SETELAH butir nasi berjaya disedut ke kerongkong, Safar bersuara; "Rezeki aku mana nak tau? Mak bapak aku mengajar di Bentong, alamat aku kat sana la. Memang seronoklah kat sini. Ramai saudara-mara. Walaupun lama di sana, mak bapak aku tetap tak tinggal warisan bangsa Johor."
Sedikit pun Hardie tidak berkutik. Lebih kepada membelek-belek nasi. Membelek-belek ke? Safar kembali tercuit hati. Menahan tawa melihat gaya Hardie yang kelihatan begitu layu hendak menyuap.
"Bukannya hari-hari asam pedas. Kita tak selalu makan kat rumah pun."
"Memang laaa... tapi masalahnya bila time aku makan kat rumah la asam pedas astaghfirullah al-Azim. Macam tak ada menu lain."
"Eh adaaaa. Asam pedas daging tetel, asam pedas tulang, asam pedas ikan patin, asam pedas ayam, asam pedas garam, asam pedas asam jawa..."
Mulut tak mahu tutup ni adalah karang yang nak diasam pedaskan! Tak insaf lagi tersedak tadi?
Bab makan-makan ni jangan dibuat gurau sembarangan. Suami isteri boleh bercerai-berai. Saudara-mara boleh bertetak. Member kamceng boleh putus kawan.
Melihat wajah di hadapan, Safar sudah mendapat amaran puting beliung bakal melanda jika dia tidak berhenti mengusik.
"Nah, ambil isi ikan aku ni. Ekor tu kau bagi kat aku. Cuba makan bahagian ni. Yang paling sedap. Bawah perut ikan. Lembut dan lemak manis."
Safar mencedok lauknya dan diletakkan atas pinggan Hardie. Lagi Hardie hiba. Sampainya hati Widuri. Bahagian tersedap dibagi Safar!
Abang ni apa, pipi pau?
YOU ARE READING
Mikayla
General FictionBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)