#ep13

180 15 0
                                    

"To .. lo...tolong.." ucap lisa sebelum menutup matanya.

"Bangun!" Jerit lelaki yang tidak dikenali itu. Lisa masih tidak mampu membuka matanya. badannya masih terasa lemah.

Splashhh!

Lelaki itu membasahi wajah lisa dengan air mineral.

"Siapa..siap..siapa kau?" Soal lisa terketar-ketar. Dia menjadi cemas apabila melihat lelaki yang tadi berada di hadapannya.

"Kau tak perlu tahu aku siapa!" Katanya. Lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dari poket seluar jeansnya.

Lisa menjadi takut. Dia menjerit meminta tolong namun suaranya bagaikan tenggelam.

"Jeritlah. Tiada siapa akan dengar !" Kata lelaki itu sambil ketawa berdekah-dekah.

"kau jahat! apa kau nak?" Soal lisa. Suaranya nyaring itu menyebabkan lelaki itu berasa marah.

"kau dengar sini! Aku dibayar mahal untuk menculik kau. Dan sekarang aku mahu melenyapkan kau dari muka bumi ini!" Katanya sambil menarik kasar rambut lisa.

Lisa mengerang kesakitan. Lelaki di hadapannya itu berhati binatang. Entah siapa yang mengupahnya. Hanya duit di mata lelaki itu.

"Jangan apa-apakan aku. Please. aku sanggup bagi kau berapa yang kau nak. Asalkan lepaskan aku." Kata lisa merayu agar dilepaskan.

pap!

Satu tamparan mengena di wajah lisa. Ada darah di tepi bibir lisa dek tamparan kuat dari lelaki itu.

"Jangan nak main-main. Kau duduk sini sampai malaikat maut datang." Lelaki itu beredar diikuti deraian ketawa.

"Hello, bos. Beres. Dia sudah k.o." kata lelaki itu.

"Aku sudah transfer duit dalam akaun kau. Tahniah." Ujar suara misteri itu.

Lisa masih tidak mampu melepaskan dirinya. Dia menjerit sekuat hatinya namun tiada sesiapa mendengar.

"Aduh, sakitnya." Lisa mengadu. Kaki sakit dan banyak darah keluar dari kakinya.

"Lisa!" Jerit seseorang.

Lisa gembira. Dan pada masa yang sama badannya semakin lemah dan tidak berdaya.

"Sini! Saya di sini." Jerit lisa. Dia mengharapkan orang itu mendengar.

Dush!

"Lisa!" Jerit lelaki itu.

Lisa memandang ke arah susuk tubuh yang sedang berlari ke arahnya. Badannya seperti jungkook namun lisa tidak lagi mampu bertahan.

"Biarkan saya selamatkan awak. Awak jangan risau." Kata lelaki itu. Lisa hanya mampu mendengar suara lelaki itu.

"Terima kasih." Lisa sempat berterima kasih kepadanya.

.....................................................

"Bangun, lisa.. bangun..papa ada di sini..." tuan kim melihat wajah anaknya yang maih belum sedarkan diri.

Sudah hampir tiga jam lisa tidak menyedarkan diri.

"Bagaimana keadaan anak saya doktor?" Tanya tuan kim.

Doktor mengeluh panjang. Dia tidak tahu hendak bercakap apa.
Dia sudah berusaha semampunya untuk menyelamatkan lisa.

"dia selamat. Cuma .."

"Cuma apa doktor? Cakap?" Soal tuan kim.

"Cuma dia sekarang dalam keadaan tidak stabil. Badannya sangat lemah. Dan dia kekurangan oksigen. So, i hope you can keep calm." Kata doktor.

Air mata seorang ayah jatuh kerana anak kesayangannya masuk hospital.

'Kenapa lisa? Kenapa kamu yang harus menerima semua dugaan ini?' Soalnya dalam hatinya.

"Sabarlah, sayang." Kata puan kim.

