BAB 25 - ZAMAN OTAI

7.9K 257 2
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 25)

Matahari tegak menyinari tengah hari itu. Rifqi pula dalam perjalanan ke rumah orang tuanya. Seorang diri.

Iyza tak ikut sebab sibuk dengan kerja di hospital. Datin Firah pula mengajak mereka berdua makan tengah hari bersama-sama sebagai tanda terima kasih mengajak mereka makan bersama. Disebabkan tak nak mereka berdua terkecil hati, terpaksalah Rifqi pergi seorang.

Selepas makan tengah hari, 3 anak beranak itu duduk di ruang tamu menikmati teh.

Bagaikan tahu arahan dari Datin Firah, Dato' Rahmat meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.

"Rifqi, mama ada something nak bagitahu Rifqi ni. Mama harap Rifqi tak terkejut sangat lah ye dan dapat terima" kata Datin Firah.

Rifqi meletakkan cawannya di meja kopi.

"Pasal apa tu mama? Macam serious je"

"Ni tentang mummy kamu, Datin Miza atau panggilan lain as sepupu mama"

'Se-sepupu?! Asal aku tak tahu pasal ni?'

"Apa mama cakap? Sepupu?"

"Ya, sepupu. Mama dengan mummy kamu adalah sepupu"

Timbul seribu tanda tanya di kepala Rifqi.

"Jadi apa kaitannya?"

"Mama nak cerita sesuatu dekat kamu, cerita yang kamu sendiri akan faham"

Flashback

Ketika ini, Firah berumur lingkungan remaja or gila-gila remaja lah senang sikit nak cakap. Rifqi pula berumur seorang kanak-kanak. Ketika ini jugalah, Dato' Rahmad belum mendapat pangkat Dato'.

Rifqi dengan lancangnya bermain sakan bersama dengan Firah di ruang tamu. Entah kenapa Miza suruh Firah jagakan Rifqi. Katanya nak pergi hospital dengan Rahmad. Tu pun tak tahu sebab apa. Dituruti ajelah.

Tiba-tiba, Miza tiba di rumah lalu segera ke bilik tidurnya diikuti Rahmad.

'Dah kenapa dengan Miza tu? PMS ke apa?'

Disebabkan rasa ingin tahu, Firah berjalan ke bilik Miza dan Rahmad.

"Rifqi, kakak nak pergi naik atas sekejap tau. Rifqi duduk sini main kereta ni eh. Jangan pergi mana-mana tau"

Rifqi mengangguk lalu terus bermain.

Firah terus naik ke bilik atas menuju ke bilik sepupunya itu. Sampai sahaja di depan pintu bilik, Firah terdengar perbualan mereka berdua.

Asalnya tak nak menyibuk tapi perbualan mereka nampak macam serius.

"Abang sendiri pun dengar kan apa yang doktor tu cakap! Saya dah tak lama abang!"

"Miza jangan cakap macam tu. Miza ada peluang lagi, sayang. Percayalah"

"Memang saya percaya tapi bukan sepenuhnya, abang. Sebab itulah saya suruh abang kahwin dengan Firah"

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now