#ep12

173 15 2
                                    

Puan kim merenung tajam ke arah sampul di hadapannya. Dia tidak menyangka suaminya akan berbuat demikian. Dia menyangka setelah berkahwin dengannya, dia dapat menguasai syarikat suaminya namun itu semua meleset.

"Lelaki tak guna!" Jeritnya. Barang-barang atas meja soleknya dilemparkan. Hatinya panas mengenangkan surat wasiat yang disediakan oleh suaminya.

"Budak tu, memang tak boleh tengok aku senang. Awas kau!" jeritnya lagi. Seluruh bilik itu bergema dek suaranya.

"Puan, kenapa puan? Puan okay?" Soal bibik. Dia hairan melihat puan kim asyik menjerit sejak akhir-akhir ini. Dan moodnya sentiasa berubah.

"Kau jangan sibuk! Pergi buat kerja kau!" Marah puan kim.

Dia mengepal buku jarinya menandakan dia menyimpan dendam terhadap lisa.

"Tengoklah. Aku akan buat hidup kau merana! Kau tunggu!" Marah puan kim dalam hati.

Dia mencapai handphonenya,lalu mendail nombor seseorang. Kelihatan senyum sinis di wajahnya seperti orang kurang siuman.

"Hello, jumpa aku petang ni. I have something for you." Arah puan kim.

tut!

Dia mematikan handphonenya. Lalu segera mencapai kotnya, dan keluar menemui seseorang yang dihubunginya tadi.

.........................................................

"Lisa, kau okay tak ni?" Soal jisoo sebaik saja lisa membuka matanya. Kepalanya terasa berat dan badannya terasa lemah.

"aku kat mana ni?" Soal lisa.

"Kau kat klinik." Kata jungkook. Lisa terkejut melihat jungkook ada bersama mereka.

"Kenapa aku boleh ada di sini?" Soal lisa.

Jennie menerangkan segalanya kepada lisa.

"Bila aku boleh keluar ni?" Soal lisa. Dia tidk tahan dalam hospital terlalu lama.

"Awak kan masih sakit.rehatlah di sini sahaja." Marah hani. Dia risau sahabatnya itu selalu mengadu sakit.

"Aku okay lah. See? Jom lah balik." Lisa masih berkeras mahu balik ke resort.

"Baiklah. Tapi make sure kau jangan pengsan lagi." Kata rose pula. Lisa senyum. Dia bahagia melihat semua orang prihatin terhadapnya, terutama jungkook.

Tetapi jungkook seperti tidak keruan, lisa faham akan keadaa n itu sebab ada hani dan kawan-kawannya di sini.

"jomlah. Aku hantar." Kata jennie. Lisa dipapah keluar dari klinik itu. Nasib baik ada klinik berdekatan di situ.

'Dia hantar aku ke sini ke tadi?' Soal lisa dalam hatinya.

"Lisa, kau okay tak ni?" Soal hani. Dia risau melihat lisa hanya diam diri dari tadi.

"Aku okaylah. Jangan lah risau sangat." Kata lisa. Hani mengangguk-angguk.

"Kau ada apa-apa ke dengan jungkook?" Soal hani tiba-tiba. Lisa agak terkejut tapi segera menenangkan dirinya.

"Mana ada. Kami tiada apa-apa hubungan. Aku kenal begitu sahaja." Kata lisa. Jennie senyum melihat lisa dah sembuh.

"Bagusla." Kata jennie. Lisa tunduk. Haruskan dia menahan rasa cintanya demi sahabat?

.............................................................

"Baiknya kau dengan Lisa? Kau ada apa-apa ke ? " soal hani tiba-tiba. Jungkook hanya berdiam diri.

Dia tahu dia telah melakukan kesilapan yang besar.

Dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Hani sahabatnya, begitu juga lisa. Hyeri juga. Gadis itu telah bertakhta di hatinya sekian lama.

Dia juga pelik dengan sikapnya. Dia buntu.

"Hyeri?" Soal hani.

"Lisa tu kawan aku. Kau pun kawan aku. Hyeri kawan aku juga." Kata jungkook akhirnya. Hani faham situasi jungkook.

