Polis Entry

138 5 3
                                    

Anisa anakku terpekik keriangan semasa kami bermain polis entry. Ianya jelas bahawa dia sangat suka bermain dengan ayahnya yg satu ni. Dia ketawa sampai mengalir air mata, akibat di 'tag'. "Ayah, dah la tu. Perut saya sakit ni" kata Anisa kepadaku dengan nada gembira. Org yg di 'tag' seterusnya akan menjadi polis dan perlu mengejar & menangkap pencuri. Untuk kesekian kalinya aku tertawa bahagia. Melihat anakku dan bermain dengannya. Seronok sangat. Akhirnya, benda yg baik tiba juga. Anisa mungkin kepenatan. Kerana tanpa aku sedar, dia telah pun tertidur.

Isteriku baru je pulang ke rumah. Dia terlalu teruja melihatku sampai menitiskn air mata kegembiraan. Aku terus tersenyum dengan riangnya. Isteriku memandang kearah ku dan terlihat peralatan yg telah aku gunakn untuk bermain tag tadi. Isteriku bersuara dengan nada yg sangat teruja. "Tergamak awk buat anak kita macam ni Amri?" Dan isteriku terus cuba untuk melarikan diri. Nak bermain kejar2 juga lettew!, tapi dia terlalu lambat :( "tag!" Aku sebut dengan nada yg saaangat girang "sekarang giliran awk pula kejar abg, syg". -cc

CutCreepiWhere stories live. Discover now