#ep14

191 15 1
                                    

Sudah masuk tiga minggu lisa berada di hospital. Hari demi hari, ramai yang datang melawatnya. Namun, lisa seperti tercari-cari seseorang. Tetapi dia akhirnya membiarkannya.

"Papa, betulkah lisa dah boleh balik?" soal lisa agak teruja. Dia tak sabar mahu balik ke rumah. Sebenarnya dia tidak tahan duduk di hospital lama-lama kerana bosan.

"Ya, anak papa ni excited sangat nak balik ni kenapa?" Soal ayahnya senang melihat anak ceria kembali.

"mestilah. Bosan tau duduk di hospital ni. mahu juga jalan-jalan di luar." Kata lisa lagi.

"Iyela. dah jom." Ayahnya memapahnya keluar dari hospital itu.

Hatinya gembira mengenangkan dia akan kembali ke universiti.

Tapi, mindanya masih lagi memutarkan saat-saat dia diculik. Dia masih ingat keadaan penculik itu. Kadang-kadang terbawa mimpi.

"Lisa, okay ke?" Soal tuan kim. Lisa mengangguk.

"lisa okay je. Cuma lisa asyik teringat wajah penculik lisa tu." Kata lisa dengan nada bimbang. Tuan kim merenung wajah anaknya yang bernasib malang itu. Dia tidak tahu berbuat bagaimana. Penculik itu belum dapat dikesan. Tuan kim resah.

.........................................................

"Lisa dah keluar hospital. Maknanya dia dah sembuh!" Kata hani gembira. Hyeri hanya tersenyum melihat telatah adiknya. wajahnya tidak menampakkan dia gembira mendengar berita itu.

Hatinya masih sakit. Dia terkenangkan peristiwa minggu lepas. Di mana jungkook menyatakan perasaannya kepadanya.

Flashback....

"Hyeri, dengar penjelasan aku dulu." Kata jungkook menggenggam erat tangan hyeri.

Hyeri menjeling tajam ke arah jungkook. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"aku memang suka dengan kau. Dari dulu lagi." Katanya. Hyeri tergamam.

"jangan main-main jungkook." Kata hyeri. Dia seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh jungkook.

"Kenapa? Jungkook, kau tahu kan aku suka Namjoon. Kau masih tak faham ka?" Kata hyeri pula.

Jungkook diam. Bukan dia tak tahu. malah dia yang cuba rapatkan namjoon dan hyeri.

"Tapi.." jungkook seakan-akan hilang kata-kata.

"Sudahlah jungkook. Kita kawan saja ye?" Hyeri meninggalkan jungkook diam seribu bahasa.

Jungkook berasa kecewa. Tetapi bagaikan ada satu perasaan lain dalam hatinya. Dia tidak pasti. dia tidak sedih apabila hyeri menyatakan begitu. Jungkook binggung dengan perasaannya sendiri.

"apa sebenarnya yang aku rasa ni?" Soalnya.

End of flashback...

"Hani!" jerit lisa. hani menoleh. Hatinya gembira melihat lisa kembali ke universiti.

"Lisa!" Hani memeluk sahabatnya itu erat-erat. Dia melepaskan rindu dan risaunya yang terbuku dalam jiwa.

"Lisa kau okay tak ?" Soal hani inginkan kepastian.

"Kalau aku tak okay, aku tak akan datang ke sini kan?" Soal lisa. Hani tersenyum riang.

"Kau ni... aku tanya serius la. Okay, jom pergi kafe. Ada orang nak jumpa." Kata hani.

'Jumpa?' Bisiknya .

Lisa dan hani berjalan laju ke kafe. Ada satu kelibat sedang menunggu.

"Hai, lisa." Sapa v.

"Hai, v." Jawab lisa. Mereka bertiga duduk di meja paling hujung.

"Awak buat apa kat sini?" Soal lisa. Hani tersenyum-senyum melihat dua orang sahabatnya itu.

