Part 5

309 19 11
                                    

Ah ! Sabtu ! Heaven Day !

      Aku menggeliat di atas toto nipis dan buruk itu . Terasa lapang fikiran pabila Sabtu tiba . Tiada sekolah . Tiada pelajar . Namun , tiada juga Alyaa Nabiha . 

Bila terfikir tentang Alyaa Nabiha , teringat tentang cerita yang dia sampaikan beberapa hari dahulu . Aku memberitahu tentang kisah silam Tengku Addrian Firdaus , namun aku dikejutkan lagi dengan kisah silam yang lain . 

Alyaa Nabiha bercerita yang Tengku Addrian Firdaus memang sangat jahat dahulu . Kerana itu , hanya aku sahaja yang berani meluahkan perasaan kepada nya . Semua pelajar memang tidak berani bersua muka dengan nya dahulu . 

Walaupun , sehensem mana Tengku Addrian Firdaus , namun tiada siapa yang berani meluahkan cinta kepada nya . Kata Alyaa Nabiha , mungkin pelajar perempuan memaki hamun aku kerana cemburu dengan keberanian yang aku tonjolkan . Walau , bukan aku yang luah kan perasaan ku sendiri . 

Aku tersenyum mengingati bait bait kata Alyaa Nabiha . Sungguh lawak . Ada juga yang cemburu dengan wajah hodoh ini . Alyaa Nabiha juga mengatakan bahawa pelajar lelaki membuli ku kerana mereka menganggap tidak adil disebabkan aku satu satu nya pelajar yang tidak didera oleh Tengku Addrian Firdaus . 

Aku terselamat dari buliannya . 

Hanya kini , Tengku Addrian Firdaus lembut dan baik seperti itu . Sejak kematian adik nya . Jika dahulu , Tengku Addrian Firdaus lebih jahat dan kejam daripada geng The Panthers . Alyaa Nabiha juga memberitahu tentang pembunuh arwah Lia Natalia . 

Katanya , pembunuh itu tidak bersekolah di sini . Malah bersekolah di sekolah swasta . Agak kaya juga . Entah bagaimana , Lia Natalia boleh terjebak dengan lelaki itu . Entah bagaimana , Tengku Addrian Firdaus juga boleh membuli lelaki itu . 

" Aisyah !" Ibu memanggil .

       Aku segera mendapatkan ibu di dapur . Lamunan ku dihentikan . Kelihatan ayah dan ibu sedang bersarapan di atas tikar mengkuang yang sudah carik , mereka sudah bersedia untuk pergi ke tempat kerja . Ibu dan ayah tiada waktu cuti walaupun sehari . Itulah kerja pembantu rumah dan pemandu untuk majikan kaya .

" Kenapa , bu ?" .

      " Ibu nak ajak Aisyah pergi rumah Dato' ni ," Aku ternganga mendengar pelawa ibu . Aku mimpi ke ?

Selama ini , aku merengek macam mana sekali pun , tidak dihiraukan langsung tangisan ku . Tapi hari ini ?

      " Aisyah dengar tak ?" Ayah mematikan kotak lamunan ku .

" Ha ? Dengar ," .

       " Dah tu , pergilah bersiap . Kitorang dah nak pergi ni ,".

Aku masuk ke dalam bilik ku yang kecil seperti reban ayam itu . Kami hanya menggunakan kain langsir nipis untuk menjadikan pintu bilik . Pertama kali aku ke rumah majikan ibu ayah yang bapak kaya itu , Dato' Zahierul Wa'ie .

   *****

" Ibu kenapa hari ni ibu ajak Aisyah pergi rumah Dato' ?" Aku bertanya . Kami dalam perjalanan menuju ke rumah usahawan berjaya itu .

     " Bibik Syafiqah dan Bibik Afiqah cuti seminggu . Ibu nak Aisyah tolong ibu , boleh ?" .

" Boleh !" Aku mengangguk , bersetuju .

      " Aisyah kat sana , jaga adab eh . Jangan nakal nakal tau ?" Ayah mencelah ruang perbualan kami .

" Ayah , Aisyah bukan budak kecil lagi la ," Aku memeluk erat pinggang orang tua itu . Ayah hanya ketawa kecil .

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now