"KASA ea... makan apo?"
"Makan hati!"
"Sodap ea... makan ati copek gomok."
Segera jendela mahu ditutup tetapi ditahan oleh Hardie dengan mangkuk tingkat.
"Tak kojo?"
"Sakit!"
Mintak-mintak janganlah dia dengar aku menyanyi bagai orang sawan tadi. Mintak sangat! Amin 999 kali!
"Sakit apo?"
"Sakit hati!"
"Amboiiii kasa ea. Apo yang maghah amek ni? Abang tak hensem ko?"
Abang? Tolonglah! Loya!
Si pipi pau tersenyum manis. Tiba-tiba. Hardie hampir terjelepok.
"Hensem... hensem sangat.... Tapi... kalau tak bunyi, lagi hensem!"
"Pasal?"
Bau-bau sindiran terkucil.
"Loghat awak loghat terburuk di dunia! Dan nama saya, Widuri... bukan pipi pau!"
Jendela ditutup kasar. Mujur Hardie sempat melarikan tangan. Kalau tidak harus terjepit!
Hai, hai, hai! Loghat aku terburuk di dunio yo...! Macam ado yang kono pinang esok!
YOU ARE READING
Mikayla
General FictionBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)