Memandangkn Udin dapat cuti panjang kali ni, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Sesampai dia di kampung, dia terus berjumpa mak dan abahnya. Melepas rindu gitu.
Selesai makan malam, Udin dan keluarganya berkumpul di ruang tamu dan bersantai2 menonton tv. Namun Udin cepat rasa bosan. Mungkin lelaki memang begitu kut. Jadi dia ambil telefon bimbitnya dengan niat untuk terai nasib di aplikasi wicet -people nearby. Oleh kerana dia tkmau mak abahnya nampak akan perbuatan tersebut, jadi dia mengambil keputusan untuk people nearby di dalam biliknya.
Sedang Udin leka bermain wicet, tanpa dia sedar, tingkap biliknya terkuak sedikit. Biasalah tingkap rumah kampung, tingkap kayu saja. Kalau tidak diselak, bila ditiup angin sikit mesti terbuka. Tergerak hati Udin untuk menutup semula tingkap tersebut, jadi dia pandanglah kt tingkap tu. Tiba- tiba, dia terasa seram sejuk. Diluar tingkap biliknya terselit satu benda putih. "Orang mengendap aku ke? Eh takknlah ada yg nk intai lelaki? Tebiat ke apa. Tapi memang bentuk susuk tubuh orang" Bisik hati Udin.
Sedang dia duk perhati, baru dia tersedar yg benda putih tersebut rupanya kain putih yg sedang membalut seseorang. Ya, macam balut mayat gitu. Udin tergamam. Kerana ketika ini, tingkapnya bukan sahaja sudah terbuka luas, malah benda tersebut sedang cuba melompat masuk ke dalam biliknya. Perkara terakhir yg Udin ingat sebelum dia pitam, dia menjerit terkeluar suara keciknya "Maaaaaaaaaaaaaaaaaak" -cc
YOU ARE READING
CutCreepi
Korkucerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.