Part 20

135 9 6
                                    

" Fir !"

     Ketukan bertalu talu yang dibunyikan oleh diriku tidak dihiraukan oleh dirinya . Apa salah aku ? Jeritan yang dibuat olehku juga tidak didengarinya . Aku memandang sekeliling bilik ini , bilik arwah adiknya , Lia Natalia . Bilik inilah yang dahulunya tidak boleh dimasuki oleh sesiapa . Kerana abang arwah sangat sayangkan arwah . 

     Namun , mengapa aku dikunci di sini ? 

Aku terduduk dan tersandar pada pintu bilik . Ibu ! Air mata tidak henti henti keluar . Aku melihat diriku . Berblaus hitam , berseluar jean . Hajat untuk keluar bertemu Tengku Fayyadh Naufal , abang kepada Tengku Fayyadh Haikal tidak kesampaian . Apa nasib aku memang tidak boleh diubah ? 

    Sentiasa dihina , didera , dipukul ? Tidak boleh hidup bebas seperti manusia lain ? Aku sakit . 

Apa yang aku boleh buat supaya nasib aku berubah ? Apa yang aku harus buat supaya manusia lain faham perasaan aku ? Apa yang aku perlu buat supaya manusia lain tidak menyakiti ku ? 

    Diriku ini , tidak ubah seperti binatang . Hanya dapat mengikut apa sahaja yang manusia lain suruh . Seperti lembu busuk dicucuk hidung . 

    Air mata masih lagi bergenang meratapi nasib yang memang sejak azali ditentukan begini . Bagaimana aku dapat ubah nasib diri ini ? 

   Tidak . Kau tak boleh ubah , Aisyah Batrisyia . 

Kata hati ku berbisik . 

      Tengku Addrian Firdaus bin Dato' Zahierul Waie . Orangnya tidak boleh diduga . Kadang kejam , kadang cemburu . Adakalanya boleh menjadi seorang wira , adakalanya boleh menjadi seorang pembunuh . Ada masa dia menjadi seorang yang baik, ada masa dia menjadi seorang yang bengis . 

   Aku letih dengan dirinya . Aku tidak suka perangainya . Aku benci dengan egonya . 

Aku mulai sedar , dia memang tidak boleh bersamaku . 

      Kini , aku terkurung di dalam biliknya ini seorang diri . Kerana siapa ? 

Kerana dia , orang yang aku cintai , dahulu . 

*****

     Bunyi petikan gitar di bilik sebelah mengejutkan aku daripada tidur . Apahal pulak main gitar nii ? 

     Dengan mamainya , aku bangun dari atas lantai untuk ke tandas , membasuh muka . Kemudian , aku mengerling jam dinding yang berwarna merah jambu . Jarum pendek jam menunjukkan pukul lapan . Allahu , sudah pukul lapan malam . 

    Sudah lapan jam aku tertidur di atas lantai . Sudah lapan jam aku terkurung dalam bilik ini . Dan sudah lapan jam aku tidak makan apa apa makanan . 

     Huh ! 

Bunyi gitar yang dipetik membuat aku menyampah . Macam lah best sangat dia main . Aku mula naik muak apabila mengingati semua kenangan yang terukir bersama dengan dirinya . Aku benci diri aku sendiri . 

    Kenapa aku boleh mencintainya ? 

     " Walking down 29th and park , 

          I saw you in another's arm , 

          Only a month we've been apart , 

          You look happier ."

Dia menyanyii pulak daa ... 

     Perut aku juga membuat lagu . Aku lapar . 

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now