Cinta untuk Miss Doktor Syawal (Bab 1)
"Tarikh bermulanya 1 Ramadan 1439 Hijrah jatuh pada tarikh 17 May 2018 bersamaan dengan hari khamis ini..."
Akhirnya, pengumuman bermulanya Ramadan Al-Karim diumumkan di kaca tv oleh penyimpan mohor diraja.
"Yeay, lusa dah start puasa! Tahun ni Fael tekad nak puasa penuh" kata Fael dengan bersungguh-sungguh. Tak lupa juga dengan muka sengaja digeramkan itu. Alahai, comelnya. Cubit-cubit pipi tu kang.
Rifqi mengusap kepala satu-satunya anak lelakinya, "Baguslah. Kalau puasa penuh daddy bagi duit raya lagi banyak"
Fael naik ke riba daddynya dengan muka teruja lalu bertanya untuk meminta kepastian, "Betul ke, daddy?"
Rifqi mengangguk membuatkan Fael makin gembira.
Iyza menampar bahu Rifqi, "Ada ke patut diajar anak berpuasa cara macam tu. Kita kena didik anak yang berpuasa tu dapat melatih diri dan dapat pahala. Lepas tu bolehlah ajar mereka kalau berpuasa boleh masuk syurga"
"Baiklah, Ustazah Zawiyah. Saya dengar dan menginsafi diri saya. Lagipun Fael kan anak saya" kata Rifqi lalu mencuit hidung Iyza.
Iyza mencebik kegeraman lalu menarik rambut Rifqi.
"Auw, sakitlah! Okay-okay. I'm sorry" Manja sikit pun tak boleh.
"Ish, daripada lain anak beranak ni, baik saya buat list beli barang dapur dulu" Iyza melangkah pergi ke dapur untuk membuat halnya yang satu itu.
Rifqi dan Fael memandang sesama sendiri lalu melakukan high-five.
"Tapikan daddy, tak baiklah usik mummy macam tu"
"Alah, biarlah. Bukan selalu pun. Lelaki sejati kena selalu kacau perempuan"
Puih, kau Rifqi! Ajaran sesat!
•••
Dengan muka malas dan tak rela, Rifqi menolak troli sambil mengikuti langkah Iyza dari belakang yang kusyuk meneliti barang-barang basah. Rasanya dah nak dekat 3 jam aku kat market ni.
"Mana satu eh?" kata Iyza dengan nada perlahan. Dia dalam dilema ingin membeli dua jenis kotak susu. Itu pun masalah ke, Puan Iyza?
"Alah, beli je dua-dua. Buat stok" kata Rifqi dengan ringkas.
"Ish, orang tak tanya dia. Sebok je" Iyza mengambil salah satu kotak susu lalu meletakkannya dalam troli. Fael suka minum susu. Hari-hari kalau boleh tak nak skip minum susu. So, cepat tinggi dan sado macam daddy dia. Kata Tengku Rifqi sendiri.
"Biarlah. Isteri abang juga"
"Ya lah, encik suami sayang"
Terhias senyuman di bibir Rifqi. Ni yang makin sayang. Kena ikat betul-betul ni.
"Bulan puasa ni dekat hospital pun busy juga ke?" tanya Rifqi.
"Ha ah sebab kena pastikan betul-betul mereka boleh puasa ke tak.Nanti ada yang puasa, effect kesihatan pula. Masalah lagi" kata Iyza lalu mengeluh. Beginilah kerjanya sebagai doktor. Tak pernah nak rehat panjang. Cuti pun, kerja berduyun-duyun masuk melalui e-mail atau whatsapp. Tapi nasib baik, Iyza tahu nak bahagikan masa dengan kerja dan keluarga. Jadi, Fael tak rasa kekurangan kasih sayang ibu.
"And one more thing"
Rifqi memandang Iyza, menanti.
YOU ARE READING
Cinta untuk Miss Doktor
Romansa[ Pemenang CSO Award 2018 - The Magnificent ] [ Pemenang Emirates Award 2018 - Romance ] Kalau dulu orang selalu kata menjadi seorang doktor memang sibuk...Ya! Memang sibuk pun. Tiada masa langsung. Lagi-lagi kalau topik jodoh. Heh, nak makan pun ti...