BAB 15 - 100%

10.3K 277 13
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 15)

Di rumah Iyza dan Rifqi, sudah ramai tetamu datang termasuklah abang Rifqi iaitu Tengku Rafieqi Aryyan bersama isterinya Nur Amiera. Mereka juga membawa anak kecil mereka yang baru berusia 3 tahun. Tidak lupa juga saudara-mara datang membaca yasin untuk kenduri arwah mummy.

Seusai majlis tahlil, tinggallah Rifqi dan Iyza bersama dengan keluarga Rafieqi di rumah. Sengaja mereka balik lambat kerana ingin mengemas-gemas rumah sambil tu berbual-bual.

Amiera duduk di sebelah Iyza yang sedang termenung.

"Aik, termenung jauh nampak. Dah sampai mana tu" usik Amiera

Iyza terjaga, "Eee, apa akak miera ni. Mana ada termenung, ni tengah memikirkan masa depan hah" jawab Iyza diselangi dengan keluhan pendek.

Amiera tergelak kecil, "Iyza tengok akak bahagia sangat dengan abang Rafieqi" kata Iyza memulakan topik.

"Mestilah bahagia. Lagi-lagi dengan kehadiran si kecil Iman tu"

Mereka berdua melihat Iman atau nama penuhnya Tengku Rizqi Hilman sedang bermain kereta mainan.

Iyza mengukirkan senyuman apabila melihat Iman. Aik, dah terfikir nak ada anak ke Iyza ni?

"Iyza pula macam mana? Rifqi o.k ke k.o?" soal Amiera

"Kami macam tulah akak Miera. Nothing change. Masih lagi Iyza dengan panggilan 'aku kau' but Rifqi dah start panggil 'saya awak' or 'sayang' kat Iyza"

"Eh apasal Iyza pun tak ikut panggil macam tu juga"

"Iyza cuma..."

"Tak mampu lagi nak bahagiakan Rifqi?" soal Amiera memotong ayat Iyza

Iyza hanya mengangguk.

"Aish, Iyza ni. Akak yakin Iyza boleh bahagiakan Rifqi"

Iyza memandang tepat ke arah mata Amiera

"But akak, kitorang kahwin bukan sebab perasaan cinta. Kitorang kahwin pun sebab ni permintaan arwah mummy"

Iyza mengeluh sebelum menyambung kata-katanya.

"Kadang-kadang, Iyza sendiri tak faham kenapa Iyza cakap setuju nak kahwin dengan Rifqi. I think I must be crazy that time"

Amiera memukul paha Iyza.

"Ish apa cakap macam tu! Allah tu Maha Mengetahui. Iyza cakap 'setuju' masa tu sebab Iyza keliru kan? Tapi apa yang Iyza katakan tulah, rancangan Allah untuk Iyza. Allah dah rancang hidup kita ni cantik-cantik dah. So, you should appreciate it" pesan Amiera pada Iyza

Betul tu! Allah tu Maha Mengetahui dan juga sebaik-baik perancang kepada hambanya. Mungkin kita fikir apa yang kita buat ni sia-sia. Tapi percayalah, setiap apa yang kita buat ada hikmahnya. Kenapa kita perlu mengeluh sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun menghadapi cabaran yang lebih besar dari kita.

Amiera menggelengkan kepalanya lalu meneruskan lagi, "Iyza tak pernah dengar ke istilah 'bercinta selepas nikah'? Akak yakin akan ada bibit-bibit cinta antara korang cuma korang kena slowly timbulkan cinta tu"

"Berapa akak yakin?"

"100%, Insya-Allah"

•••

Termenung lagi kerja si Iyza ni. Dekat runah termenung, dekat hospital termenung. Macam big problem betul masalah dia dengan Rifqi ni.

"Kau ni Iyza, kata dah promise nak bahagiakan Rifqi but satu hapak pun kau takde idea lagi" bebel Iyza pada diri sendiri

Iyza memukul kepalanya. Dah macam orang gila dah. Nanti ada pula title 'Seorang doktor perempuan disahkan gila di hospital tempat kerjanya'.

Nak minta bantuan Rina, dia shift malam. Confirm tengah landing atas katil sekarang. Maklumlah balik kerja tu pukul 7:30. Balik tu memang fikir tidur jelah. Sekarang baru pukul 10:46.

"Minta tolong kat Rina petang ni je ah" pesan Iyza pada diri sendiri lalu mengambil phonenya di poket kot doktornya. First, whatsapp Rina dulu!

Rina si kepala helmet🌚💕

-Weii
-Lepas Zohor lepak kat Big Apple
-Tempat biasa
-Aku ada benda nak bincang dengan kau ni
-URGENT!!!

Iyza off kan phonenya selepas memberitahu Rina untuk berjumpa dengannya selepas ini.

Ok, back to work!

•••

Aduh, ni yang paling aku tak suka! Perlu ke Akak Izzati a.k.a senior bilik ICU or Doktor Izzati suruh aku pergi check bilangan mayat yang belum dituntut dalam bilik mayat tu. Bukannya apa, kerja aku bukan part ni. Aku bahagian operation. Alasan Akak Izzati; kebanyakan mayat dalam bilik tu aku yang bedah. Yes, of course! Kerja aku kan? So, dia kata maybe kalau aku yang check lebih tepat. Lagi satu dia kata, 'Alah, first experience tu. Belum cuba belum tahu. Lagipun, all doctors here dah pernah masuk bilik mayat tu. So good luck to you!'
Aku hanya mampu senyum tawar je. Takpe, kejap je ni. Lepas habis terus blah! #sisredha

Iyza melangkah masuk dengan perlahan-lahan ke dalam bilik mayat, 'Haih, apasal aku rasa semacam eh?'

Perasaan Iyza mengatakan ada 'benda' hidup kat dalam tu selain dia. Iyza mengetuk kepalanya, 'Think positive, Iyza!'

Belum sempat Iyza melangkah ke dalam, seseorang sudah menyambar lengan Iyza lalu menguncinya di dinding bilik mayat tersebut.

Dalam hati, Iyza sudah berdoa-doa bukan 'benda' tu. Segala ayat mula dibaca oleh Iyza termasuk doa makan.

"Sshhh..."

Lelaki itu tersenyum sinis melihat dia sudah dapat mangsanya.
Iyza membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia bahawa lelaki tersebut ialah...

"DOKTOR KAMAL?!"

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now