Aku ni duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Amin namanya. Malam itu hujan turun dengan sangat lebat dan petir berdentam dentum diluar rumah. Amin anakku tidak seperti kanak2 lain. Dia amat gemar melihat petir, pada dia benda tu mengujakan dan sgt mencabar. Esok paginya dia akan dtg kepada aku dan bercerita tentang petir yg dia nampak. Aku hanya akan mengangguk dan tersenyum melayan kerenah Amin.
Selang dua hari selepas itu, semasa nak bersarapan, Amin datang terkedek2 berlari ke arah aku untuk menceritakn lagi tentang petir yg dilihatnya malam tadi. Tapi setahu aku semalam memang tak hujan apatah lagi nk turun petir. "Semalam tak hujan syg. Amin mimpi la ni" kataku menyedapkn hati. "Betul ayah, Amin tk tipu. Memang ada petir kt luar rumah semalam" Jawab Amin sambil merengek. Aku hanya menggeleng dan tersenyum. Dan kejadian ini berlarutan nak dekat seminggu. Perkara ini sangat membimbangkn aku sebab seminggu ni juga mmg tkda hujan mahu pun petir mcm yg Amin ceritakan.
Pagi itu, sebelum aku nak masuk ke pejabat, aku belek2 la surat khabar yg baru dibeli tadi. Terpampang di muka surat hadapan akhbar "SEORANG PEDOPHILIA YANG PALING DIKEHENDAKI MASIH BELUM DITANGKAP SEHINGGA KE HARI INI". Sambungan tajuk tu tertulis yg mamat pedophilia ni aim budak2 kecik terutamanya yg lelaki. Dan apabila dia dah aim seseorang mangsa tu, dia akan mengambil gambar yg banyak sebagai koleksinya.
Tersentap aku seketika. Sebab sebelum keluar rumah pagi tadi Amin tak seceria selalu dan mengadu kat aku yg semalam dia tk nampak satu pun petir diluar rumah. Aku pun bergurau la kt dia "Mungkin petir tu penat la Amin. Tiap malam kan dia kerja". Tiba2 daripada muka dia monyok, terus bertukar ceria dan dia menjawab "Hihi tak lah ayah, petir tu dah ada dalam almari saya semalam". Ah sudahhh! -cc

ANDA SEDANG MEMBACA
CutCreepi
Horrorcerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.