#episod21

74 9 2
                                    

Balai Polis S

Krystal meliar mencari gadis itu. Namun dia tidak menemukannya. Hatinya resah memikirkan apa yang berlaku di rumah Lisa petang tadi.

"Mana Lisa ni." Ucapnya. Dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada kawannya itu.

"Cik cari siapa?" soal salah seorang pegawai polis. Krystal menceritakan perkara yang berlaku.

"Dia sedang disoal siasat. Cik boleh tunggu di sini." Kata pegawai polis itu lagi. Krystal mengambil tempat duduk di ruang menunggu. Dia mengharapkan ada sesuatu yang baik berlaku. Dia tahu Lisa sudah mengalami banyak perkara dalam hidupnya.

Beberapa minit kemudian..

"Lisa, awak kenapa?" soal Krystal melihat Lisa dibawa oleh beberapa pegawai polis seperti orang yang bersalah.

Ayah Lisa sedang tunduk sedih. Krystal tahu ayah Lisa sedang bersedih, kerana dia tidak menyangka Lisa akan berbuat demikian. Namun, Krystal percaya Lisa tidak bersalah.

"Pak cik, Lisa tidak bersalah. Percayalah." Kata Krystal cuba memberitahu Encik Kim. Encik Kim mengendahkan Krystal, lalu meninggalkan Krystal sendiri.

'Ini tidak boleh jadi.' Kata Krystal.

Satu bulan yang lepas

"Lisa, kenapa awak tidak pertahankan diri awak? Kenapa awak tidak beritahu sahaja tentang ibu tiri awak tu? Dan kenapa awak tidak beritahu tentang sakit awak?" soal Krystal.

Lama Lisa berdiam, menyusun ayat. Dia memandang wajah gadis di hadapannya itu. Dia rasa bertuah mempunyai sahabat seperti Krystal, walaupun pertemuan mereka baru, namun dia terasa dia mengenali Krystal sudah lama.

"Krystal, awak tahu kan saya sayangkan ayah saya. Ayah saya adalah segala-galanya bagi saya. Saya akan berbuat apa-apa sahaja demi ayah saya. Saya tidak sanggup kehilangan ayah saya." Kata Lisa. Krystal mengangguk tanda faham akan maksud Lisa.

"Saya tidak sanggup kehilangan ayah saya. Semenjak kematian ibu saya, ayah selalu ada di sisi saya dan tidak pernah meninggalkan saya. Walaupun umur saya tidak panjang, namun saya ingin ayah saya selamat.

"Maksud kamu?" soal Krystal agak keliru dengan ayat yang disampaikan oleh Lisa.

Air mata mengalir di pipi Lisa, menandakan pasti berat apa jua yang akan dijelaskan olehnya. Krystal bersedia mendengar apa yang dikatakan oleh Lisa.

"Doktor cakap saya cuma ada 2 bulan untuk hidup. Dan saya tahu tentang hal ini sudah lama, tanpa pengetahuan ayah saya. Kanser yang sama menyerang mama saya sewaktu saya kecil." Kata Lisa. Krystal terkejut. Sama ada dia mahu percaya atau tidak dengan apa yang dikatakan oleh Lisa. Namun, dia tahu Lisa tidak mungkin akan bergurau tentang hal itu.

"Lisa, macam mana sekarang?" soal Krystal. Dia menepuk dahinya, sedar bahawa soalannya tidak mengena dengan keadaan sekarang. Lisa membalas dengan senyuman melihat reaksi Krystal itu.

"Saya sedia menerima kenyataan ini. Malah, kalau sekarang saya dijemput malaikat maut, saya sudah sedia." Balas Lisa. Krystal seakan masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar itu, tetapi dia kena percaya juga.

"Lisa, awak jangan menyerah. Awak pasti sembuh." Kata Krystal memberi semangat kepada Lisa. Saat ini itu yang Lisa perlukan, semangat dari kawan-kawannya.

"Awak janji dengan saya awak tidak akan beritahu sesiapa tentang hal ini. Janji?" kata Lisa. Krystal tunduk. Keliru dengan janji yang diminta oleh Lisa. Namun, itu sahaja permintaan Lisa, dia harus mengotakannya.

"Okay." Kata Krystal.

'Lisa, kenapa semua ini terjadi kepada awak? Kenapa awak harus mengharungi dugaan berat seperti ini?' bisik hati kecil Krystal. Dia merenung wajah mulus Lisa. Sungguh suci, dan tenang. Sekali-skala dia sedih melihat Lisa hanya tersenyum.

'Apakah wajah ini akan hilang dari muka bumi ini? Lisa, awak bertahanlah.'

Universiti Seoul

"Apa? Aku tak percaya lah. Dia tidak akan buat hal macam tu. Aku kenal Lisa macam mana." Kata V kepada Krystal. Krystal mengangguk. Dia tahu V memang rapat dengan Lisa, kadang-kadang sikap prihatin V membuat hatinya sakit. Namun, itu bukan hal yang penting buat sekarang.

"Aku nak jumpa ayah Lisa. Aku nak beritahu segala perkara jahat yang dilakukan oleh ibu tirinya. Biar ayahnya tahu." Krystal menarik tangan V seakan tidak mahu dia berbuat demikian.

"Kau kenapa halang aku, Krystal?" soal V. Krystal tahu bukan ini yang Lisa mahu untuk detik-detik akhir kehidupannya. Lisa tidak menginginkan ayahnya sedih. Lisa hanya inginkan kebahagian buat ayahnya.

"V, Lisa tidak mahu kita beritahu ayahnya. Aku dah janji dengan Lisa. Please." Rayu Krystal. V mendengus menahan marah. Dia tidak tahu Lisa akan menerima nasib seperti ini. Semua hal yang menimpa Lisa seolah-olah perkara yang tidak adil buatnya.

Balai Polis S

"Lisa, awak okay tak?" soal V. Direnungnya wajah gadis itu. Sungguh tenang, tetapi dia perasan wajah Lisa agak berbeza dengan yang dia kenal selama ini. Wajah yang dia kenal penuh dengan kegembiraan, bukan seperti sekarang. Wajah Lisa agak pucat dan kurang bermaya.

"I'm fine." Balas Lisa. Dia tidak mahu V berasa susah hati. V sudah banyak membantunya selama ini.

"Awak jangan risau, nanti saya minta mama saya jamin awak keluar." Kata V. Lisa menggeleng. Biarlah dia habiskan sisa hidupnya di tempat itu. Dia tahu dia tidak bersalah namun, biarlah dia yang dihukum bukan ayahnya.

"Lisa, saya suka awak." Lisa agak terkejut mendengar luahan V. Dia tidak menyangka V menyimpan perasaan terhadapnya. Dia juga menyayangi V tetapi hanya sekadar teman baik.

"V, saya hargai perasaan awak terhadap saya. Saya sangat berterima kasih buat segala-galanya yang awak telah buat untuk saya. Namun, sayang saya kepada awak hanya terbatas sebagai kawan. Saya harap awak faham, awak memang seorang yang baik, dan ramai lagi gadis di luar sana yang layak buat awak." Kata Lisa. Pada masa yang sama dia risau kalau-kalau V terluka dengan kata-katanya.

"It's okay, Lisa. I will wait." Kata V. Lisa kaku. Dia tidak tahu V memang benar-benar tulus dengan kata-katanya.

"V..." Lisa tidak mampu meneruskan kata-katanya. Kepalanya terasa berat. Pandangannya menjadi kabur, V yang berada di hadapannya tidak kelihatan lagi. Kedengaran namanya berkali-kali dipanggil namun dia tidak berdaya untuk menyahut.


[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now