Hari ini Rifqi mengajak Alif, Rina dan Fairuz berbuka puasa dengannya. Maklumlah isteri dia dah balik Pahang semalam.
"Baguslah Iyza tinggalkan kau. Padan muka" perli Rina. Suaminya, Fairuz mencubit lembut Rina di lengan.
"Aduh, sakitlah!" Muka Rina monyok. Tahulah nak support member. Kesian dia je perempuan di situ.
Rifqi tertunduk dengan sedih. Alif sebagai kawan baiknya hanya mampu menepuk bahunya tanda bertabahlah.
"Aku tahu aku salah"
"Tapi kau layan juga si Kayla. Kalau aku jadi Iyza, dah lama aku lari pergi Korea lagi" kata Alif lalu dipandang tajam oleh Rifqi. Tahulah Iyza pernah tinggalkan dia macam tu. Janganlah ungkit. Alif mengangkat tangan tanda tidak bersalah lalu menyisip sedikit minumannya. Gua tidak bersalah bro.
"Biasalah. Emosi wanita berbadan dua kan tak stabil sangat" kata Rina perlahan tapi mampu didengari oleh ketiga-tiga lelaki itu. Rina memandang pelik, "What?".
"Kau cakap apa tadi?" tanya Rifqi.
"Soon you will know" kata Rina dengan senyuman tersembunyi. Dia tahu Rifqi mesti faham punya.
Alif yang dari tadi loading menepuk tangan tanda dia sudah mengerti. Dia memandang Rina menginginkan kepastian lalu Rina mengangguk. Anda betul, bro! Sebodoh-bodoh Alif pun dia dapat tangkap. Eh, perli nampak.
"Eh, apa ni. Tak faham" kata Fairuz. Aku seorang je ke tak faham. Jangan risau. Ada seorang makhluk juga tidak faham di situ.
"Nanti saya bagitahu awak" Rina mencuit hidung Fairuz.
Rifqi berfikir dan berfikir. Iyza...
Mengandung lagi?
•••
Sebuah kereta masuk di perkarangan rumah kampung yang sangat indah. Sudahlah dikelilingi sawah padi. Hanyut kita dibuai dengan bunyi cicipan burung-burung.
Nek Jah yang sedang menyapu daun kering di halaman rumah terhenti sekejap. Tahulah dia cucu kesayangan dia sudah balik. Macam mana Nek Jak tahu? Telefon ler. Ingat nenek yang dah tua pun tak ada telefon. Pakai iPhone lagi. Ambik kausss!
Iyza keluar diikuti Fael.
"Tok wan!" Fael berlari lalu memeluk Nek Jah. Lama betul mereka tidak bertemu. Kalu terakhir jumpa pun 2 tahun lepas.
Iyza mendekati satu-satunya nenek yang masih hidup. Kuat lagi tu.
"Apa khabar, nek" Iyza menyalam tangan tua itu lalu memeluk Nek Jah. Iyza mengalirkan air mata di pelukan neneknya itu.
Nek Jah sudah gelabah.
"Eh, kamu ni dah kenapa?"
Iyz menggeleng membuatkan Nek Jah bertambah keliru. Apasal cucu aku ni? Dia memandang pula ke arah cicitnya, Fael. Fael hanya mengangkat bahu sahaja. Lahai, dua-dua sama saja.
Nek Jah mengusap belakang Iyza. "Sudah-sudah. Jangan menangis. Bukannya dah lama tak jumpa nenek"
Iyza masih lagi diam ditemani dengan esakkan kecil.
"Kita naik atas lepas tu cerita semua dekat nenek. Boleh?" pujuk Nek Jah selepas pelukan dileraikan. Iyza mengangguk lalu tersenyum kelat. Nenek sajalah tahu perasaan Iyza.
Petang itu, Iyza mendekati Nek Jah yang duduk di pangkin. Fael petang-petang ni memang tidur lah. Penat seharian dalam kereta. Tapi dalam kereta pun tertidur juga. Apa bezanya pun tak tahu.
YOU ARE READING
Cinta untuk Miss Doktor
Romansa[ Pemenang CSO Award 2018 - The Magnificent ] [ Pemenang Emirates Award 2018 - Romance ] Kalau dulu orang selalu kata menjadi seorang doktor memang sibuk...Ya! Memang sibuk pun. Tiada masa langsung. Lagi-lagi kalau topik jodoh. Heh, nak makan pun ti...