#ep6

201 17 0
                                    

Puan Kim melihat dokumen di atas mejanya itu. Suaminya telah meletakkan dokumen itu di atas mejanya.

"Apa agaknya dokumen itu?" Puan Kim bersuara.

"Anak kita masih belum boleh balik ke?" Soal Encik Kim.

"Hah?" Puan Kim terkejut serta merta lamunannya terhenti.

"Saya tanya Lisa belum boleh balik ke?" Soal En Kim.

"Lisa? Belum." Puan Kim menjawab. Dia agak marah kerana Lisa sahaja yang ditanya oleh suaminya itu.

"ow, esok saya nak pergi melawat dia di universiti." En Kim menyatakan hasratnya kepada isterinya itu. Puan Kim agak terkejut.

"Kenapa?" Tanya Puan Kim dengan nada agak cemas.

"Aik, nak jumpa dia lah. Lama sudah saya tak jumpa dia." En Kim menyambung. Ada perasaan kurang senang dalam hati Puan Kim.

"Saya ikut sekali, ye?" Puan Kim bersuara. kali ini giliran En Kim pula terkejut.

"Kenapa pula?" Soalnya

"Alah, saya pun nak ikut juga. Jumpa Jimin sekali." Puan Kim berbohong.

En Kim tersenyum mendengar hasrat isterinya itu. Tanpa mengetahui niat sebenar isterinya.

*****************************
Universiti Seoul

"Lisa, kamu ada kelas ka hari ni?" Soal Hani pagi itu setelah melihat Lisa masih berpakaian biasa.

"Ada. Tapi dua kelas saja." Beritahu Lisa. Hani mengangguk.

"Hey, Hyeri. Kau ni dah kenapa? senyum sorang-sorang nampak." Tegur Hani.

Hyeri yang dari tadi asyik tersenyum-senyum membuatkan Hani dan Lisa kehairanan.

"Adalah." Hyeri berahsia.

"Cis, kau jumpa Jungkook kan hari tu?" Sindir Hani membuat muka Hyeri menjadi merah.

Lisa yang sedang menyusun bukunya menjadi terkejut mendengar nama Jungkook disebut oleh Hani.

'mereka berjumpa?' Bisiknya dalam hati.

"Yes. And we make it." Jerit Hyeri gembira.

"Tahniah, unnie." Hani tumpang gembira.

"Aik, Lisa kau tak ucap tahniah dengan aku ke?" Soal Hyeri membuat Lisa agak tersentak.

"Tahniah." Ujar Lisa. Entah mengapa hatinya berat untuk berasa bahagia untuk kawannya itu.

"Thank you. Bye, saya pergi kelas dulu." Hyeri meninggalkan Hani dan Lisa sendirian.

"Apa maksud Hyeri tu?" Soal Lisa kepada Hani.

"Oh, tak adalah. Hyeri tu nyatakan perasaan dia... eh saya dah lambat ni, pergi dulu." Hani bergerak ke kelas meninggalkan Lisa yang masih kebuntuan jawapan.

"Perasaan..?" Dia masih tidak mengerti.

'bodohnya kau Lisa. Jelas-jelas mereka berdua bercinta.' Gumamnya.

(Ringtone Whistle- blackpink)

"Hello, papa."

"Lisa, papa nak jumpa Lisa petang ni boleh?"

"Petang ni? Boleh papa. Lisa rindu lah dengan papa."

"Bawa Jimin sekali. Papa nak jumpa."

"Apa? Oh, okaylah."

"Bye, papa ada hal ni. Nanti kita jumpa."

Tut!

Lisa terdiam. Ayahnya, dia begitu rindu dengan ayahnya. Sungguh lama dia tidak melihat wajah ayahnya itu. Timbul juga rasa hairan di hatinya kenapa ayahnya mahu berjumpa dengannya secara tiba-tiba. Dan Jimin juga?

"Aku tak kisahlah. Yang penting aku dapat jumpa papa." Ujarnya gembira.

---------------------------------------------------
"Hey, Lisa. Awak ni dah makan ke?" Soal Jungkook.

Lisa menggeleng. Hatinya berbunga-bunga melihat jejaka di hadapannya itu telah memikat hatinya.

"Kenapa belum makan? Dah, biar aku belikan." Jungkook menawarkan untuk belikannya makanan.

"Eh, tak payah lah. Saya makan nanti." Lisa menolak. Dia sebenarnya mencari seseorang.
Matanya tertumpu pada sosok tubuh yang dicarinya.

"Jimin!" Jerit Lisa.

"Siapa dia ..." belum sempat Jungkook menamatkan ayatnya, Lisa sudah berlari ke arah Jimin.

"Hah, kenapa ni?" Soal Jimin agak malu melihat Lisa tiba-tiba memanggilnya.

"Macam ni, mama awak ada beritahu tak dia dan papa nak jumpa kita berdua?" Soal Lisa sambil mrncari nafas.

"Oh, ada. So, jam berapa?" Soal Jimin pula.

"Jam 6 petang di kafe." Lisa membalas. Jimin sekadar mengangguk sambil berjalan meninggalkan Lisa.

"Siapa dia tu?" Soal Jungkook hairan.

"Oh, kawan." Lisa terpaksa membohongi Jungkook walaupun dia tidak berniat langsung menipu Jungkook.

"Oh, kawan. Em, saya jalan dulu. Ada hal." Jungkook pergi meninggalkan Lisa sendirian.

"Okay." Lisa agak kecil hati melihat Jungkook yang tidak mahu meluangkan masa dengannya.

Flashback....

"Hey, Lisa." Panggil Jimin.

Lisa menoleh, "ada apa?"

"Nanti kat universiti, jangan cakao kita berdua ni saudara tiri, faham?" Beritahu Jimin.

"Kenapa pula?" Lisa inginkan kepastian.

"Saya malu. Dah, jangan banyak tanya. Yang penting awak jangan mengaku kita saudara tiri." Jimin memberi amaran terakhir.

"Okaylah." ujar Lisa akur.

Dia tidak peduli dengan Jimin dan apa yang dilakukan olehnya.

"Suka hati awaklah. Saya tak kisah." Lisa berkata. Jimin hanya berlalu pergi meninggalkan Lisa.

Tamatnya Flashback..

"Hey, mengelamun je kerja awak ni." Tiba-tiba ada suara menerpa dari belakang.

Lisa tersentak. dia menoleh ke arah suara itu.

"Awak lagi?" Lisa berkerut.

"ha'ah. Kenapa? Terkejut?" V menayangkan senyuman mautnya.

"Taklah. Cuma hairan. Apa awak nak?" Soal Lisa dingin. Lelaki di depannya itu suka mengusiknya dan membuat hatinya sakit.

"Boleh saya duduk sini?" Tanya V. Lisa mengangguk lemah.

"Amboi, dinginnya." V mengusik.

"Suka hati sayalah." Marah Lisa apabila diusik begitu.

"Awak nampak comel la bila marah begitu." Puji V.

"Puji ke?" Soal Lisa.

"Taklah. Ejek." usik V.

"Dahlah. tak kuasa saya nak layan kerenah awak ni." Lisa segera meninggalkan V yang masih duduk di situ.

"Bye..." V melambai-lambai ke arah Lisa namun tidak diendahkan oleh Lisa.

"Sombong." V menjuihkan bibirnya.

"Apa masalah dia tu? Suka betul kacau orang." Gumam Lisa.

Apakah sebenarnya yang mahu dibincangkan oleh En Kim kepada Lisa?

[Completed] This Is Me | Liskook √Where stories live. Discover now