#ep8

191 18 0
                                    

"Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu?" Marah Hani. Hyeri menyilangkan tangannya tanda panas dengan sikap Hani yang kebudak-budakkan.

"Takkan lah semua benda aku nak kena bincangkan dengan kau?" Balas Hyeri pula setelah lama mendiamkan diri.

"Awak berdua janganlah bergaduh." Ujar lisa sambil menenangkan kedua sahabatnya itu.

Walaupun bergelar adik beradik kembar, tetapi perangai mereka tak ubah seperti tom and jerry.

"Dia mula dulu." Teriak Hyeri.

"Tapi kau yang salah." Kata Hani pula seolah tak ingin kalah.

"Baiklah. Kamu berdua, apa masalah yang sebenarnya kamu berdua gaduhkan ni?"soal lisa inginkan kepastian. Hani menjeling tajam ke arah hyeri. Hyeri pula membalas jelingan Hani.

flashback...

"Yoongi, oppa!" Jeri Hani dari jauh. Yoongi mengecilkan matanya untuk melihat gerangan siapa yang memanggilnya.

"Hah, Hani. Ada apa?" Soal Yoongi hairan melihat Hani berlari ke arahnya.

"Nah, hadiah dari saya. Happy Birthday." Hani memberi sekotak coklat yang berbungkus warna merah jambu. Yoongi masih lagi hairan.

"Hari jadi?" kata yoongi hairan. Hani pelik melihat sikap yoongi yang kebingungan itu. Bukan ke dia sepatutnya gembira? desis hatinya.

"Tapi hari jadi saya dua bulan lagi. Awak silap tarikh ni." Yoongi berkata sambil tersenyum kambing.

"Yeke? cis, tak guna." Gumam hani dalam diam.

"Apa dia?" Soal yoongi.

"Tak ada apa-apa. Nah, ambilah. Happy birthday in advance." Hani berjalan laju meninggalkan Yoongi yang masih lagi geli hati melihat telatah Hani.

"Siaplah kau!" Hani mengepal buku limanya. Perasaan amarah membuak-buak dalam hatinya.

"Hyeri!" Jerit Hani dalam bilik. Hyeri yang baru selesai mandi terkejut melihat Hani menjerit -jerit seperti kerasukan hantu.

"Apa ni? Kalau ye pun, jangan jeritlah. Tak boleh ke cakap elok-elok?" tegur Hyeri. Hani meluru ke arah Hani lalu menamparnya.

"Apa ni? Hani? Awak gila ke?" Marah Hyeri. Tak semena-mena dia kena penangan dari adiknya sendiri.

"Awak tu dah melampau. Hari ni bukan birthday Yoongi oppa la. Awak kejam hyeri! Sanggup awak buat saya macam ni!" Marah Hani. Airmatanya mengalir kerana memendam perasaan marahnya.

"Eh, yeke? si jungkook punya angkara la ni. dia yang bagitau hari ni hari jadi yoongi." Hyeri buat muka tak bersalah.

"Oh, jangan nak berdolak dalik la hyeri. awak memang sengaja kan? Dalam diam awak ketawakan saya kan?" Marah hani belum lerai lagi.

"Awak tampar saya sebab lelaki? Tak sangka ye Hani." Kali ni giliran Hyeri pula mengamuk.

"Dah awak berani tipu saya tu kenapa?" Hani berasa puas setelah dendamnya terbalas.

"Okay,fine!Jangan cakap dengan saya lagi."

"Siapa juga mahu cakap dengan kamu?" Balas hani pula.

Tringgg!

"Hello,  yoongi oppa! Ha, ada apa ni?" Sahut Hyeri. Dia menjeling ke arah Hani yang masih bermasam muka dengannya.

"Oh, tak apalah. Macam mana coklat tadi? Sedap?" Tanya Hyeri sengaja menaikkan darah Hani yang tengah meluap-luap.

"Bye, oppa." Hyeri mematikan handphonenya.

