#ep10

185 18 0
                                    

Pagi itu lisa kelihatan mengemas barang-barangnya. Minggu itu mereka akan menyertai program yang dianjurkan oleh kelab mereka.

Jimin juga menyertainya namun lisa tidak ambil peduli. Lisa berjalan menuju ke dapur, kelihatan bibik sedang menyiapkan sarapan.

"Good morning, aunty." Lisa seraya mengambil kotak yang berisi makanan yang bakal dibawanya nanti. Memang dia sudah menyuruh bibik menyediakannya awal-awal. Sebab dia kena ada di lobi utama sebelum pelajar lain sampai.

"Awalnya bangun." Tegur bora.
bora memang selalu bangun awal untuk ke universiti. Bora merupakan senior di universiti, dan tahun ini merupakan tahun akhirnya. Dia dan bora beza tiga tahun.

Dia dan jimin yang sebaya. Namun, bora dan jimin tidak menyukainya.

"Bibik, sarapan dah siap?" Soal bora setelah lisa hanya membatukan diri apabila ditegurnya.

"Sudah cik bora. Cik bora nak pergi sekarang ke? Awal sangat." Kata bibik. Bora buat muka tak kisah.

"Biarlah. Hal saya. Kau buat kerja kau." kata bora agak biadap. Lisa agak marah melihat kelakuan bora yang menyakitkan hati itu.

"Unnie, tak boleh kah cakap elok-elok. Kesian bibik, terpaksa bangun awal-awal buat kerja. " kata lisa.

"Apa ? Unnie? Siapa unnie kau? Dah tak payah nak nasihatkan aku. " marah bora pula.

"Apa bising awal-awal pagi ni? Bora kamu dah siap ke? Nanti suruh daeguk hantarkan." Ayahnya menegur. Bora dan lisa memang tak boleh bertembung, memang selalu gaduh.

"Papa dia mula dulu. Tak pandai hormat saya sebagai kakak." Bora mengadu. Lisa berasa sakit hati.

"Mana ada .." kata lisa

"Lisa, jangan cakap macam tu dengan kakak kamu. Minta maaf." Kata ayahnya. Lisa tunduk. Ayahnya tidak tahu kejadian yang sebenar.

"Sorry." Kata lisa terpaksa. Bora senyum kemenangan.

Dia berasa puas melihat lisa kena tegur ayahnya.

"Takpa la papa. Lisa boleh pergi sendiri." Kata lisa.

"Habis tu kereta ?" Soal ayahnya.

"Oh, ya kan. Takpa lah nanti saya suruh pakcik daeguk hantarkan." Kata lisa akhirnya.

"Baguslah." jawab ayahnya lalu naik ke bilik untuk bersiap.

"Padan muka kau." Kata bora lalu beredar dari situ.

'Sabar lisa.' Katanya dalam hati.

"Sabar ye cik lisa. Cik bora memang begitu." Kata bibik menenangkan hati lisa yang lara.

"Terima kasih, bibik." Kata lisa.

Universiti seoul

"Mana mereka ni?" Soal lisa melihat jam di tangannya. Ada 15 minit lagi pelajar lain akan datang.

"Hai lisa!" Lisa menoleh. Jungkook sedang berjalan ke arahnya. Lisa cuba kawal perasaannya yang agak tak keruan melihat jungkook.

"Hai." Dingin sahaja sapaan lisa membuat jungkook berasa lisa tidak ingin bercakap dengannya.

"mana mereka ni?" Ujar lisa kesal.

"Awak dah makan?" Soal jungkook.

"Sudah."

kruukkk~

Lisa menekup wajahnya menahan malu. Bunyi perutnya mematikan egonya.

"Bunyi apa tu ye?" Soal jungkook buat-buat tak tahu. Wajah lisa kemerah-merahan.

"Apalah. Jangan sibuk." Marah lisa sambil menahan malu.

'Bodohnya kau, lisa.' Gumamnya.

"Nah, makanlah." Jungkook menyerahkan sandwich kepada lisa. Lisa mengambil tanpa melihat ke arah jungkook.

"Thanks." Ucap lisa sedikit menenangkan hati jungkook.

"Hey, lisa. Awak buat apa di sini?" Soal jennie tiba-tiba.

"Saya tunggu kamu lah." Kata lisa dengan nada agak merajuk.

"La, yeke? Sorry dongsaeng. Jom, masuk. Teman aku ambil barang dalam bilik kelab." Ujar jennie. Dia sempat melontarkan pandangan ke arah jungkook. Dia tidak tahu mengapa hatinya sakit setiap kali melihat jungkook.

"Lisa, awak ada cakap apa-apa dengan jungkook, tak?" Soal jennie.

"Tak ada." Cepat lisa menjawab, dia tidak mahu menimbulkan kesangsian dalam hati jennie.

"Bagusla." Ujar jennie.

'kenapa jennie begitu membenci jungkook dan abang-abangnya?' Soalnya dalam hati.

"Hey, mengelamun saja. Dahlah. Angkat barang-barang ni. Rose dan jisoo dah pergi ke tapak resort tu. So kta berdua akan mengiringi pelajar-pelajar lain. And with that other group." Jelas jennie. Lisa mengangguk faham.

******************************
Dalam perjalanan ke resort, hanya segelintir pelajar menggunakan bas. Yang lain menggunakan kenderaan sendiri.

"Lisa, macam mana dengan baju tee yang sudah saya suruh kamu ambil semalam?" Soal jennie.

Jungkook dan namjoon mendengar perbualan lisa dan jennie dengan cermat.

"Sudah. Nanti saya akan edarkan." Kata lisa.

Jungkook melihat wajah lisa. Sepertinya lisa menyimpan banyak rahsia, dan lisa kelihatan kurang sihat.

"Okay, baguslah." Kata jennie. Dia sempat menjeling ke arah jungkook yang dari tadi melihat ke arah mereka. Dia hairan dengan sikap jungkook.
'Apa agaknya bermain dalam mindanya?' Soal jennie dalam hati.

"Awak okay ke jennie?" soal lisa bimbang melihat jennie yang dari tadi mengelamun. Jennie sekadar menggeleng.

Setibanya mereka di tapak parking resort itu, lisa dan jennie menunggu rose dan jisoo untuk membawa barang selebihnya.

"Okay, perhatian semua. Ahli kelab Editor, sila berkumpul di sini. Kami nak agihkan buku catatan dan tshirt." Kata jisoo.

Agak ramai ahli kelab editor berbanding kelan muzik. Jennie tersenyum sinis melihat kekalahan jungkook terhadapnya.

Jungkook sempat melemparkan pandangannya terhadap lisa. Entah mengapa hatinya seakan-akan bertaut pada gadis kacukan itu.

Namun dia tahu lisa tidak mungkin menyukainya.

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now