BAB 2 - TENGKU RIFQIE ARSYAD

18.7K 525 5
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 2)

Mata Iyza terkebil-kebil. Seumur hidupnya tidak pernah terlintas difikirannya untuk menjadi doktor peribadi kepada seseorang.

"Sa-saya..."

"It's okay Iyza, aunty tak kisah kalau Iyza tak nak jadi.."

Iyza cepat-cepat memotong ayat Aunty Miza.

"Eh no! That's not what I meant. Maksud saya, saya tak pernah jadi doktor peribadi so saya agak ragu-ragu sikit" kata Iyza perlahan.

"Tak apalah Doktor Iyza. Fikir-fikir lah dulu. Kalau rasa nak jadi doktor peribadi mummy saya datang ke Golden Kiara Holdings jumpa saya terus" kata Rifqi lalu memberi kadnya pada Iyza.

Terbulat mata Iyza. Dia baru cakap 'Golden Kiara Holdings' ke? Wow!

Siapa yang tak kenal syarikat Golden Kiara Holdings? Syarikat paling berkuasa di Malaysia ni. Patutlah dari tadi lagi Iyza rasa semacam dengan anak-beranak kat depan matanya itu.

Iyza menatap kad tersebut lalu diambilnya. Rifqi tersenyum.

"Please Iyza, aunty nak sangat kamu jadi doktor peribadi aunty. Aunty balik dulu ye" kata Aunty Miza

Iyza menyalam tangan Aunty Miza lalu tersenyum.

"Insya-Allah aunty"

Senyuman Iyza juga diberikan pada Rifqi.

'Gosh mata dia warna coklat lah!'

Rifqi membalas senyuman tersebut lalu keluar dari pejabat Doktor Liyzana.

Iyza masih lagi terpukau dengan pandangan mata Rifqi terus Iyza menampar pipi sendiri.

"Haih Iyza Iyza. Sedar sikit diri tu. Dia orang kaya kau just doktor je" kata Iyza lalu duduk di tempatnya semula.

Ditatap kad yang diambil dari Rifqi.

"Tengku Rifqie Arsyad"

Perlahan-lahan Iyza tersenyum sendiri. Nama memang kena dengan jawatan dia.

Chief Executive Officier

"CEO rupa-rupanya"

"Senyum apa sorang-sorang tu"

Terhinjut bahu Iyza dengan teguran tersebut. Haih si Rina ni, patutlah lambat semacam. Dia buat nasi goreng ke beli?

Rina masuk ke pejabat Iyza lalu diletakkan bungkusan nasi goreng pataya di atas meja.

"Thanks Rina" kata Iyza

"Most welcome, ni yang kau smiling sorang-sorang ni dah kenapa?"

"Takde apa lah. Eh, kau ni beli nasi goreng ke buat nasi goreng. Apasal lambat?!"

"Jammed lah tadi, I know that must have story. Cerita lah"

Ketika Iyza menjamah makanannya. Baru dia teringat tentang doktor peribadi yang ditawarkan oleh Aunty Miza tadi.

"Erm Rina, kau pernah tak jadi doktor peribadi?"

Rina menggelengkan kepalanya.

"Tak pernah. Why?"

Iyza mengeluh pendek.

"Ni tadi ada patient datin tanya kat aku, dia nak aku jadi doktor peribadi dia. Kau rasa?"

Hehe, macam mana Iyza tahu Aunty Miza tu adalah datin? Nama penuh Rifqi adalah Tengku Rifqie Arysad bin Dato' Tengku Rahmad. Then kalau suami dah Dato' then wife kenalah Datin kan.

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now