SAYUP-SAYUP terdengar namanya dilaung lagi.
"Tu Mak Yang dah panggil," beritahu Mak Khadijah sambil menyuakan gelas air.
Sakit juga hatinya kadang-kadang dengan perangai Mak Yang. Seolah-olah ingin berebut kasih dengan Wan Embun. Risau sangat pipi pau hilang daripada pandangan mata. Apatah lagi kalau berlama di vila ini.
"Orang pergi dulu mak cik. Terima kasih ya."
"Ya la. Jangan berlari..."
Pipi pau sudah lesap.
"...sangat. Baru lepas makan. Perut penuh nanti muntah pulak!" Mak Khadijah tetap teruskan pesanan yang terbantut. Geram. Kasihan menengok si gadis terkejar-kejar.
Mak Yang tu pun apa salahnya bertelefon daripada terjerit-jerit macam tu?
"Sayang kredit." Itu pula jawab Mak Yang bila ditegur.
Tuah si pipi pau yang gebu. Menjadi rebutan dan kesayangan dua keluarga.
YOU ARE READING
Mikayla
General FictionBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)