"Hoi! Boleh pulak termenung! ", Izana memandang ke sebelah. Dia menjeling Rizqi. "Kau apahal?", Izana menjeling Rizqi lagi. "Nothing. Apasal mata kau merah tu? Kau menangis ke Izana? ", Rizqi pandang mata Izana dengan muka risau. "Bukanlah. Mata aku masuk habuk. ", Izana mengelap matanya. Masa bila dia menangis? Soal Izana sendiri.
"Izana, don't lie to me please. Ingat aku tak reti beza mata masuk habuk dengan menangis? ", Rizqi senyum sinis. "So, ada masalah ke kalau aku menangis? Kau nak menganjing aku? ', marah Izana. Rizqi tergelak kecil. "Ingat aku jahat sangat ke? Kalau kau nangis, you can have my shoulders to cry on.", ujar Rizqi. "Or if you don't want to, I can make you happy.", tambah Rizqi sambil tersenyum kecil.
"Hmm...that's too cringe, bro. But, boleh kut kau nak happy kan aku? Ada jugak faedah.", ujar Izana. Kemudian, tersenyum kecil.
"So as long as I live,
I love you
Will held and hold you
You look so beautiful in white,
But, from now
From my very last breath,
This day, I'll cherish
You look so beautiful
In white, tonight"
Izana memandang Rizqi dengan muka yang tidak percaya. Dia melihat mata Rizqi bersinar dengan cantik. Bagai seseorang telah mewarnai hidupnya.
"I hate you, I love you,
I hate that I want you,
Don't want you,
But I can't put,
Nobody else above you."
Izana bertepuk tangan. "Wah! Persembahan yang sangat menarik! Suarapun sedap." Komen Izana. Rizqi tersipu-sipu malu.
"Izana, even kau taknak share masalah dengan aku, I don't mind. But,
I'm promise
Anytime you call me
It don't matter where I am
I always be there", Rizqi mengakhiri nyanyiannya dengan satu senyuman manis. Izana membalas senyuman Rizqi itu. Rizqi merasakan jantungnya bagai mahu meletup. Senyuman Izana bagaikan bom yang paling kuat baginya! Amar memandang dari jauh. Dia undur diri. Nampaknya Rizqi sudah menang dengan langkah besarnya itu.
"Pesta dadah dan judi besar-besaran di Kuantan.", Farhan membelek surat khabar yang baru dibelinya tadi.
"Pasukan Narkotik dan Jenayah Balai Polis Daerah Kuantan berjaya memberkas lebih 50 orang yang disyaki terlibat dalam aktiviti ini. Seramai 31 orang berpangkat tinggi bermain 'judi phone' di sana. Penghargaan kepada Pasukan Narkotik dan Jenayah akan diadakan pada hari ini.", Farhan menilik gambar-gambar kes pesta dadah tersebut. Farhan tersenyum kecil apabila ternampak kelibat Izana ada di dalam salah satu gambar itu.
"Hmm. Senyum-senyum. Tengok gambar apa tu, Farhan?", Solehim senyum gatal. Farhan mengetuk kepala Solehim. "Apa sengih-sengih? Tak nampak ke aku tengah baca apa? Ingat aku macam kau baca majalah Playboy?", Farhan menjeling Solehim tajam. Solehim gelak besar. "Ish! Tu lain ceritalah! Aku peliklah. Orang baca surat khabar, serius je muka. Kau? Senyum macam jumpa bidadari syurga!", Solehim merampas surat khabar dari tangan Farhan. Farhan terkejut dengan tindakan drastik Solehim.
Solehim menilik surat khabar itu. "Ermm. Patutlah! Cik Izana ada dalam ni... Woi! Kau suka Cik Izana eh?", Solehim tersengih. "Eh! Mana ada! A..ku tak..tak su...ka dia pu..pun!", Farhan jadi menggelabah. Mukanya mula memerah. Solehim ketawa besar melihat muka sahabatnya itu macam udang masak. "Kau nak berdalih apa lagi? Muka kau merah dah pun, Farhan! Sabar jelah!", Solehim tertawa lagi.
"Yelah! Aku mengaku! Dahtu kau tak marah ke aku suka Cik Izana?", Farhan memandang Solehim. Solehim menggeleng. "Buat apa aku nak marah, Farhan? Siapa yang terpandang Cik Izana tu, confirm pandang balik! Small matter je lah! Kalau aku petik jari, 10 orang perempuan macam Cik Izana boleh datanglah!", ujar Solehim dengan nada berlagak. Farhan tersengih. "Yalah, Solehim.", Farhan tersenyum. Dia sudah mengaku dia suka Cik Izana. Sekarang dia perlu buat apa? Takkan mahu menunggu sahaja? Rezeki tidak akan datang bergolek! Apatah lagi Cik Izana, takkan dia pulak yang datang bergolek!
YOU ARE READING
Cik Polis dan Encik Engineer [SLOW UPDATE]
RomanceTakdir telah menentukan arah mana Izana Sofea mahu pergi. Pintu hatinya telah tertutup kerana lelaki yang amat dia cintai tidak mengotakan janjinya untuk mengahwininya. Muncul tiga orang jejaka tampan iaitu Amar, Rizqi dan Farhan, seorang pemuda Cin...