"ANGAU dengan JJS ke?" usik Safar. Rakan serumah 'Aku Balik, Kau Pergi'.
"Amende JJS?"
"Jiran Jendela Sebelah!"
Hardie menyeringai. Mangkuk tingkat diletak atas meja makan. Satu, satu dipisahkan. Mengeluarkan bau yang sangat mengecurkan.
Astaghfirullah al-Azimmm!
Mengucap panjang Hardie. Asam pedas lagi! Sesekali masaklah lemak cili api daging salai ke... masak lemak pucuk ubi ke... Terselam terus mood Hardie.
"Makan je apa yang ada. Belajar-belajarlah jadi bangsa Johor." Safar seakan memahami kerut di muka Hardie. Asam pedas ikan susu sedap apa!
"Keringlah darah aku macam ni. Takkan aku nak makan tauge je. Dah la aku kurang sayur."
Sayur tauge goreng campur tauhu campur ikan bilis dikuis-kuis hiba.
"Sabarlah. Hidup berdagang memang macam ni. Tak boleh terlalu memilih. Masa kat PULAPAH dulukan dah ditrain. Apa yang mendatang, telan."
"Kau sedaplah cakap. Dapat Johor macam tikus jatuh dalam guni beras. Hari-hari asam pedas astaghfirullah al-Azim mana tahan?"
Tersedak Safar! Sebutir nasi termasuk ke dalam lubang hidung. Segera gelas air ditolak oleh Hardie ke tangan. Kang ada yang meninggal! Safar menggogok. Tidak jalan juga! Biji nasi yang tersekat di antara hidung dan kerongkong sangat menyakitkan! Kembang-kempis hidung Safar cuba menyedut dan menghembus keluar biji nasi tersebut.
Ini semua salah Hardie! Gara-gara nak tergelak dengan gelaran asam pedas astaghfirullah al-Azim. Asam pedas yang paling beriman!
YOU ARE READING
Mikayla
General FictionBACAAN BAB AWAL SAHAJA Tajuk: Mikayla Penulis: Melur Jelita Muka Surat : 682 Penerbit: Karyaseni Terbitan : November ISBN: 978-967-469-020-5 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah/Sarawak)