#ep1

1.3K 35 6
                                    



"Lisa, dah sampai. Bangun." Lisa membuka matanya. Walaupun masih mengantuk, Lisa kagum melihat di luar tingkap kereta ayahnya.

"Gorgeous!" Lisa meluahkan rasa kagumnya. Bangunan pencakar langit di Seoul sangat cantik.

"Papa, mana kita akan tinggal ?" Soalnya. Byun  diam. Lisa memahami akan tindakan ayahnya itu.

Lisa mengeluarkan bagasinya dari bonet kereta ayahnya. Barangnya begitu banyak namun semuanya di angkat oleh pekerja ayahnya.

Di hadapannya, sebuah rumah yang tersegam indah. Kelihatan cantik sekali. Di halaman rumah terdapat buaian yang juga merupakan tempat kegemaran Lisa. Ada juga bunga- bunga yang cantik dan mekar seolah-olah dijaga rapi.

Terdapat dua buah kereta di dalam halaman rumah. Kedua-duanya kelihatan mewah.

"Jom, masuk." Ayahnya pelawa. Lisa melihat pintu rumah itu. Hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal menantinya di sebalik pintu bercorak bunga itu. Dan hatinya belum siap untuk menerima kejutan itu.

Tingtong!

Pintu dibuka. Muncul seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an. Rambutnya berwarna maroon. Berskirt mini dan kelihatan dingin sekali. Lisa berdebar-debar.

Selepas itu, muncul seorang jejaka dalam lingkungan 20-an juga. Memakai t-shirt putih, berseluar jean. Tersenyum manis.

"Papa!" Jerit jejaka dihadapannya itu. Lisa terkejut namun cuba menenangkan dirinya.

"Lisa.." Tegur gadis tadi. Lisa mencuba untuk senyum meskipun hatinya masih sakit untuk menerima kenyataan itu.

"Hai." Itu saja yang mampu dia ungkapkan.

"Jimin, Bora mana mama?" Soal ayahnya. Lisa memandang wajah ayahnya. Langsung tiada raut risau diwajahnya. Lisa sedih. Ayahnya langsung tidak rasa bersalah.

"Kat dalam. Jom masuk." Dingin sahaja ajakan Bora.

"Jimin, bawakan beg Lisa masuk. Lisa, masuklah." Ayahnya memandang wajah Lisa. Lisa mengangguk.

"Mari, Lisa." Jimin tersenyum.

Lisa mengangguk.

"Mama, ni Lisa." Jimin memperkenalkan Lisa kepada mamanya.

"Oh, awak lah Lisa." sapa Puan Park. Lisa tunduk hormat.

"Comel." Puji Puan Park.

"Thank you." Lisa membalas pujian itu.

Wanita di hadapannya adalah ibu tirinya. Lisa melihat setiap inci wajah ibu tirinya itu. Sempurna. Cantik. 'Patutla papa suka.' Bisiknya dalam hati.

"Bora, bawa Lisa tengok biliknya." Beritahu Puan Park kepada anaknya, Bora.

"Okay." Lisa memgikut dari belakang Bora.

"Ni bilik awak. Masuklah." Lisa mengangguk. Dilihatnya biliknya itu. Sungguh cantik dan besar. Seperti biliknya di New York.

Lisa mengambil masa untuk menyimpan barangnya di bilik itu.

Tok!Tok!

"Masuk." Pelawa Lisa.

Ayahnya masuk. Lisa tunduk.

"Lisa." Ayahnya menggenggam tangan Lisa.

"Maafkan, papa." Air mata ayahnya mengalir. Lisa merenung wajah ayahnya. Dia tahu ayahnya bukan berniat untuk menyakiti hatinya.

"Tidak apa-apa lah, papa. Lisa faham. Lisa hormat keputusan papa." Lisa faham akan keputusan ayahnya itu. Dan dia dapat menerima kenyataan itu.

"Papa,tahu kamu sakit. Tapi papa tak tahu nak buat macam mana. Papa tidak mahu kamu hidup merana." Ayahnya menjelaskan perkara sebenar.

"Lisa faham, papa. Tak apa. Lisa baik-baik sahaja." Lisa terus memeluk ayahnya. Mencuba untuk tidak menangis. Dia tidak mahu ayahnya melihat dia menangis kerana itu akan membuat ayahnya risau.

"Ayah.." Lisa melepaskan pelukan.

"Kenapa..?" Ayahnya menyoal.

"Janji dengan Lisa, yang ayah tak akan meninggalkan Lisa." Lisa membuat janji dengan ayahnya. Ayahnya mengangguk.

"Gomawo." Ayahnya senyum melihat ketabahan anaknya itu. Dia percaya sikap itu diwarisi ibu Lisa.

Flasback

Hospital Umum, New York

"Mama , jangan tinggalkan Lisa. Mama ...." Lisa menangis meratapi ibunya yang kelihatan nazak. Bacaan jantung ibunya juga makin surut.

"Lisa... mam..mama.. sayang...kan Lis..Lisa. Mama.. maafkan mama.." Itulah ayat terakhir Lisa dengar dari mamanya. Ayahnya pula diam.

"Papa, buat sesuatu. Lisa tidak mahu kehilangan Mama. Papa!" hanya kedengaran suara esakan tangisan Lisa memenuhi ruangan wad itu.

"Lisa, mama dah tiada." Itu sahaja yang mampu ayahnya katakan.

"Lisa, bawa bersabar ya." Makciknya juga ada di situ untuk menenangkannya.

"Mama....mama..." Lisa tidak mampu menahan rasa sedihnya rebah dalam pangkuan ayahnya.

Tiga tahun kemudian...

Lisa telah berjaya menamatkan pengajiannya di High School. Dia hanya menunggu untuk masuk universiti.

Dan saat itulah dia mendapat tahu ayahnya kahwin baru. Jauh di sudut hatinya, dia sedih dengan keputusan ayahnya
Namun akhirnya merelakan demi kebahagian ayahnya.

Mampukah Lisa mengharungi hidup bersama ibu, dan adik beradik tirinya? Dan apakah akan terjalin hubungan yang baik?

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now