#ep16

163 15 2
                                    

"Penatnya!" Lisa mereganggkan badannya. Seharian penat menyiapkan projek akhir tahun. Tahun ini merupakan tahun akhirnya.

"Thanks, rose. Aku masuk dulu." Kata jennie lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya.

dari luar, rumah itu kelihatan cantik sekali. Lampu luar menerangi kawasan halaman rumah.

Jennie mengeluh. Seakan-akan ada sesuatu mengganggu fikirannya. Kakinya berat melangkah masuk ke perkarangan rumahnya.

"Jennie, macam mana kelas hari ni?" Tiba-tiba ada satu suara menerpa. Jennie menoleh. Kelihatan seorang lelaki tua sedang duduk sambil membaca surat khabar. Jennie menggeleng.
Malas rasanya membalas pertanyaan lelaki tua itu.

"Okay je." Kata jennie akhirnya apabila lelaki itu seperti menanyi jawapannya.

"Tahun ni tahun akhir kamu kan? Buatlah yang terbaik. Buat ayah kamu bangga. Atuk mahu kamu berjaya." Kata tuan jonsuk.

"Atuk tak payah la sibuk hal jennie. Tahulah jennie nak buat apa. Atuk pergila sibuk hal jungkook. Dia kan cucu kesayangan atuk." perli jennie. Dia sudah tidak kisah akan perasaan orang tua itu.

Dia terasa seperti orang asing dalam rumah itu. Apalagi kalau ada si jungkook. Dia rimas dengan adik sepupunya itu.

"Jennie, jangan cakap macam tu. Atuk sayang kamu dua. Kamu, atuk dah janji dengan ayah kamu yang atuk akan jaga kamu sampai akhir nafas atuk." Kata tuan joonsuk. Jennie tunduk.

"Atuk tak layak sebut nama atau panggil ayah saya." Marah jennie. Dia meluru masuk ke dalam biliknya.

Di situ dia meluahkan segala yang tersimpan dalam hatinya. Perasaan amarah yang kian lama terpendam dilepaskan. Air matanya mula mengalir membasahi pipinya.

Jennie mencapai sekeping gambar dalam begnya. Gambar yang selalu dibawanya ke mana  saja dia pergi.

"Papa, mama, jennie rindu..jennie..mahu jumpa papa dan mama.." jennie menangis teresak-esak. Dia memeluk gambar tersebut. Dia mungkin terlihat kuat dari luaran namun hatinya lemah. Dia berasa sakit setiap mengingati papa dan mamanya.

"Sampai bila-bila pun jennie tak akan maafkan mereka." Jennie sudah menutup hatinya buat atuknya dan jungkook.

.............................................................

"Aduh, mama!" Lisa meraung. Tangannya melecur kerana dituang air panas oleh puan kim.

"itulah aku cakap, kalau buat kerja tu jangan nak berangan!" Marah puan kim. Lisa menangis menahan rasa sakit pada tangannya.

"Dah, jangan nak nangis sini. Pergi sana!" teriak puan kim lalu menolak lisa hingga terjatuh.

Lisa menangis teresak-esak menanggung kesakitan yang tak terkira itu.

Dia mencapai ubat di atas mejanya lalu menyapu di atas luka itu.

Dia teringat akan mamanya yang selalu menyapu ubat di lukanya dulu. Dengan penuh kasih sayang, mamanya akan mengusap kepalanya lalu mencium dahinya. Lisa menangis lagi. Dia terlalu rindu akan ibunya. Dia tak tahu ibu tirinya akan menjadi begitu.

"Mama...mama.. lisa rindu..mama, lisa dah tak sanggup." Lisa membenamkan kepalanya di atas bantal dan membiarkan tangisannya menjadi dodoian tidurnya.

"Lisa rindu mama...lisa.." akhirnya lisa lelap dalam tangisan. Dia tahu dia perlu tabah. Namun, kadang-kadang kekuatannya terbatas.

.........................................................

Jungkook memandang ke arah Namjoon yang sedang leka dengan handphonenya. Dia menepuk dahinya.

'Aku bodoh!' Katanya dalam hati.
"Kau ni gila kah?" Soal v. Jungkook melihat v sedang memandang ke arahnya.

"Kenapa pula?" katanya. V tersenyum.

"Kau tu cakap sendiri." Kata v. Yoongi sedar lalu ketawakan Jungkook.

"Jungkook, kau kenal kan lisa?" Soal v membuat jungkook agak terkejut.

"Kenapa ?" Soalnya.

"Dia suka lelaki macam mana? Sebab aku rasa aku suka dia lah. Aku nak confess perasaan aku kat dia." Kata v jujur. Kata-kata v membuat jungkook terdiam.

"confess lah. Asal beritahu aku. Dahlah aku nak tidur." Kata jungkoom kasar. V terkejut. Dia hairan melihat sikap kawannya itu.

"Kenapa dia tu?" Soal v. Yoongi mengangkat bahu tanda tak tahu.

'Aku jealous? Isk..' bisiknya dalam hati.

.........................................................

"Hani, aku ada hal nak tanya kau ni" kata lisa.

Hani memerhati saja tingkah sahabatnya itu.

"Hah, apa dia?" jawab hani

"Hyeri. Lama dah aku tak nampak dia." Kata lisa.

"Oh, dia pergi Kanada dengan papa aku. Ada hal sikit katanya." Kata hani. Lisa mengerutkan dahinya.

"Bukan ke kau juga anak papa kau. Kenapa kau tak pergi?" Soal lisa.

"Huh, malas aku. aku lain daripada kakak aku. Dia tu suka jalan-jalan. Aku lak suka stay je." Kata hani. Lisa mengangguk.















thanks kepada yang sudi baca ff ni walaupun tak best. Hope korang terus baca, vote n comment ff ni. Saranghae :)

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now