Cinta untuk Miss Doktor (Bab 26)
Ketika dalam perjalanan pulang, Iyza ternampak sebuah taman yang kosong.
'Aik, budak-budak tak datang bermain ke?'
Iyza rasa ingin berehat di taman itu sekejap lalu dia keluar dari perut kereta dan duduk di satu buaian.
"Haih, teringat pula dekat walid"
Tanpa Iyza sedar, air mata laju sahaja mengalir di pipi. Iyza lantas menyeka air mata tersebut.
Buat apa nak ditangisi orang yang sudah tiada kan? Rindu Iyza pada walid hanya Allah je yang tahu.
Di balik angin-angin sepoi, seseorang menolak buaian Iyza. Iyza melihat ke belakang dan dilihat Rifqi sedang menolak buaian tersebut dengan senyuman.
"Apa yang awak buat dekat sini? Macam mana awak boleh tahu saya dekat sini" soal Iyza bertubi-tubi.
"Rindu arwah walid awak ke?" soal Rifqi pula.
Iyza termenung ketika buaian ditolak. Tidak lama kemudian, tolakan buaian terhenti. Selepas itu, dapat dirasakan Rifqi memeluk belakang Iyza.
"Saya pun rindu arwah mummy" kata Rifqu dengan senyuman kelat.
Selepas balik dari rumah mama tadi, Rifqi rasa rindu dengan arwah Datin Miza. Selama ini, wajah Datin Miza yang ceria sebenarnya menyimpan 1001 perkara. Perkara tersebut itu pula terasa pahit untuk ditelan.
Rifqi melepaskan pelukan lalu melutut di hadapan Iyza. Dia memegang lutut Iyza.
"Kalau awak rindu arwah walid..."
Dicapai tangan kanan Iyza.
"...anggaplah saya macam walid awak. Yang akan sentiasa jaga awak. Yang akan sentiasa tolak buaian di saat awak sepi. Di saat awak sedih saya tolong gembirakan. I want to do it just for you, sayang" Dicium tangan Iyza dengan penuh kasih sayang.
Mata Iyza sudah kabur dek air mata. Dia mengusap rambut Rifqi dengan tangan kirinya.
"Tak, awak tak boleh"
Rifqi menatap mata Iyza dengan terkejut.
"Tapi awak boleh jadi suami tercinta saya. Suami yang akan jaga saya dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Suami yang akan bantu saya di saat saya sunyi. Suami yang sentiasa gembirakan saya. Itu semua adalah tugas awak, Rifqi. Tugas awak sekarang" Iyza tersenyum kepada Rifqi.
Rifqi membalas senyuman tersebut.
"I will, my queen. Shall we?" Rifqi berdiri lalu menghulurkan lengannya.
Iyza tergelak kecil lalu memegang lengan Rifqi. Dia melentokkan kepalanya di bahu Rifqi lalu mereka berjalan ke kereta masing-masing dan ke mahligai mereka.
Awaklah suami, yang layak bahagiakan saya
•••
Kerja kerja kerja. Memang tak habis-habis. Iyza merehatkan menyandarkan kepalanya di kerusi belakang. Diregangkan sedikit urat-urat agar kembali segar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta untuk Miss Doktor
Roman d'amour[ Pemenang CSO Award 2018 - The Magnificent ] [ Pemenang Emirates Award 2018 - Romance ] Kalau dulu orang selalu kata menjadi seorang doktor memang sibuk...Ya! Memang sibuk pun. Tiada masa langsung. Lagi-lagi kalau topik jodoh. Heh, nak makan pun ti...
