Part 21

123 8 2
                                    

Aku memandang tepat ke dalam matanya . Sungguh berani kali ini . Sangat berani . Melawan majikan yang membayar gajiku , ibu bapaku , untuk meneruskan kehidupan kami . Tanpa dirinya , ibu bapanya , kami mati kelaparan . 

     Namun , 

Kali ini aku langsung tidak kisah semua benda itu. Aku tidak peduli dengan darjat kami . Yang aku inginkan kini , maruah aku harus dikutip kembali daripada menjadi binatang peliharaannya . 

    Mata berkacaku menelan biji matanya . 

Dia menelan liur mendengar ayat itu . Dia juga membalas pandangan yang aku berikan . 

     Tengku Fayyadh Haikal hanya berdiam diri melihat kami berdua . 

Selang beberapa ketika , lelaki itu menggenggam tanganku , menarik diriku untuk pergi , 

     " Dahlah , Aisyah . Jom kita pergi ," Tengku Fayyadh Haikal berkata perlahan sambil menjeling lelaki yang berdiri kehilangan kata di hadapan ku . 

 Aku mengeluh perlahan lalu pergi ke superbike Suzuki nya . Air mata masih lagi tidak henti henti keluar . Stop it , tear ! 

      Tengku Fayyadh Haikal menggosok perlahan belakang badan ku . Ingin memberi aku ketenangan mungkin . 

   Selepas memakai topi keledar yang besar gedebah yang diberikan oleh Tengku Fayyadh Haikal , kami berdua pergi melemparkan asap kenderaan kepada Tengku Addrian Firdaus yang masih lagi berdiri di muka pintu dengan muka yang masih lagi terkejut . 

      Adakah kau keterlaluan , Aisyah Batrisyia ? 

*****

" Aisyah ?" Tengku Fayyadh Haikal memanggil di hadapan . 

     Aku memandang dirinya . " I'm sorry . Apa yang Haikal cakap tadi ?" Sambil mengesat air mata yang keluar , aku meminta maaf . 

 Dia mengeluh berat . Mungkin kesal dengan perlakuan ku . " Aisyah , sabar laa . Aisyah tak boleh macam nii ," dia menutur kata . 

     " Makan nii . Haikal belanja sekali dengan lunch nii tau ," Tengku Fayyadh Haikal menolak semangkuk kecil nasi kepada ku . Kami kini berada di Seoul Garden HotPot . Makanan Korea maybe . Itu sahaja yang aku baca pada papan tanda sebelum masuk ke dalam kawasan berhawa dingin ini . 

     " I'm sorry , Aisyah banyak menyusahkan Haikal . Dahlah tak bayar balik ,"

" Apa lah Aisyah nii , cakap macam tuu pulak . Sekarang nii baik Aisyah makan sebelum Haikal merajuk . Haikal tak boleh tau tengok Aisyah macam nii . Haikal rasa sakit hati ," dia terus berlaku jujur dengan ku . Air iced lime tea yang dipesan tadi dihirupya sedikit . 

     Aku hanya melihat perlakuannya . Lalu , sesudu nasi terus disuap ke dalam mulutku . Aku tidak mahu mencari masalah lagi dengan lelaki di hadapan ini . Aku sangat terhutang budi dengan dirinya . Dari kecil hingga ke besar dia membantu kami sekeluarga . Dan aku tidak pernah balas budinya satu sen pun . Sungguh mulia hati anak yatim piatu ini .

      " Kenapa Haikal order banyak sangat nii ? Kita berdua ja kan ? Ke Abang Naufal nak datang ?" Aku bertanya gembira apabila mengingatkan tentang abangnya itu , Tengku Fayyadh Naufal . Lama sudah kami tidak bertemu mata . Aku sudah merindui dirinya yang banyak membantu keluargaku . 

     Tengku Fayyadh Haikal langsung tidak memandang mataku . Dia hanya mengambil makanan yang berada di hadapan kami menggunakan chopstick ang disediakan . Aku hanya sekadar menggunakan sudu dan garpu . Tiada biasa menggunakan alat kutleri itu . 

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now