Bab 11

2.8K 65 1
                                    

TOK! Tok! Tok!

"Kejap!"

Potong betullah! Cepat pulak dia hari ni!

Tok! Tok! Tok!

"Sabar!"

Geram dan malu. Dia dengar ke aku meracau tadi?!

Tok! Tok! Tok!

"Ya Allah! Tak boleh sabar ke sekejap wahai Wak Dogol?!"

Radio diperlahankan. Api dapur dimatikan serta-merta. Segala lauk-pauk diisi dengan tergopoh-gapah ke dalam mangkuk tingkat.

Jendela sebelah dapur dibuka. Meluat! Kecil sahaja wajah di sebelah sana dikerling dengan ekor mata.

"Lapa..." Hardie menyengih sambil menyambut satu demi satu mangkuk tingkat yang dihulur si dara sunti kepadanya.

"Amboi! Menyanyi kek dapo. Tak takut berlaki tuo ko?" usik Hardie.

"Laki tua la best. Poket tebal."

Ufff! Menjawab!

"Best apo kalau dah expired!"

Pipi pau mencerlung.

Upsss! Bawah lapan belas tahun lagi!

"Pipi pau dah makan?"

Hardie cover salah line tadi. Masamnya si pipi pau ni... mengalahkan asam paya!

"Dah!"

Inilah orangnya yang suka menggelarinya pipi pau. Tenggelam nama sebenar dalam surat beranak. Misha dan Husna pun terikut. Tetapi sudah diberi amaran keras. Pipi pau lagi, putus saudara!

MikaylaWhere stories live. Discover now