KUCING tiada, tikus pun menari-nari la.... Pipi pau menekan radio.
Honey honey,
how you thrill me, ah-hah,
honey honey...
Terkinja-kinja riang.
Campak kulat sisir dalam besen. Pecahkan telur empat biji. Masukkan bawang besar yang dihiris. Taburan daun ketumbar yang dihiris kasar. Sedikit cili padi yang dipotong kecil. Renjis sekali dua lada sulah. Secubit garam ditabur dengan penuh kasih sayang. Dipukul sampai kembang. Pada masa yang sama, kuali sudah dipanaskan bersama minyak.
Honey honey,
nearly kill me, ah-hah,
honey honey...
Bancuhan telur dituang ke dalam kuali dengan cermat. Telur segera mengembang cantik. Agak-agak sudah garing, dibalikkannya. Tunggu dalam beberapa minit, sebelum api dimatikan.
Telur dadar maut tersedap di dunia. Diadun dengan penuh asyik. Hati yang riang. Dan tarian yang memabukkan!
I'd heard about you before
I wanted to know some more
And now I know what they mean,
You're a love machine
Oh, you make me dizzy...
Tergedik-gedik dia menghadap kipas yang berada pada tahap kelajuan paling maksima. Senduk dijadikan mikrofon. Rambut panjang tetapi kerinting berombak menggerbang ditiup angin. Perasan sekejap sedang beraksi di hadapan ribuan peminat. Lagu 'Abba' diparodikan dengan penuh jiwa.
Honey honey,
let me feel it, ah-hah,
honey honey...
Berpusing-pusing pula dia menuju ke gerobok. Dengan gerak tari yang sangat ke parit. Tiga mangkuk tingkat dikeluarkan. Dibuka dan disusun atas meja. Tetap dengan langkah tari yang suka hati Mak Embun dia aje.
You look like a movie star(You look like a movie star)
But I know just who you are(I know just who you are)
Si gadis melalak sekuat hati! Rambutnya dilibas feeling-feeling ayu jelita.
Honey honey,
how you thrill me, ah-hah,
honey honey...
Awak... awak kat mana?
Awak... awak kat mana?
YOU ARE READING
Mikayla
General FictionBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)