Part 11

243 14 0
                                    


Seketika melihat kami ketawa , kami berempat senyap membisu . Aku memandang Alyaa Nabiha . Tengku Addrian Firdaus menelan biji mata Tengku Fayyadh Haikal .

     " Mana yang lain ?" Alyaa Nabiha bersuara mematikan sunyi keadaan .

" Erm , pergi makan . Takkan tak terserempak dengan awak berdua ?" Tengku Fayyadh Haikal pula bertanya . Tengku Addrian Firdaus masih lagi tidak mahu membalas pandangan ku .

     " Jom , duduk ." Tengku Fayyadh Haikal masih lagi bersuara . Dia menyuakan kerusi kepada mereka berdua . Dia meletakkan dua buah kerusi biru muda di tepi katil ku .

Alyaa Nabiha maju ke hadapan untuk duduk manakala lelaki di sebelah nya hanya meninggalkan jelingan dan wajah yang masam lalu melangkah untuk keluar .

     " Add ," Tengku Fayyadh Haikal memanggil .

" Jangan panggil nama aku ,

Pembunuh ." Aku terkejut . Alyaa Nabiha terkesima .

     Namun , dua orang jejaka kacak itu hanya menunjukkan riak wajah yang biasa .

Tengku Addrian Firdaus dengan wajah benci nya , Tengku Fayyadh Haikal mengeluh berat .

     Pembunuh ?

" Add ," Tengku Fayyadh Haikal tidak mendengar kata .

     " Kau dah pekak ?" Tengku Addrian Firdaus dengan suara perlahan namun keras .

" Kita tak sepatutnya macam ni ," Lelaki berjaket hitam itu menghampiri Tengku Addrian Firdaus .

     " Kita sepatutnya dah berdamai ," Tengku Fayyadh Haikal menyentuh bahu kirinya .

Belum sampai dua saat , Tengku Addrian Firdaus sudah mencekuk kolar jaket lelaki itu .

     " Bagi balik adik aku , baru kita berdamai !".

Alyaa Nabiha berdiri dari duduk . Aku duduk tegap dari menyandar .

     " Add !" Alyaa Nabiha meninggikan suara .

" Aku dah cakap bukan aku ..."

     " Kau yang bunuh adik aku !" Tubuh Tengku Fayyadh Haikal ditolak kasar oleh lelaki berbaju biru itu . Biru tidak menunjukkan tenangnya dia kini .

Jeritan mereka amat nyaring . Mulut ku terkunci untuk meleraikan pertengkaran .

     Alyaa Nabiha juga sudah senyap kerana terkejut .

Tengku Fayyadh Haikal memegang pergelangan tangan lelaki di hadapan nya .

     " Add , let me explain " Tengku Fayyadh Haikal cuba menenangkan lelaki di hadapan nya . Aku sudah tidak tahan duduk . Harus dileraikan juga mereka .

Tengku Addrian Firdaus seorang pembuli dahulu . Namun , apa maksudnya Tengku Fayyadh Haikal seorang pembunuh ?

     Perasaan lemah dibuang jauh di sudut hati . Berusaha juga untuk bangun dari pembaringan . " Fir !"

" Explain binatang kau !" Lelaki itu masih lagi meraung di dalam bilik ini .

     " Add !" Alyaa Nabiha menarik lengan Tengku Addrian Firdaus untuk menghentikan pergaduhan .

" Add , aku tak rogol Lia ," Dengan tenang Tengku Fayyadh Haikal menutur kata .

     Bupp !

PELOBATIDIAWhere stories live. Discover now