"Oh, saya tunggu awak lah. Kan saya dah janji apabila awak kembali saya akan sambut awak." Kata v penuh semangat. Alah, kalau sesiapa dengar ni mesti cair.

"Awak ni. Takpayahlah susah-susah. Hani kan ada." Kata lisa. Dia gembira memiliki sahabat seperti v. yang selalu ada bersamanya.

"Tak susah pun. Lagipun saya memang tiada kelas pagi ni." Kata v lagi meyakinkan lisa.

"Ehemmm..." hani  berdehem apabila dua orang sahabatnya itu rancak berbual tanpa mempedulikan dirinya di situ.

Mereka bertiga ketawa dan kelihatan akrab sekali.

Jungkook hanya mampu memerhati dari jauh wajah lisa. Entah mengapa hatinya sering merindui wajah gadis itu. Senyuman lisa sering bermain dalam mindanya dan dia sering termimpikan gadis itu.

Apakah aku suka padanya?, bisik jungkook.

...........................................................

"Okay, thats all for today." Kata prof hans.

"Penatnya!" Kata jungkook. Kuliah pagi itu sangat boring. Fikirannya melayang entah ke mana. Mindanya asyik memikirkan tentang lisa.

'bodoh!' Marah jungkook dalam hati.

Jungkook bercadang mahu menemui lisa dan bertanyakan khabarnya namun dia takut kalau lisa tidak mahu menemuinya. Dia sendiri buntu dengan perasaannya.

Tiba-tiba jungkook terlihat lisa sedang berbual bersama v. Kelihatan mereka bahagia sekali. Mereka terlihat seperti pasangan kekasih dan ini menyebabkan jungkook cemburu.

"Apa kurangnya aku." Soalnya dalam hati.

V dan lisa berpisah dan menuju ke tempat masing-masing. Lisa lega mendengar kata-kata dari v yang selalu memberinya semangat.

"Lisa!" Panggil Jungkook. Lisa menoleh. Kelihatan jungkook sedang berjalan ke arahnya.

'Diakah yang menyelamatkan aku?' Bisiknya dalam hati.

"Kenapa jungkook?" Soal lisa. Jungkook merenung wajah lisa. Tanpa berfikir panjang, dia terus memeluk lisa. Rindunya kepada gadis itu hanya Tuhan yang tahu.

"Jungkook..." lisa terkilan melihat perbuatan jungkook itu. Dia risau kalau ada orang melihat perbuatan mereka.

"Jangan lepaskan.." mohon jungkook. Kalau boleh dia ingin bersama gadis itu. Dia ingin menyatakan bahawa dia rindu dan risau akan gadis itu.

Lisa membiarkan namun timbul perasaan risau dalam hatinya. Jantungnya berdegup kencang. Jelas sekali dia memang merindui lelaki itu.

Namun, apakah benar perasaanya itu?

"Kau okay tak?" Soal jungkook meleraikan pelukannya.

Lisa mengangguk. Hati wanita tersentuh tiap kali berada dalam dakapan jungkook. Dia memandang tepat ke arah anak mata jungkook.

Dia yakin dia memang mencintai lelaki itu.

Tiba-tiba air matanya gugur. Dia tidak mampu menahan sebak dalam jiwanya. Jungkook risau melihat lisa tiba-tiba menangis.

"lisa kenapa ni?" Soal jungkook cemas.

"tak ada apa-apa. Saya cuma gembira lihat awak masih risau pasal saya." Kata lisa. Jungkook segera memeluk lisa lagi. Biarlah gadis itu berada dalam pelukannya. Dia tidak mahu gadis itu berasa takut.

"Jangan risau, saya akan sentiasa bersama awak." Kata jungkook.

Entah apa yang dilakukannya itu benar atau tidak. Dia sendiri malas memikirkannya. Biarlah apa yang akan terjadi selepas ni, dia akan sentiasa melindungi gadis itu.

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now