"ASSALAMUALAIKUM!"
Suara memberi salam di muka pintu.
"Waalaikumussalam..." sahut mereka.
Beberapa minit kemudian, satu susuk tubuh terus masuk ke dapur. Tuju singki. Basuh tangan dan tarik kerusi.
"Lauk apa hari ni?" soalnya
"Asam pedas astaghfirullah al-Azim," jawab Safar.
Gelak tanpa bunyi daripada Akim. Astaghfirullah, astaghfirullah lah. Janji kenyang. Kaut isi ikan masuk dalam pinggan. Bismillah. Terus makan. Mudahnya anak Tambun Tulang, Perlis ini.
"Laju bebeno," usik Safar.
"Aku lari sekejap." Akim menyuap pantas.
"Awat?" Baru tersedar Hardie begitu lemah gemalai mencuit makanan.
"Macam biasa. Tak lalu," repot Safar.
"Hmmm... huh! Apa nak hingaq? Request la dengan JJS lauk kesukaan cik abam."
Usikan Akim disambut gelak Safar.
Aku je yang tak tahu pasal JJS! Kenampakan komplotan teman sebilik. Safar dan Akim!
Bujang bertiga bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru (Selatan). Menyewa rumah sebelah Mak Yang. Hendak kata rumah pun tidaklah rupa rumah sangat, tetapi bahagian yang disambung telah menjadi sebuah ruang yang mempunyai dua bilik, satu ruang tamu, dapur kecil, satu bilik air dan tandas. Dipisahkan hanya dengan dinding papan. Lantai sahaja bersimen. Cukuplah sekadar hendak balik tukar baju dan tidur melepaskan lelah. Besar-besar pun bukannya ada orang di rumah sangat. Kerja mereka tidak menentu. Jarang sangatlah dapat bertemu muka begini kalau tidak dicari ruang. Walau setempat kerja, kadang-kadang tidak nampak bayang langsung.
Duduk di Johor Bahru tidak boleh memilih sangat, apalagi bab rumah kalau duit cukup-cukup semput hendak sampai awal bulan. Kos rumah sewa melambung tinggi. Belum lagi yang hendak beli rumah. Banyak rumah yang mampu tengok sahaja.
Satu sahajalah rumah yang pasti dapat.
Kubur!
YOU ARE READING
Mikayla
Ficción GeneralBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)