti.", ujar Kak Nani. "Ya, Kak Nani. Saya duduk depan club ni je.", ujar Izana. Kemudian, dia pergi keluar.
"Fuh! Leganya!", Izana duduk di bangku yang terletak di luar kelab malam itu. Dia mendongak melihat langit. Tiba-tiba, ingatannya mula memutarkan layar drama yang tidak pernah dia lupakan. Drama yang masih membelenggu dirinya sehingga kini.
*GUYSSSS SORRY LAMBAT UPDATE. I WILL TRY TO UPDATE 1-2 LAGI BAB DURING THIS QUARANTINE. THANK YOU SEBAB BERSABAR. HEHE :)
YOU ARE READING
Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]
RomanceTakdir telah menentukan arah mana Izana Sofea mahu pergi. Pintu hatinya telah tertutup kerana lelaki yang amat dia cintai tidak mengotakan janjinya untuk mengahwininya. Muncul tiga orang jejaka tampan iaitu Amar, Rizqi dan Farhan, seorang pemuda Cin...