" Eh ! Aisyah ! Kau dah sedar ?" Alyaa Nabiha menghampiri kami berdua yang masih lagi bertentang mata . Aku tidak tahu apa yang ingin dia sampaikan melalui mata nya .
" Aisyah ?" Alyaa Nabiha melambaikan tangan di hadapan kami yang masih kaku .
" Guys ... apa korang buat ... ni ?" Alyaa Nabiha berdiri tegak di sisi katil . Mungkin pelik dengan suasana sekarang ini .
" Kau harus bertanggungjawab dengan cinta ni ."
Tengku Addrian Firdaus mengangkat kaki lalu keluar dari bilik . Alyaa Nabiha mengejar nya . Wajah nya serius .
" Hey ! Kau nak ke mana ?! Aku nak balik dengan siapa nanti ?!" Suara itu lesap di pendengaran bersama tuan nya .
Aku masih lagi kaku dengan pandangan nya , percakapan nya , perlakuan nya .
Dia memang benci aku .
' Kau nak lari lepas aku balas cinta kau ?'.
Dia balas cinta aku dengan pembulian . Dia beri aku seksa . Azab yang sakit . Cemuhan yang keji . Hinaan yang caci . Kebencian yang tak terhenti .
' Kau harus bertanggungjawab sebab cinta ni .'.
Aku harus tanggung semua bulian ini kerana mencintai nya . Aku harus tanggung semua seksa ini kerana menyukai nya . Betul lah cakap mereka .
Jangan jatuh cinta dengan pembuli .
' Pergi mampus dengan maaf kau !'.
Dia tidak mahu menerima maaf aku kerana mencintai nya . Maksud nya , aku harus tanggung seksa ini . Selama mana dia berada di sekolah bersama ku .
Air mata menitis laju . Tak sangka percintaan menjadi kebencian kepada nya .
Namun , ini semua masuk akal untuk nasib ku yang hodoh ini . Mana mungkin , aku akan menjadi seperti Cinderella .
Aku tersenyum dalam tangisan . Sungguh gila fikiran ku . Berfikir sejauh itu bersama muka hodoh ini .
Kini , aku sendirian . Dalam tangisan .
Tengku Addrian Firdaus benci aku .
Kedengaran tapak kasut menghampiri bilik . Serta merta aku mengesat air mata yang bercucuran keluar . Tidak mahu dipandang lemah . Aku memandang kaki ku yang menjalar di atas katil .
Aku memang lemah .
" Huuuhhh , letih gila kejar Addrian Zirafah tu . Penat aku ," Alyaa Nabiha meluru masuk dan terus duduk di kerusi . Letih benar .
" Aisyah , kau okey tak ?" Perempuan cantik ini memegang tangan ku . Masih berpakaian sekolah lagi dia . Cemburu nya dengan kecantikan nya .
Aku tersenyum mengangguk .
" Ou , by the way kau tau siapa yang langgar kau ? Dato' Zahierul Wa'ie . Ayah Tengku Addrian Firdaus ." Alyaa Nabiha menjawab soalan nya sendiri . Aku terkesima .
Sehingga begitu sekali Tengku Addrian Firdaus bencikan aku . Dia ingin bunuh aku ?
' Kau dengan dia boleh pergi mati la !'.
Tengku Addrian Firdaus memang mahu aku mati . Tapi mengapa dia benci Tengku Fayyadh Haikal ? Kerana Tengku Fayyadh Haikal mencintainya ? Tak mungkin .
" Aku pelik gak sebab ayah kau pun ada dalam kereta tu . Tapi dia tak memandu ." Alyaa Nabiha terus menerus memberi klu untuk menyelesaikan jawapan ku .
YOU ARE READING
PELOBATIDIA
Teen FictionMengapa aku dilahirkan dengan rupa sebegini ? Mengapa aku memiliki wajah ini ? Mengapa aku harus tempuh kisah hidup ini ? Mengapa ? Mengapa ?! Pabila hodoh , diri dicemuhi . Pabila cantik , diri dirogoli . Pabila bijak , diri diumpati . Pabila m...