Bab 5

3.8K 95 0
                                    

PAK MAJID memusingkan stereng. Kereta meluncur masuk semula ke pekarangan vila. Parkir betul-betul di hadapan hidung pipi pau yang sedang berduka nestapa.

Satu kerja pulak nak kena pujuk!

Tingkap kereta diturunkan oleh Pak Majid. Wan Embun menjengukkan kepalanya.

"Sayang..."

Merajuk pulak!

"Sayang... mari... satu suap je."

Diam membeku. Tetapi matanya sedikit bergenang.

"Janganlah cam tu. Tak kesian kat mak ke? Mak ada gastrik. Tak boleh lewat makan."

"Dah gitu, kenapa nak pergi jugak?" suara sebak, rajuk manja.

"Mak terlupa, sayang."

Bila pipi pau sudah mula berkata-kata, Wan Embun tersenyum madu.

"Lekas la sayang."

"Baik."

Si gadis berlari masuk ke dalam vila. Sekejapan sahaja sudah di sebelah kereta. Dengan nasi sepinggan ditatang. Sudu sebatang.

"Bismillah..."

Wan Embun disuap. Kemudian Wan Embun menyuapkannya pula.

"Dah, sayang. Mak nak cepat. Habiskan nasi tu ya. Berkat."

"Baik, mak."

Sekali lagi Wan Embun dipeluk dan digomol. Kepala terpaksa dihulur melalui tingkap pun, pedulikan. Asal dapat peluk cium mak puas-puas.

"Tinggal ya. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Pipi pau tersenyum gembira sambil melambai. Hilang kereta daripada pandangan baru dia masuk ke dalam vila.

MikaylaWhere stories live. Discover now