#ep3

259 22 1
                                    

Universiti Seoul Korea

Kring!!

Bunyi alarm pagi itu menamatkan tidur Lisa. Dia segera bangun dan melihat Hyeri dan Hani masih lagi diulit mimpi lena.

Setelah bersiap, dia pun bersedia ke kelasnya pagi itu. dia hanya ada dua kelas sahaja hari itu.

"Pergi kafe la dulu. Masih awal." Gumamnya sendiri.

"Hai sendiri ka?" Tiba-tiba ada satu suara menyapa.

"Hai." Balas Lisa.

"Aik, dinginnya." Sindir lelaki itu.

"Awak nak apa, Jimin?" Soal Lisa.
"Saja nak duduk dengan awak. Nak tanya khabar awak. Seronok tinggal di asrama?" Usiknya lagi.

"Awak sengaja datang nak usik saya kan?" Lisa agak kesal dengan usikan Jimin itu. Dia dan Jimin sama-sama belajar di universiti yang sama. Manakala Bora pula belajar di universiti Hanseon, Incheon.

flashback...

"Lisa, mari sini sekejap." Puan Kim memanggil. Lisa akur.

"Ada apa, mama?" Walaupun begitu berat dia mahu memanggil wanita itu dengan panggilan 'mama' namun demi ayahnya dia merelakan.

"Mama?" Berkerut dahi Puan Kim mendengar gadis itu memanggilnya dengan 'mama'.

"Siapa mama awak?"

"Apa?" Lisa hairan dengan reaksi ibu tirinya itu.

"Jangan sesekali panggil aku mama. Kau tak layak panggil aku begitu. Hanya Bora dan Jimin anak aku. Kau tu anak simpanan suami aku." Lisa terkedu mendengar kata-kata ibu tirinya.
Lisa menahan air matanya dari mengalir.

"Dah, tak payah nak buat muka kesian di sini. Rimas aku tengok. Pergi siapkan makan tengah hari. Pembantu cuti, jadi kamu ambil alih semua kerja." Arah ibu tirinya.

"Okay, mama. Eh, makcik." Lisa membetulkan pakaiannya yang agak kusut itu.

"Bora, anak mama. Macam mana hari ni?" Puan Kim memeluk anak perempuannya itu. Lisa hanya mampu melihat dan dia bersabar dengan kerenah keluarga tirinya itu.

"Hey, apa tengok-tengok? Oh, lupa pula. Awak tak ada ibu kan, jadi awak jealous la ni? Kesian.. dah pergi sediakan makan malam. Aku lapar ni." Bora menyindir. Lisa berjalan menuju ke dapur dengan air mata mengalir di pipinya.

"Mama, Lisa rindu dengan mama." Dia bersuara kecil.

"Hoi, beri aku air!" Jimin pula mengarah.

"Boleh tak awak ambil sendiri?" Beritahu Lisa. Dia agak kesal dengan sikap mereka yang suka mengarahnya membuat sesuatu.

"Kenapa? Awak siapa nak arah-arah saya?" Jimin pula naik angin.

Jimin membuka peti ais lalu mengambil sebotol air sejuk.

"Oh, awak melawan arahan saya ye?" Jimin membuka botol air itu lalu menuangnya di atas kepala Lisa.

"Apa awak.." Jimin hanya ketawa melihat dendamnya terbalas. Lisa menggigil kesejukan kerana air sejuk itu membasahi bajunya.

"Padan muka awak. Siapa suruh melawan." Jimin pergi meninggalkan Lisa bersendirian.

"Lisa, makanan dah siap ke? Aku lapar lah." Marah Puan Kim dari ruang tamu.

"Sudah, makcik." Lisa menyahut.

Lisa menyediakan makanan malam itu.

"laparnya .." Bora, Jimin dan Puan Kim mengambil tempat duduk di meja makan.

Lisa yang baru sahaja mahu duduk, dijeling oleh Puan Kim.

"Lisa, apa ni? Awak tak layak nak makan dengan kami. Dah pergi cuci baju saya. Esok saya nak jalan-jalan." Bora memberi arahan. Lisa tidak mampu melawan.

"Saya juga." Jimin pula menambah.

Mereka bertiga ketawa melihat Lisa yang dah seperti pembantu rumah.

Selesai saja mencuci pakaian, Lisa ingin menyatakan hasratnya kepada ibu tirinya.

"Makcik, esok saya nak ke universiti." Beritahu Lisa.

"Apa? Universiti? Di mana?" Macam sangkaan Lisa, mesti ibu tirinya itu terkejut.

"Universiti Seoul." Beritahu Lisa.

"Ow. Jimin pun di sana. macam awak ni pun nak pergi universiti ke?" Sindir Puan Kim.

"Ayah awak tahu ke pasal ni?" Tanya Puan Kim lagi.

"Tahu. Saya dah beritahu papa tadi." Jelas Lisa.

"oh. Boleh tapi dengan satu syarat. Awak harus tinggal di asrama." Lisa terkejut.

"Kenapa, makcik?" Soal Lisa.

"Ish, banyak tanya pula. Dah ikut je cakap aku. tinggal je la di sana. Lagipun aku malas nak tengok muka kau ni." Puan Kim bersuara.

"okay." Lisa akur.

"Lisa, ingat sini. Jangan sesekali beritahu ayah kamu. Awas, kalau saya dapat tahu kamu bagitahu, jangan harap kamu boleh jejakkan kaki ke sini lagi." Puan Kim memberi amaran.

"Baiklah." Lisa akur.

"Hello, papa. Papa sihat?" Lisa menelefon ayahnya.

"Papa sihat. Kamu?" ayahnya menjawab.

"Sihat. Papa besok saya start sudah pergi universiti. Tapi saya kena tinggal di asrama." Beritahu Lisa.

"Lisa... kamu okay ka juga di rumah tu?" tanya ayahnya.

"Lisa okay la papa. Mama baik orangnya. Jimin dan Bora juga baik dengan Lisa." Lisa membalas. Walaupun agak sukar baginya memendam rasa sakit hatinya, namun demi ayahnya dia sanggup lakukan segalanya.

"Papa lega kamu okay saja. Bagus-bagus ya di sana. Em, papa ads meeting kejap lagi. Bye, Lisa. Papa sayang Lisa."

"Lisa juga.."

Tutt~ panggilan tamat.

"tak apa papa busy tu..." Air matanya mengalir deras. Dia begitu rindu dengan ayahnya. Lebih-lebih lagi ibunya.

"Lisa rindu papa." Akhirnya Lisa lena dalam tangisan.

Tamatnya flashback...

Bagaimana agaknya Lisa menahan rasa sedihnya diperlakukan sedemikian dengan keluarga dirinya...

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now