Part 24

135 9 1
                                    


Kami semua memandang antara satu sama lain . " Add !". " Fir !".

     Dato' Zahierul Wa'ie , Datin Tengku Puteri Emilia, ibu dan ayah menjerit serentak nama lelaki itu . Mereka berempat bergegas bangun dan masuk ke dalam sebuah bilik .

Aku memandang Tengku Fayyadh Haikal dan Tengku Fayyadh Naufal . Mereka berdua sama sama mengangkat bahu tanda tidak tahu . Sungguh , sifat adik beradik sebati di dalam jiwa mereka .

   Aku segera mengekori langkah ibu dan ayahku .

     " Add ! Astaga apa dah jadi nii ?!" Datin Tengku Puteri Emilia segera membantu mengangkat anak teruna nya yang rebah ke lantai .

Dato' Zahierul Wa'ie juga menolong isterinya mengangkat anak tunggalnya itu . Lelaki itu kelihatan sangat lemah . Terdapat kaca kaca pecah bertaburan di atas lantai di tepi dinding . Lelaki itu dibaringkan di atas katil bercadar putih . 

   Satu kain putih yang lembap diletakkan di atas dahinya . Kelopak matanya tidak dapat dibuka dengan luas . Aku simpati terhadap dirinya . Kemudian , Tengku Fayyadh Naufal dan Tengku Fayyadh Haikal masuk ke dalam bilik tersebut dan berdiri di sampingku . 

     " Mungkin dia nak air tadi , tapi takde siapa dalam bilik nii tadi ," Ayah menjampuk setelah sekian lama memerhati lelaki yang terbaring lemah di atas katil itu . 

Ibu mengangguk perlahan lalu mengutip kaca kaca pecah yang bertaburan . Ayah segera menghampiri ibu dan menolong isterinya . Sementara aku , keluar dari bilik itu untuk mengambil segelas air yang baru kepada lelaki yang terlantar di dalam bilik sana . 

     Aku sudah terbiasa dengan kerja sebegini tanpa disuruh . Kerana aku seorang pembantu rumah . Dan rumah ini , majikan ku membinanya . Aku memang tidak mampu untuk membalas budinya , hanya dengan ini sahajalah aku dapat membalas hutang itu . 

   For the first time menjejakkan kami ke dalam rumah sendiri , aku terpegun melihat kecantikan dapur rumahku sendiri . Adakah ini benar ? 

Tidak dapat bercakap panjang tentang dapur rumahku ini , kerana aku ada kerja lebih besar daripada menghurai dapur rumahku sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tidak dapat bercakap panjang tentang dapur rumahku ini , kerana aku ada kerja lebih besar daripada menghurai dapur rumahku sendiri . Aku segera mengisi air ke dalam gelas dan berlalu pergi. 

   " Datin , nah ," Aku menghulurkan segelas air itu kepada Datin Tengku Puteri Emilia . " Owh , thank you so much, Aisyah ." Dia tersenyum kepadaku dan memberi anak terunanya minum dengan perlahan lahan . 

     " Careful , Add ," Dato' Zahierul Wa'ie masih lagi setia berada di atas katil di sisi anak tunggalnya itu . 

  " Add ni demam panas , Aisyah . Tak tahu lah macam mana boleh jadi macam nii ," Datin Tengku Puteri Emilia bercerita sambil mengeluh perlahan . Tengku Addrian Firdaus batuk berkali kali selepas menelan air itu . 

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now