Bab 3

4.9K 97 0
                                    

"MAK! Mak!" Sebaik sahaja sampai di muka pintu vila, pipi pau melaung.

"Masuk je la!" pelawa Mak Khadijah ketika mendengar suara yang sangat dikenalinya.

Dara bertiga menyerbu masuk.

"Isyyy korang ni? Dikejar hantu ke?"

"Kejar masa. Nak pergi kupas bawang pulak lepas ni." Misha menjawab termengah-mengah.

"Kalau dah tahu macam tu, kenapa tak pergi sekarang? Dah jam berapa?"

"Korang pergilah dulu. Nanti orang datang." Gesa pipi pau.

"Jom!" Husna menarik tangan Misha.

Gadis bawang-bawang bergegas keluar. Tinggal si pipi pau seorang. Dibuka satu per satu tingkat tepen. Segala lauk di dalamnya dihidangkan. Dibantu oleh Mak Khadijah.

"Korang ni dah besar panjang. Tak manis berlari."

"Nak cepat, mak cik."

"Kalau dah tahu nak cepat, jangan duk berangan lagi di bawah pokok tu."

"Nampak ke?"

"Buah butir semua dengar!"

"Alaaa malu!"

"Malu, tapi suara sekampung dengar!" usik Mak Khadijah.

Pipi pau tergelak manja.

"Mak Embun kalau tak merasa air tangan anak kesayangannya sehari, mau demam!"

Si dara tersenyum manis. Bahagia dengan pujian.

Terdengar enjin kereta dihidupkan. Si gadis agak kaget.

Dia berlari ke luar.

"Mak!" panggilnya kepada seorang wanita yang sangat anggun, bersandar di belakang kereta dengan tertib.

Pak Majid, pemandu merangkap suami Mak Khadijah menekan pedal minyak apabila sekali lagi terdengar suara yang kuat.

"Mak!"

MikaylaWhere stories live. Discover now