#ep22

89 8 0
                                    


Hospital N

"Apa semua ni?" soal Encik Kim kepada doktor yang baru sahaja keluar dari bilik kecemasan. Semua menanti jawapan dari mulut doktor itu. Kelihatan Krystal, V, Jungkook dan Hani berada di situ juga.

"Begini, sekarang keadaan Cik Lisa stabil. Boleh saya tanya sesuatu?" kata-kata doktor itu sedikit sebanyak meredakan kerisauan mereka.

"Apa dia doktor?" soal Encik Kim. Dia masih lagi belum reda sepenuhnya. Selagi dia tidak melihat sendiri keadaan anaknya, dia tidak akan senang hati.

"Cik Lisa ada bincang fasal kanser yang dia hadapi?" Encik Kim tergamam. Ayat yang sama dia dengar sewaktu arwah isterinya meninggal akibat kanser. Dia tidak menyangka dia akan mendengar ayat itu lagi.

"Macam ni, Encik Kim. Cik Lisa menghidap kanser paru-paru. Tahap empat dan sekarang cik Lisa berada dalam kritikal. Dia perlu menerima rawatan kemoterapi." Kata doktor. Semua yang berada di situ sungguh terkedu dan terdiam mendengar penjelasan doktor kecuali Krystal. Dia sudah lama tahu akan penyakit Lisa namun dia sudah berjanji dengan Lisa untuk tidak memberitahu tentang hal itu.

"Lisa, kenapa ..nak.." Encik Kim merasai sesalan menyelubungi dirinya saat itu. Dia tidak tahu berbuat apa lagi. Sesalan demi sesalan membuak-buak dalam dadanya kerana dia tidak menjaga Lisa dengan baik sebelum ini.

"Pak cik, ni Lisa hendak beri kepada pak cik tapi belum sempat dia bagi, Lisa masuk penjara." Krystal yang sudah tidak mampu menahan air matanya mengenangkan Lisa memberikan sepucuk surat dari Lisa kepada Encik Kim.

"Terima Kasih." Ujar Encik Kim. Encik Kim mengesat air matanya yang bertakung, dia mencari keberanian untuk membaca surat dari Lisa.

"Papa, hari ini Lisa bahagia sangat. Papa nak tahu kenapa? Sebab Lisa tahu papa dah balik. Lisa bahagia bila dengar papa akan bekerja di Seoul dan tidak akan ke luar negara lagi. Tiada kata yang dapat ungkapkan kegembiraan yang Lisa rasai saat ini. Papa, Lisa sangat rindu dengan papa. Selama papa di Canada, Lisa bertekad untuk tidak menelefon papa sebab Lisa takut mengganggu kerja papa. Papa rindu Lisa tak? Lisa tulis surat ini sebab Lisa takut kalau-kalau Lisa tidak sempat ucapkannya kepada papa. Lisa bertuah ada ayah macam papa, you're the best dad in the world. Fasal mama, Jimin dan Bora, mereka baik, walau kadangkala ada salah faham, tapi Lisa faham dan Lisa harap papa bahagia dengan mereka. Papa, jika ada sesuatu yang menimpa Lisa masa di masa akan datang, Lisa minta maaf. Lisa minta maaf sebab tidak menjadi anak yang baik dan kalau Lisa pernah sakitkan hati papa, Lisa minta maaf. Tapi papa jangan risau, I will love you as always no matter what happen and where I am.

Love, Lisa."

"Papa minta maaf, Lisa. Papa gagal." Encik Kim menangis semahunya, melepaskan segala keperitan dalam hatinya saat itu.

V dan Jungkook juga turut bersedih mendengar berita itu. Mereka tidak menyangka gadis yang ceria, sihat dan sentiasa cergas itu menyimpan seribu satu rahsia dalam dirinya. Lisa seorang gadis yang lebih mengutamakan kepentingan orang lain melebihi kepentingannya sendiri. Dia malah seorang yang sangat penyabar.

"Jungkook.." tiba-tiba satu suara menyapa dalam keheningan ruang menunggu. Jungkook berpaling.

"Are you okay?" soal gadis itu. Jungkook mengangguk.

"Kami datang nak tengok Lisa. How is she?" soal Jisoo. Jisoo, Rose dan Jennie datang melihat keadaan Lisa yang masih berada dalam wad.

"Lisa dalam keadaan stabil tapi doktor kata Lisa perlu rawatan segera." Jawab Krystal. Jennie mengangguk Dia turut berasa dukacita mendengar berita itu. Dia menyesal kerana telah memperlakukan Lisa seperti itu.

