Part 1

610 25 9
                                    

" Muka dahlah macam katak ! Buta pulak tuu !"

" First time , aku tengok katak pergi sekolah !"

" Hati hati duh , takut dia melompat masuk dalam air nanti !" . The Panthers menghamburkan tawa dengan kuat .

Aku hanya terduduk melepaskan keluhan . Sesekali air mata yang ingin keluar ditahan agar tidak dilabel lemah .

...........

Nama aku Aisyah Batrisyia binti Ahmad Dazuki . Umur aku 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Zafwan . Tinggi aku hanya 155 cm sahaja . Ayah hanya bekerja sebagai pemandu seorang Dato' yang sangat kaya daerah kediaman kami . Ibu pula menjadi pembantu rumah di sebuah banglo besar bak istana . Majikan ayah dan ibu adalah orang yang sama iaitu Dato' Zahierul Wa'ie .

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Zafwan . Sekolah yang paling menggerunkan . Sekolah ini seperti yang lain , sekolah kerajaan namun sahsiah pelajar pelajar sekolah ini membuatkan populariti sekolah ini meningkat setiap tahun . Jika sahsiah yang bagus pastinya akan dinaik taraf seperti sekolah swasta . Sayang , pelajar pelajar sekolah ini terkenal dengan pembulian dan kes kes yang teruk . 

Aku dihantar belajar ke sini hanya satu sebab . Tempat tinggal kami yang baharu namun usang lagi buruk , berdekatan dengan sekolah ini . Dan sekolah ini juga satu satu nya sekolah yang berada di kediaman ini . Tidak aku nafikan , sekolah ku yang lama lebih bagus dari sekolah ini . Sungguh berbeza . 

Semua pelajar sekolah ini pasti mempunyai rekod disiplin setiap satu . Dan aku tidak terkecuali walaupun baru sebulan berada di sini . Aku dituduh dan diugut supaya mengaku bersalah atas perbuatan orang lain . Iaitu membawa telefon pintar ke sekolah . Jujur , sepanjang aku hidup aku tidak pernah mempunyai telefon pintar . 

" Hey Aisyah ! Awalnya kau hari ni !" sapa kawan karibku di sebelah . Dia melabuhkan punggung di sisiku . Aku tersenyum ke arahnya . Alhamdulillah , Ya Allah ! Kau beri seorang sahabat yang paling berharga untuk aku . Walaupun aku baru sebulan di sekolah ini , namun dia sahaja yang dapat menerima kecacatan diri ku . Hodoh . 

Alyaa Nabiha . Seorang sahabat yang wajib dihargai sampai bila bila . Aku akan sentiasa bersyukur apabila aku melihat wajah manisnya itu . Hanya dia sahajalah yang ingin berkawan dengan orang hodoh sepertiku ini . Alhamdulillah , Ya Allah ! Kau masih memberi dia kekuatan untuk terus berada di sampingku .

" Taklah ! Aku baru sampai je ni !" Aku melihat wajah cerianya . Alangkah bagusnya jika aku dapat memiliki wajah sepertinya . Cantik . Suci . Bersih . Licin . Semuanya sempurna di mata setiap insan . Namun , aku ? Hodoh . Jelek . Kotor . Banyak jerawat dan jeragat . Aduh ! Nak menghadap cikgu perempuan pun rasa malu .

Jika diingati semula wajahku apabila berada di hadapan cermin , aku rasa ingin menangis . setiap kali berdiri di hadapan cermin di dalam bilikku yang usang seperti reban ayam , air mata di takungan pasti akan jatuh berguguran .

Tidak sanggup rasanya melihat wajah hodoh ku ini walaupun wajah itu yang melekat di tubuhku . Yang aku pamer setiap hari di hadapan orang ramai . Yang menjadi ikon untuk setiap sahsiah dalam diriku . Kadang , aku tertanya kenapa aku dianugerahi dengan wajah buruk sebegini .

" Aisyah ! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni ?" Alyaa Nabiha bertanya . " Hah ? Apa ?" Serius , aku langsung tidak mendengar celotehnya tadi . " Aisyah ? Kau okey tak ni ?" tanya Alyaa Nabiha sekali lagi . " Yes , aku okey ," Aku tersenyum ke arahnya .

Kringgggggggggg !!!!!!!!!!!

Sesi pembelajaran dan pengajaran sudah bermula . 

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now