Part 22

131 6 4
                                    

" Assalamualaikum , ibu ?" Tengku Fayyadh Haikal memberi salam kepada ibuku yang berada di corong telefon . Dia menekan pembesar suara pada skrin iPhone . 

      " Waalaikumussalam , Haikal . Haikal , Aisyah ada dengan Haikal ?" Ibu bertanya kepada lelaki itu . Dia memandangku sambil tersenyum . 

   " Ada nii . Selamat sejahtera dengan Haikal . Kenapa , bu ?" Dia kembali bertanya kepada ibuku . Aku hanya tersenyum . Selamat sejahtera ? Ya , aku tenang apabila bersamanya . 

     " Tak . Ibu nak cakap kat Aisyah yang kita dah boleh pindah kat rumah baru kita tuu ," Ibu terus berterus terang . Terus kepada fokus utama . 

Mendengar sahaja tentang rumah baharu , aku terus naik teruja . 

      " Dah boleh pindah ?! Bila , bu ?" Aku terus mendekatkan diri dengan Tengku Fayyadh Haikal supaya ibu boleh mendengar suaraku dengan lebih jelas . 

   " Aisyah ? Haah , dah boleh pindah . Dato' cakap hari nii pun boleh . Ibu nak pergi tengok dulu sekejap dengan ayah . Aisyah macam mana ?" Ibu mengajukan soalan kepada ku . Aku nak ikut tapi aku masih di sini . 

     Aku memandang kedua dua jejaka tampan yang berada di hadapan ku . " Mmm , macam nii lah ibu . Ibu dengan ayah pergi dulu . Lepas Aisyah balik nanti , Aisyah pergi jenguk rumah tu , okey ?" Aku memberi cadangan kepada ibu . 

    " Okey lah kalau macam tuu . Aisyah dengan Haikal kat mana tuu ?" Ibu sepertinya bersetuju dengan cadanganku . 

     " Aisyah dengan Haikal kat rumah Abang Naufal . Abang Naufal pun ada nii ," Aku memandang Tengku Fayyadh Naufal sambil tersenyum . Dia menghulurkan tangan untuk mengambil telefon Tengku Fayyadh Haikal . 

     Telefon itu bertukar tangan . Kemudian , tangan Tengku Fayyadh Haikal berlingkar pada leherku . Dia bersandar pada sofa empuk berwarna coklat polkadot itu . 

     " Assalamualaikum , ibu ." Tengku Fayyadh Naufal memberi salam sambil tersengih . 

Ketika itu , pembantu rumah datang menatang dulang yang berisi jus oren , jus epal dan air coklat yang ditabur oreo di atasnya . Aku tersenyum memandang pembantu rumah yang sudah berusia itu . Mungkin dia sebaya ibu . 

 " Waalaikumussalam , Naufal ?" Ibu berkata bernada soalan . Tidak percaya itu abang Naufal mungkin . 

Dan ketika itu juga , sakit ku datang . Secara tiba tiba . Tanpa dipinta . Inilah penyakit yang kebanyakan wanita tidak dapat mengelak daripadanya . 

      " Haah , Naufal nii . Ibu sihat ? Lama tak jumpa ibu ," Tengku Fayyadh Naufal berlaku jujur kepada ibu . Aku hanya tersenyum sementara Tengku Fayyadh Haikal bermain main dengan rambutku . Lelaki nii takde rambut ke ? 

   " Alhamdulillah , ibu sihat ja kat sini . Naufal macam mana ? Okey ?" 

" Alhamdulillah , Naufal sihat walafiat ." 

    Secara sembunyi sembunyi , aku menekan perutku . Ya Allah perut , kau jangan buat hal kat sini . Tolong jangan bocor , jangan buat hal yang tidak berfaedah . Duduk diam diam . 

     " Naufal kena jaga kesihatan tau ? Jangan kuat sangat bekerja . Nanti jatuh sakit . Duit tak ke mana , Naufal . Nii , bila nak kahwin anak ibu nii ?" Ibu menasihati Tengku Fayyadh Naufal seperti menasihati anaknya sendiri . 

   Lelaki itu memandang kami berdua . " Ish , ibu nii . Lambat lagi Naufal nak kahwin . Naufal baru umur 22 . Lama lagi laa ibu ." Tengku Fayyadh Naufal segera menafikan perkara sebegitu . Dia bangun dan terus merayau rayau di dalam kawasan rumahnya . Bercakap dengan ibu seperti bercakap dengan teman wanitanya . Tidak mahu orang lain dengar . 

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now