Bab 2

6.3K 123 0
                                    

"BIAR aku teka. Bukan nama menu baru Mak Yang, kan?"

"Nahin. Kabhi Nahin! The guardian angel! Orang nak melindungi mak dan menunaikan segala impiannya."

"Apa yang kau mengarut?" soal Misha.

"Mak nombor satu dalam hidup orang. Orang tak mahu tinggalkan mak."

"Kau tak nak kahwin?" tanya Husna pula.

"Kau rasa?"

"Ehhh takkanlah..." jerit kawan berduanya serentak.

"Itulah yang sebenarnya!"

Pipi pau ketawa tanpa sambutan daripada kawan-kawannya. Ada juga gadis yang tidak mahu kahwin kerana tidak mahu tinggalkan maknya? Cannot brain this!

Sayup-sayup terdengar namanya dipanggil.

"Mak Yang panggil la!" jerit mereka bertiga.

Semuanya serentak berlari menuju ke rumah papan separuh batu di sebelah kanan mereka. Pintu pagar dibuka. Berebut masuk mencelah.

"Kus semangat dara bertiga ni!"

Mak Yang menggeleng kepala dengan telatah anak gadis yang sudah besar panjang berlumba masuk ke dapur. Bila hendak insaf tidak tahulah. Anak dara Kampung Melayu Pandan yang bebas dan merdeka jiwa raganya. Dibesarkan dalam suasana zaman yang berlumba serba-serbi untuk mengecap kejayaan. Itu yang agaknya suka berlari ke sana sini. Hendak cepat saja.

Entah la... kadang-kadang Mak Yang terasa dirinya sangat ketinggalan dengan zaman yang bukan bila bercakap orang sebelah rumah pun dengar. Sekarang, satu dunia tahu bila semua hal dalam kain diviralkan ke seluruh alam. Orang yang diviralkan bertukar menjadi mangsa, tukang komen bertukar menjadi Tuhan. Dunia yang menakutkan! Mak Yang rela duduk di bawah tempurung!

Anak dara Johor Bahru sekarang bukan zaman dara 'Badai Semalam' – Khadijah Hashim. Sekarang zaman 'I Love You, Stupid!' – Melur Jelita. Smart, flirtatious yet soft hearted!

"Hantar ni kepada mak," arah Mak Yang sambil mengunjukkan tepen.

"Jangan dibawa berlari!"

Belum sempat habis cakap, dara bertiga sudah hilang!

MikaylaWhere stories live. Discover now