Tuan kim mengangguk. Dia sedar akan kesilapannya tidak menjaga lisa sebaik mungkin.

'Adakah aku patut menghantarnya kembali ke new york? Tapi...' ujar tuan kim dalam hati. Dia berasa resah memikirkan keselamatan anaknya.

Dia bertekad untuk mencari penculik itu. Mesti penculik itu diupah oleh orang, bisiknya.

"Saya nak cari penculik itu!" Kata tuan kim. Puan kim terkejut dengan kata-kata suaminya.

Entah mengapa hatinya pula yang risau.

"sayang, tak payahlah. Lisa kan dah selamat." Kata puan kim.

Tuan kim merenung tajam ke arah isterinya.

"Awak cakap apa ni? Anak awak tu masuk hospital sebab penculik tu. Jadi kita mesti cari perompak tu segera!" kata tuan kim agak marah.

"Awak marah saya sebab budak tu? Apa awak nak lagi? Dia selamat kan?" Kali ini puan kim pula meradang.

Dia tidak suka kalau suaminya melebihkan lisa daripadanya.

"sudahlah. Saya nak ke balai ni. Suruh bora ambil awak balik nanti." Kata tuan kim lalu beredar keluar.

'Tak guna kau lisa!' Teriaknya dalam hati.

.......................................................

Semenjak kejadian itu, lisa menjadi buah mulut pelajar di universiti itu. Semua orang khuatir akan keadaannya, termasuklah V.

"Hani, aku dengar lisa kena culik!" Kata v agak cemas. Entah mengapa hatinya tidak keruan mengenangkan nasib yang menimpa lisa.

"Ya. Kesian lisa. Dahlah dia sakit hari tu, lepas tu kena culik lagi. Aku sedih." Kata hani.

V tunduk sedih. Hatinya berat menerima kenyataan itu.
Aku suka ke dengan dia?, bisiknya.

"Kau ni tiba-tiba tanya pasal lisa ni kenapa? suka dengan dia ke?" Soalan hani memeranjatkan v.

"isk kau ni. Aku tanya pun tak boleh ke? Aku kan kawan dia juga." Kata v menutup perasaan malunya.

"Ala, mengaku je la. Ha, petang ni aku nak lawat dia. Kau nak ikut tak?" Soal hani menjeling ke arah v. Dia tahu v seperti menyimpan perasaan pada lisa, cuma ego bermaharajarela sekarang ni .

"Boleh ke?" Soal v teragak-agak. Hani tersenyum melihat gelagat V yang aneh itu.

"Boleh la. Kau kan kawan dia juga. nanti aku call kau kalau aku dah gerak." Katanya. V mengangguk.

'Harap kau okay, lisa.'

.........................................................

Bora melihat mamanya dari tadi mengelamun. Entah apa yang bermain dalam minda wanita itu.

"Mama, kenapa ni?" Soal bora. Puan kim memandang wajah anak perempuannya itu. Seharusnya bora yang akan mewarisi syarikat suaminya.

"Tak ada apa-apa." Kata puan kim. Dia tidak mahu anaknya tahu akan rancangannya.

"Mama, lisa macam mana?" Soal bora. Entah mengapa timbul sedikit rasa kesian dalam hatinya.

"Kenapa kamu ni bora? Jangan sebut nama budak tu depan mama." Marah puan kim. telinganya berasa panas mendengar nama lisa. Hatinya sakit mengenangkan rancangannya gagal.

"Mama ni. Bora tanya je. Tu pun nak melenting." Tegur bora. Sikap ibunya menimbulkan rasa curiga dalam hatinya.

'Jangan..jangan..' katanya dalam hati, namun cepat-cepat dia menghapuskan perasaan itu.

"Dah, lain kali jangan sebut nama budak tu depan mama. Mama tak suka!" Marah puan kim lalu masuk ke biliknya meninggalkan bora yang kebingungan.

"Mama, please..." bisiknya.

Apa sebenarnya yang berlaku? Dan bagaimana lanjutan kisah lisa?

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now