Cinta untuk Miss Doktor (Bab 40)
Udara negara Korea ketika itu sangat dingin. Maklumlah dah bulan disember. Mesti sungai dah beku dan banyak restoran yang sedang menjual makanan yang panas untuk meningkatkan suhu badan semula.
Iyza tiba di Korea pada waktu pagi negara itu. Beza masa negara Korea dengan Malaysia hanya 1 jam sahaja.
Setibanya Iyza di situ, dia mencari seseorang yang akan menyambutnya. Kata ketua doktornya itu, akan ada seseorang memegang tanda namanya.
Iyza mencari-cari dan...voila! Jumpa!
Orang yang memang namanya itu mesti orang Korea.
'Okay, nak cakap apa ni?'
"안녕하세요, 내 이름은 리자나 자위야 입니다(Hai, nama saya Liyzana Zawiyah)" tegur Iyza pada lelaki mata sepet itu.
"어, 진짜로? (Oh, betul ke?)" soalnya lagi menginginkan kepastian.
"네, 맞아요 (Ya, betul tu)" kata Iyza lalu lelaki tersebut menghulurkan tangan.
"내 이름이 이호윤 입나다 (Nama saya Lee Ho Yoon)" Ho Yoon mengenalkan dirinya pada Iyza.
Iyza tidak menyambut huluran tersebut sambil tersengih.
"Sorry, no skinship. You know what I mean" kata Iyza supaya lelaki itu faham. Dahlah Iyza lupa membawa sarung tangan. Dah sejuk sampai ke urat ni. Nasiblah!
"아, 네! 맞습니다. 너 무슬림에요. 미안합니다 (Ah, ya! Betul tu. Kamu adalah Muslim. Maafkan saya)" Ho Yoon meminta maaf lalu menunduk pada Iyza.
Iyza hanya tersenyum.
"괜찮나요 (Tak apa)" balas Iyza.
"근데, 너 한국언너로 진짜 좋네 (Tapi bahasa Korea kamu sangat bagus)" Ho Yoon berasa hairan.
Iyza pula yang bingung 'Dah aku nak jawab apa?'
"Pardon?"
Ho Yoon menepuk dahi.
"You know a little bit only about our language, right?" Ho Yoon berbahasa Inggeris dengan Iyza supaya wanita itu faham. Barulah Iyza berasa lega.
"Yes! I can speak a little bit because I'm watching Korean drama and learn from that"
Ho Yoon tergelak kecil. Selepas itu, dia menilik jam tangannya.
"We talking a lot. Let's go to the hospital first" kata Ho Yoon lalu menolong Iyza menolak troli bagasinya ke kereta.
"네, 가자! (Ya, jom!)" Iyza mengikuti dari belakang lalu mereka berdua masuk ke kereta hitam itu selepas semua barangan Iyza dimasukkan dalam bonet kereta.
Kereta Korea lain sedikit. Bahagian pemandu di bahagian kiri. Kalau di Malaysia ialah kanan.
Selepas itu, kereta itu bergerak ke bandar Seoul.
So far, so good
•••
Perlahan-lahan kata kunci dimasukkan lalu Iyza membuka pintu rumah baharunya di Korea. Rumah ini jenis apartment sebab Iyza tak mahu rumah besar-besar. Nasib baiklah hospital di Malaysia tempat Iyza bekerja sponserkan rumah. Alhamdulillah. Lagipun buat apa rumah besar, kalau tinggal seorang?
Masuk sahaja dia ke rumahnya itu, terus dia terpegun dengan dekorasinya yang memang kena dengan citarasanya.
Muat-muat sahaja untuk dia tinggal seorang diri. Walaupun kecil, masih lagi nampak cantik dan simple. Kalau di Malaysia, biliknya bersama Rifqi besar. Rumah pun besar tetapi sekarang Iyza kena belajar berdikari.
YOU ARE READING
Cinta untuk Miss Doktor
Romansa[ Pemenang CSO Award 2018 - The Magnificent ] [ Pemenang Emirates Award 2018 - Romance ] Kalau dulu orang selalu kata menjadi seorang doktor memang sibuk...Ya! Memang sibuk pun. Tiada masa langsung. Lagi-lagi kalau topik jodoh. Heh, nak makan pun ti...