Siling yang ku pandang terasa asing bagi diriku . Di mana aku ? Aku toleh ke kanan . Kelihatan seorang lelaki sedang tidur menyembamkan mukanya di atas katil dan memegang tangan kanan ku . Lelaki itu kemas ber t - shirt hitam lengan panjang .
Aku memandang sekeliling .
Dinding bilik ini dicat dengan warna biru laut . Sungguh mendamaikan . Terdapat satu meja belajar yang besar di penjuru bilik yang tersusun kemas dengan beberapa buah buku . Kelihatan sebuah piano yang berwarna hitam tersadai cantik berhampiran dengan meja belajar tersebut .
Setelah lima minit meninjau dengan hanya menggerakkan kepala , aku cuba untuk bangun dari pembaringan . Sebelum itu , usaha untuk melepaskan genggaman lelaki ini yang memegang tanganku berjaya dilaksanakan tanpa lelaki tersebut sedar daripada tidur .
Dengan perlahan lahan aku menggerakkan punggung ke belakang supaya boleh bersandar pada katil itu . Dalam proses tersebut , punggung yang digerakkan terasa tidak selesa . Amat sangat tidak selesa sekali .
Dengan itu , aku mengangkat selimut untuk mengetahui sebab musabab itu . Allahu ,
Cadar biru laut ini amat ketara kolaborasi warnanya dengan merah darah . Oh man ! What the heck am I doing !
Dengan itu , minda aku terus menangkap apa yang terjadi sebelum ini . Ya , aku di rumah Tengku Fayyadh Haikal . Dan lelaki itu semestinya dia . Dengan rambut yang sangat menawan . Air bau yang dapat mengharumkan sebuah bilik ini .
Aku segera menutup darah itu dengan selimut dengan sempurnanya . Jeans hitam yang ku pakai tidak menonjol seperti cadar ini . Aku memandang lelaki yang sedang tidur di sisi .
Aih , malunya aku pada si dia . Setiap kali kami berjumpa semestinya aku akan buat masalah . Kenapa ? Dan dia juga selalu membantu .Dia seperti seorang wira buat diriku . Sentiasa ada walau susah dan senang .
Bukan hanya menjadi wira kepada diriku , malah keluargaku juga amat diambil berat olehnya . Sungguh , Tengku Fayyadh Haikal . Aku malu dengan dirimu .
Aku mengeluh berat . Apa aku nak jawab dengan darah melimpah nii ? Apa aku nak buat dengan cadar nii ? Apa aku nak jumpa dengan dia lagi lepas nii ?
Ya Allah , sungguh aku malu .
Sekali lagi aku memandang kerabat diraja ini . Lena sungguh dia tidur . Dengan berpakaian sekolah . Dari mana lelaki ini ?
Aku merenung rambutnya . Rambutnya yang membuat aku cair . Adumak . Kenapa setiap lelaki akan aku tenung rambutnya dahulu ? Gila sudah diriku ini .
Hidungnya yang mancung menonjolkan lagi kekacakkan dirinya . Bibirnya yang tebal itu menambahkan lagi rupa parasnya yang sempurna . Garis lehernya yang tajam juga membuat rupanya tiada cacat cela .
Selepas menilik satu persatu , aku tersedar . Yang dia tidak layak untuk diriku . Dia terlalu sempurna berbanding diriku yang berjeragat dan berwajah katak . Aku tidak layak untuk mendapat layanan sebegini daripadanya .
Sekali lagi , keluhan berat aku lepaskan .
Tiba tiba , tangannya bergerak sedikit tanda tuan punya badan sudah sedar . Biji mataku sudah membulat . Apa kau nak cakap dengan dia Aisyah ? Mampus aku ! Dengan darah satu tan dah menyerap cadar nii . Gila !
Tengku Fayyadh Haikal membuka mata . Tidak lama sebentar , matanya berlegar sekeliling dan memandang diriku . Aku membalas pandangan .
Dengan serta merta , dia mengangkat kepala dari katil itu . " Aisyah ! Aisyah dah sedar ? Are you okay ? Ada sakit lagi tak ? Dah tak sakit ?" Soalan terus diajukan bertalu talu . Aku masih lagi kaku memandang dirinya .
YOU ARE READING
PELOBATIDIA
Teen FictionMengapa aku dilahirkan dengan rupa sebegini ? Mengapa aku memiliki wajah ini ? Mengapa aku harus tempuh kisah hidup ini ? Mengapa ? Mengapa ?! Pabila hodoh , diri dicemuhi . Pabila cantik , diri dirogoli . Pabila bijak , diri diumpati . Pabila m...