BAB 24 - TERIMA ATAU TOLAK

8.8K 267 5
                                    

Cinta untuk Miss Doktor (Bab 24)

Ketawa memenuhi ruangan makan. Bila adanya orang lain di rumah mereka mestilah riuh. Pelbagai cerita yang dikongsi oleh Rifqi kepada Dato' Rahmad. Mestilah pasal business semua tu. Aku pun tak faham. Yang aku tahu, aku tengah borak-borak dengan Datin Firah. Suka aku tengok senyuman wanita itu. Tak macam umur 40-an langsung.

"Daddy sekarang ni tinggal di mana? Kalau dekat bolehlah Rifqi dengan Iyza datang menziarah"

"Eh, kalau jauh tak nak ziarah lah?" soal Dato' Rahmad dengan senyuman nakal.

"Kalau jauh, kami usahakan juga ziarah daddy" jawab Iyza lalu mengundang ketawa dari semua orang.

"Sanggup naik airplane ke?" soal Datin Firah pula.

Muka Rifqi dan Iyza sudah cuak. Adakah keluarga mertuanya ini tinggal di luar negara?

"Daddy dengan mama tinggal kat luar negara ke?"

Terburai gelak tawa pasangan suami isteri itu. Rifqi dengan Iyza pula sudah menunjukkan riak tanda tanya. Dah kenapa dengan diorang ni?

"Aduh, mana ada. Merepek jelah kamu berdua ni. Kami orang melayu, mestilah tinggal di Malaysia. Tak main lah nak berspeaking bagai" ujar Datin Firah.

Lama juga nak loading otak Rifqi dengan Iyza. Lama kelamaan baru diorang faham.

"Jahat ah daddy dengan mama ni. Buat kitorang cuak je tadi" kata Iyza pula.

"Saja. Dah lama tak borak-borak macam ni" Dato' Rahmad pula berkata.

"Lain kali datang lah lagi. Boleh borak-borak sakan"

Dato' Rahmad dan Datin Firah hanya mengangguk.

Tiba-tiba, kepala Iyza terasa pening. Berkerut habis dahinya. Iyza mendekatikan dirinya ke Rifqi. Rifqi pula setia mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh Iyza. Dah tahu dah apa dia nak cakap.

"Awak, saya pening lagi lah" bisik Iyza

Tak sempat Rifqi hendak membalas, Datin Firah mencelah.

"Iyza pening ke? Or pregnant?" Hampir tersembur jugalah Rifqi. Mata Iyza terbuntang luas

"Eh tak ma. Iyza memang macam ni. Kadang-kadang pening. Doktor lah katakan. Kesan dari surgery tadi lah tu. Dah biasa sangat lah" ujar Rifqi mengundang anggukan dari Datin Firah.

"Lah ingatkan mengandung. Nak juga tengok baby. Mesti comel" kata Datin Firah.

Iyza hanya tersenyum kelat. Nak mengandung macam mana. Bilik pun asing-asing.

"Dahlah daddy dengan mama nak balik dulu. Ada kerja lagi dekat office tu. Hah, Rifqi! Apa-apa hal pasal projek tu, maklumkan dekat setiusaha corporation"

"Baik, daddy. Insya Allah jadilah projek tu"

Iyza dan Rifqi menghantar kepulangan mereka berdua di depan pintu. Sempat jugalah mereka bersalam dengan dua orang tua mereka itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Syukur kepadamu, Ya Allah.

Iyza kembali ke dapur untuk mengemas apa yang patut.

"Sayang, awak tak nak pindah bilik saya ke?"

Iyza memalingkan mukanya kepada Rifqi. Biar betul dia ni?!

"Dah kenapa tiba-tiba ni?" balas soalan balik.

"Taklah. Nanti daddy dengan mama datang rumah kita lagi nanti and bilik pula asing-asing. Nanti apa pula yang diorang cakap" terang Rifqi.

Cinta untuk Miss DoktorWhere stories live. Discover now