­­­­­­­­sejam kemudian....

"Sekarang kamu semua boleh melihat keadaan cik Lisa. Dia sudah sedar. Namun, jangan bagi tekanan kepadanya sebab keadaannya belum pulih sepenuhnya.

"Baiklah, doktor. Terima kasih." Kata Encik Kim.

Encik Kim melangkah perlahan masuk ke dalam wad tersebut. Hatinya gelisah dan rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Papa.." Air mata Encik Kim jatuh juga akhirnya setelah berkeras untuk tidak akan menangis apabila bertemu Lisa.

"Lisa, kenapa .. Lisa rahsiakan benda ni kepada papa. Maafkan papa, Lisa. Papa tidak menjaga Lisa dengan baik." Katanya. Lisa juga menangis melihat air mata ayahnya jatuh. Dia tidak sanggup melihat ayahnya menangis kerananya.

"Jika ianya sesuatu yang menyakitkan dan menyedihkan, Lisa lebih rela merahsiakannya. Lisa tidak sanggup melihat papa menangis. Lisa sayang papa." Kata Lisa sambil menangis teresak-esak. Lisa terbatuk-batuk menahan tangisannya di hadapan ayahnya.

"Lisa, jangan banyak bercakap. Lisa rehatlah. Biar papa teman Lisa di sini." Kata Encik Kim. Anaknya itu sedang memerlukan jagaannya.

"Lisa tak apa-apalah papa. Lisa kuat. Papa kena jaga badan juga. Lisa tak nak sebelum Lisa meninggal, papa sakit." Kata-kata Lisa menambah lagi kedukaan seorang ayah.

"Lisa, jangan cakap macam tu." Kata Encik Kim. Hati seorang ayah mana yang sanggup melihat anaknya menderita seperti itu.

"Papa, janji dengan Lisa." Encik Kim melihat anaknya dengan perasaan kasihan.

"Apa dia?" soalnya. Lisa lama mendiamkan diri.

"Janji dengan Lisa, papa akan sentiasa jaga diri papa, jangan marah dengan mama, Jimin dan Bora. Mereka tidak salah. Lisa sayangkan mereka. Tanpa mereka, Lisa tidak akan dapat merasakan bagaimana mempunyai keluarga yang lengkap." Ujar Lisa membuat Encik Kim bertambah sedih.

Setelah apa yang diperlakukan oleh isterinya terhadap Lisa, dia tidak dapat memaafkan mereka. Namun, kerana janjinya dengan anaknya, dia turuti.

"Papa janji. Sekarang Lisa rehatlah." Lisa membalas jawapan ayahnya dengan senyuman. Dia tahu itu lah yang terbaik sebelum dia dijemput malaikat maut.

Kelihatan Jungkook, V, Hani dan Krystal masih menunggu di luar wad. Encik Kim keluar dengan wajah sugul. Dia masih merasakan semua yang terjadi pada Lisa ialah mimpi. Dia tidak menyangka kisah Lisa sama seperti arwah isterinya.

"Encik Kim, bagaimana keadaan Lisa?" soal Jungkook. Encik Kim hanya berdiam diri. Melihat keadaan Encik Kim itu, mereka sedar, Lisa benar-benar dalam keadaan yang kritikal. Namun mereka tidak akan berputus asa untuk menggembirakan Lisa buat kali terakhir.

"Papa..."Encik Kim menoleh. Rasa amarah membuak-buak dalam dirinya.

PANG!

Satu tamparan mengena di pipinya. Encik Kim tidak dapat mengawal perasaannya, namun pantas dihalang oleh V. Dia faham perasaan Encik Kim saat itu, namun bukan ini yang sepatutnya dilakukan.

"Kau berani datang sini lagi? Kau tengok keadaan Lisa sekarang. Dia sudah banyak sengsara kerana kamu. Dan kamu masih lagi boleh datang ke sini?" marah Encik Kim. Bora menangis kerana penyesalan yang ada pada dirinya.

Dia tidak menyangka Lisa akan menjadi seperti itu. Dia menyesal atas perlakuannya terhadap Lisa.

"Maafkan Bora, papa. Bora menyesal." Katanya. Namun Encik Kim langsung tidak melihat wajahnya.

"Sudahlah. Bora, lebih baik kau pergi dari sini. Jangan merumitkan keadaan." Kata Krystal. Dia tidak mahu Lisa terganggu. Bora mengangguk lalu beredar dari situ.

'Maafkan aku Lisa. Aku akan buat sesuatu.' bisik Bora.

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now