Tetapi dia tidak boleh berdiam diri.

"Kau kena ingat jungkook, unnie aku suka dekat kau. So, kau kena jaga dia baik-baik." Kata hani memberi kata putus. Jungkook akur.

Lisa menekup mulutnya. Memang benar kata hatinya selama ini. Jungkook dan Hyeri saling mencintai. Dia yang hadir di antara mereka berdua. Lisa menyesal dengan tindakannya.

Dia menyesal mengenali jungkook. Dia menyesal menyukai lelaki itu. Dia menyesal dengan dirinya sendiri.

"Aku tak patut ganggu hubungan orang lain." Lisa berbisik kecil. Tangisan mulai membasahi pipinya. Hatinya begitu sakit mendengar penjelasan jungkook.

Tiba-tiba ada seseorang memegang bahunya. Lisa segera menoleh. Kelihatan seorang lelaki berjaket hitam sedang memandang ke arahnya.

Dia tidak mengenali lelaki itu, kerana mukanya tidak kelihatan. Lelaki itu memakai kaca mata hitam dan mask.

"Awak siapa.." mulut lisa ditekup. Lisa terasa ada sesuatu disuntik pada badannya yang menyebabkan dia tidak sedar.

.........................................................

"dapat call dia tak?" Soal jennie. jisoo menggeleng.

"Mana dia pergi ni?" Risau membelenggu diri jennie.

"Kami tak jumpa di kawasan resort ni." Kata rose yang baru sahaja pergi mencari lisa di kawasan resort itu.

"Macam mana ni? Dia dahla sakit." Kata hani. Lisa masih dalam keadaan sakit tadi. Tapi hilang tak lama selepas itu.

"Lisa!" Jerit seseorang. Semua menoleh ke arah suara itu. Mereka agak terkejut.

"Mana lisa?" Soal Tuan kim.

Dia cemas sebaik saja pihak universiti menelefonnya.

"Dia hilang, pakcik." Kata jennie. Tuan kim sedih mengenangkan anaknya itu.

"Jimin, papa dah suruh kamu jaga kan? Kenapa kamu tidak buat?" soal tuan kim kepada jimin. Semua orang terkejut. Jimin dan lisa adik-beradik?

Itu yang bermain dalam minda mereka.

tak lama kemudian, pihak polis datang ke tempat itu. Misi mencari dilakukan di sekitar kawasan resort itu.

"Tuan Kim, kami menemui ini, ini milik cik lisa ke?" Soal salah seorang pegawai polis.

'Handphone lisa!' Kata tuan kim dalam hatinya.

"Ya itu milik lisa. Mana kamu jumpa?" Soal tuan kim cemas. Dia berharap tiada apa-apa yaag berlaku kepada anak perempuannya.

Di satu sudut, ada seseorang sedang senyum sinis melihat semua itu di depan matanya.

"tuan kim, kami jumpa di kawasan belakang resort tu. Takpa tuan kim. Tuan jangan risau. Kami akan mencari cik lisa sampai jumpa." Kata pegawai polis itu.

"Terima kasihla." Kata tuan kim sedikit lega. Dia berharap anaknya akan segera ditemui.

"Bersabar ye pakcik." Kata jisoo dan kawan-kawannya.

"Tadi, lisa pengsan." Kata rose. Tuan kim agak terkejut.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" soal tuan kim.

"Dia kena hujan, dan tiba-tiba dia jatuh pengsan." Jelas jennie pula.

"Dia memang begitu dari kecil lagi." Kata tuan kim. Hatinya benar-benar risau memikirkan anaknya itu.

...........................................................

"Di man.. mana...ak..aku ni?" soal lisa sebaik saja membukakan matanya. Bilik itu kelihatan usang sekali. Dan berhabuk. Lisa terbatuk-batuk menghidu bau hapak bilik itu. nafasnya turun naik. Dia seakan-akan kehilangan oksigen di tempat itu.

Lama-lama kepalanya berpinar-pinar. Peluh membasahi badannya. Wajahnya menjadi pucat.

"Tol...long..."

Bagaimanakah keadaan lisa? Dan siapa yang menculiknya itu? Nantikan

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now