"Jealous ke?" Soal Hyeri. Hani diam.

Dia hanya mampu bersabar.

End of flashback....

"Pasal tu pun nak gaduh. Dah-dah berbaikla. Tak baik gaduh lama-lama." Lisa cuba meleraikan pergaduhan antara adik beradik itu.

Hani dan Hyeri hanya diam sahaja.

"saya nak bagitau sesuatu ni. Esok saya balik rumah sudah. Saya tak akan tinggal di sini lagi" ujar Lisa sedikit sebanyak membuat Hani dan Hyeri tergamam.

"Lisa, tak kan lah sebab kami gaduh kau nak pindah." Hani mendekati Lisa. Dia memang rapat dengan Lisa memandangkan mereka satu kursus.

"Yala Lisa. Takkanlah awak merajuk pasal kami." Hyeri pula memujuk. Lisa memandang wajah Hani dan Hyeri.

Baru dua bulan dia mengenal mereka namun hatinya amat berat untuk meninggalkan kawannya itu.

"Bukan macam tu. Papa saya datang tadi. dia suruh saya ikut dia balik rumah. Dia tak mahu saya tinggal di asrama lagi." Beritahu Lisa.  Hani dan Hyeri berpandangan antara satu sama lain.

"Lisa.. jangan lupakan saya ye?" Hani memeluk Lisa. Begitymu juga Hyeri. Lisa membalas pelukan mereka.

"Dah-dah. Mestilah saya tak akan lupa. Kamu berdua lah sahabat terbaik saya. Kita jumpa juga nanti di sini." Lisa berkata sambil meleraikan pelukan itu.

"Dan, saya nak kamu berdua berbaik sekarang" tegas lisa. Hani dan Hyeri memandang antara satu sama lain,

"Maafkan saya." Hani memulakan.

"Saya juga." Hyeri pula membalas. hani dan hyeri berpelukan dan lisa turut memeluk sahabatnya itu.

*****************************

Pagi itu, memandangkan lisa tiada kelas, ayahnya datang mengambilnya di universiti.

"Kamu okay tak ni?" Ayahnya menyoal apabila melihat anaknya lebih banyak mendiamkan diri berbanding  biasanya.

"Oh, okay. Lisa cuma rindu dengan rakan sebilik lisa." Lisa meluahkan isi hatinya. Ayahnya senyum.

"Takpalah. Jumpa juga kan di sana. Bukannya lisa terus berhenti." Usik ayahnya. Lisa senyum mendengar usikan ayahnya.

"Okay, dah sampai. Jom masuk." pelawa ayahnya.

Lisa membawa semua barangnya masuk namun ditegah oleh ayahnya.

"Takpa. Biar driver bawa masuk barang kamu ni." Ayahnya memberitahu. Lisa akur.

"Daeguk, bawa barang anak saya masuk." Arah en kim. Daeguk mengangguk.

"Makcik, mana papa?" Soal lisa. Dia melihat sekeliling namun tidak nampak batang hidung ibu tirinya itu.

"Oh dia pergi jumpa kawan lama. Takpalah. Lisa berehat lah dulu. Ada kelas ke petang ni?" Soal ayahnya lalu duduk di kerusi dapur.

"Oh, ada tapi petang nanti." Lisa memberitahu.

"Okay. Nanti minta Daeguk hantarkan." Kata ayahnya.

"Papa, boleh saya pergi sendiri?" Lisa meminta izin. Ayahnya agak terkejut dengan permintaan ayahnya.

"Boleh, pandai pandu ke?" Soal ayahnya. Lisa mengangguk. Nasib dia telah mengambil lesen memandu dulu di new york.

"Okay. Bawa mana-mana kereta kamu mahu." Ayahnya memberitahu. Lisa mengangguk gembira.

'Anything for you before I gone.' Bisik ayahnya. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi anaknya itu. Dia begitu menyayangi Lisa.

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now