Najib

205 11 0
                                    

Najib dan Asmah merupakan pasangan kekasih yg baru declare seminggu yg lepas. Setelah puas berdating di taman bunga, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Suasana di sekeliling agak sunyi, dan waktu telah menunjukkan pukul 3 pagi. Najib dengan bijaknya menggunakan laluan shortcut yg jelas sekali tiada siapa berani lalu. Laluan shortcut yg dikira pendek rupanya semakin jauh dan lebih ceruk ke dalam.

Memandangkn malam tu gelap, Najib sampai tak perasan yg tayarnya terlanggar lubang jalan yg agak dalam dan menyebabkn keretanya tersangkut. Hasil titik keringat Najib, minyak keretanya ditekan sehabis boleh dan keretanya selamat dikeluarkn. Tapi minyak pula dah habis. Seingat dia, memang tiada simpanan minyak. Almaklum lah minyak pun mahal, jadi agak sukar untuk dibuat simpanan.

"Asmah, abg jib rasa kita terpaksa mencari bantuan. Takpa, mah rehat jelah. Kesian dari tadi abg jib tengok mah asyik terteleng2. Tula, abg jib suruh potong rambut tapi mah taknk." Kata Najib menunjukkan rasa kesian. "Ah abg jib ni. Rambut mah lah asset tau. Bukan senang nk bikin. Baiklah, asmah rehat kat sini. Tapi abg jib janji tau jangan pergi lama2." Najib hanya tersenyum dan mengiyakan apa saja yg asmah bualkan.

Tanpa berlengah, Najib keluar dari perut kereta. Asmah dalam menyampah tetap risaukn Najib, jadi dia toleh pada side mirror kereta untuk memastikan yg Najib selamat pergi sehingga hilang kelibatnya.

Akibat kepenatan dan terlalu ngantuk, Asmah terlelap. Tapi tak panjang lelapnya.

Dia terdengar hentakkan dari atas bumbung kereta. Thump..thump..thump.. Pada firasat Asmah mungkin dia bermimpi. Jadi dibiarkan saja. Tapi lagi sekali bunyi ketukan itu muncul. Thump..thump..thump.. Asmah mula tak sedap hati dan takut. Kalau dia keluar kang, tak sia2 jumpa orang minyak keapa. Jadi nak taknk dia mengeraskn diri dalam kereta.

Selang 5 minit, lalu sebuah kereta polis dan terus berhenti di belakang kereta Asmah. Polis itu menggunakan pembesar suara dan membuat pengumuman "cik, sila keluar dari kereta dan datang ke arah kami. Walau apa pun yg terjadi, cik jangan toleh ke belakang"

Asmah sedikit lega kerana akhirnya sampai juga bantuan. Namun dia masih risaukan Najib. Keluar je dari perut kereta, Asmah jalan teragak2 ke arah pegawai polis yg bertugas. Namun hati dia masih meronta2 untuk toleh ke belakang. "Sekali je toleh bukan luak kut" bisik Asmah sendiri dan terus menoleh ke belakang.

Di atas bumbung kereta tadi, terdapat seekor lembaga hitam, badannya membengkok ke belakang, dan paling menggerunkn. Tiada kepala. Di tangannya, terdapat sebatang besi yg besar dan dihujung batang itu, di situlah kepala Najib -cc

CutCreepiWhere stories live. Discover now