#ep5

223 18 0
                                    

Petang itu, Puan Kim berhasrat untuk berbelanja di Mall S.

Lama sudah dia tidak berbelanja untuk diri sendiri.

"Hai, Puan Kim."

Puan Kim menoleh. Dia agak terkejut melihat Puan Song pun berada di situ.

"Hai, Puan Song. Lama tak jumpa awak." Sahut Puan Kim.

"Khabar baik. Dengar cerita awak dah kahwin lagi. Betul ke?" Sindir Puan Song.

"Ya. Tapi lama dah. Kenapa?" Soal Puan Kim hairan.

"Tak ada apa-apalah. Tentu awak berasa bahagia kan ? Ye la. Kahwin dengan ahli korporat. Dengar cerita, suami awak tu dah ada anak. Betul ke?" Puan Song gelak kecil melihat wajah Puan Kim bertukar merah menyala.

"Hey, dengar sini. Dia ada anak ke tak ada anak ke bukan hal kau. Lebih baik kau jaga hal kau sendiri. Jangan nak sibuk hal aku." Marah Puan Kim.

"Sabar, Puan Kim. Bukan apa lah. Banyak yang cerita. Kalau suami awak mati, mesti harta dia pergi kat anak dia tu kan ?" Puan Song menambah.

"Diam lah." Puan Kim semakin naik angin dengar kata-kata Puan Song.

"Dahlah. Aku balik dulu ya. Selamat berbelanja." Puan Song berlalu meninggalkan Puan Kim yang masih lagi kelihatan marah.

"Tak guna punya perempuan." Marah Puan Kim. Dia masih tidak boleh lupakan apa yang diperkatakan oleh Puan Song tadi.

"Tak mungkin. Hartanya akan jadi milik aku. Shindong Company akan jadi milik aku." Puan Kim bermonolog.

"Mama, saya dah balik!" Bora masuk lalu menuju ke dapur.

"Mana mama ni?" Soalnya dalam hati.

"Anak mama dah balik. Macam mana sekolah?" Soal Puan Kim apabila melihat anaknya itu di depan matanya.

"Okay je. Mama, minggu depan Bora ada program luar universiti. So, Bora akan pergi ke Pulau Jeju untuk dua minggu. Boleh?" Bora meminta izin.

"Boleh. Bora ada apa-apa nak bawa ke? Nanti mama sediakan." Puan Kim berkata. Bora menggeleng.

"Tak apalah mama. Bora tak ada apa-apa nak bawa. Semua kelengkapan sudah Bora sediakan." Bora menjelaskan.

"Baiklah kalau macam tu." Puan Kim sedikit lega.

"Mama, saya naik dulu. Mengantuk." Bora naik ke biliknya meninggalkan ibunya di dapur.

"Bora, kau kena ambil alih syarikat Shindong Company." Puan Kim bermonolog.

Universiti Seoul Korea

"Baiklah, saya nak kamu semua siap sedia untuk program yang bakal dianjurkan oleh Kelab Editor dan Kelab Muzik. Siapa yang terpilih tu, petang ni ada sedikit taklimat di dewan kuliah B. Jam 8 malam." Prof Hans menamatkan lecturenya petang itu.

"penatnya." Lisa mengeluh. Seharian menghadap slide memang memenatkan. Hari ini ialah hari yang paling padat  baginya.

"Pergi kafe lah dulu." Lisa mengangkat punggungnya meninggalkan tempat itu.

buppp!

"Ops, sorry.." Lisa terjatu di atas lantai dewan kuliah itu.

"Apa ni main langgar.." Lisa terkejut melihat orang yang melanggarnya.

"Kamu lagi... ow, kita satu kursus rupanya. Bye." V berlalu meninggalkan  Lisa yang masih lagi terduduk di atas lantai. Hatinya sedikit panas melihat kelakuan V yang agak kurang ajar itu.

"Hoi, tak pandai nak minta maaf ke?" jerit Lisa keras.

"Aik, pekak ke cik oi. Kan aku dah minta maaf tadi." V mengejek.

"Cis, kurang ajar." Lisa bermonolog.

V berlalu meninggalkan Lisa yang masih lagi cuba untuk bangun sendiri.

Lisa terhenjut-henjut berjalan menuju ke kafe.

"Hai, Lisa." Jungkook menyapa.

"Hai." Lisa kekal berjalan ke arah meja yang kosong di sudut kafe itu.

"Kenapa kaki tu?" Soal Jungkook cemas.

"Oh, terjatuh tadi. Tapi tak apa-apalah." Lisa senyum melihat keprihatinan Jungkook terhadapnya.

Entah mengapa dia sedikit gembira melihat Jungkook begitu prihatin akannya.

"Cemas saya tau. Lain kali hati-hati." Jungkook memberi nasihat.

"Okay." Lisa membalas.

"Awak nak makan apa? Saya tolong belikan." Jungkook mempelawa.

"Tak apa lah. Saya boleh beli sendiri. Tak payah susah-susah okay?" Beritahu Lisa.

"Tak boleh. Tunggu sini saya pergi belikan." Jungkook masih berkeras.

"Tak paya..." belum sempat Lisa menghalang, Jungkook sudah pergi ke kaunter.

"Baiknya dia..." bisiknya dalam hati.

"Hai,Jungkook. Free tak petang ni?" Tiba-tiba ada seorang perempuan menyapa Jungkook. Setelah dilihat lebih jelas, gadis itu ialah Hyeri. Lisa tergumam.

"Kenapa si Hyeri bercakap dengan Jungkook?" Lisa melihat kemesraaan Jungkook dan Hyeri. Hatinya berasa kurang senang namun segera dia buang perasaan itu jauh-jauh.

"Free. Kenapa?" Soal Jungkook sambil order makanan untuk Lisa.

"Awak, saya nak beritahu sesuatu." Jungkook melihat wajah gadis itu. Gadis di hadapannya itu pernah memiliki hatinya satu ketika dahulu.

"Boleh." Jungkook balas. Hyeri berasa gembira lalu memeluk Jungkook.

"Hyeri dan Jungkook ada apa-apa ke?" Soal Lisa dalam hati..

"Bye Jungkook." Hyeri berlalu pergi.

"Nah. Saya tak tahu apa kamu nak makan. Jadi saya beli ni saja.

"Ow, tak apa. Thank you." Lisa balas kebaikan Jungkook. Dia mahu saja tanya Jungkook pasal Hyeri, tapi siapalah dia mahu tahu pasal tu.

"aik, kenapa diam saja ni? Ada masalah ke? Ke awak tak suka makanan tu?" Soal Jungkook mematikan lamunan Lisa.

"Oh, tak ada apa-apa. I just.. em nothing." Lisa memendam hasrat di hatinya.

"Bagusla." Jungkook.

Apakah sebenarnya hubungan Jungkook dan Hyeri? Apakah Lisa mulai menyukai Jungkook? Nantikanlah...

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now