Willy

213 10 0
                                    

Tepat pukul 3 pagi, Hasan masih di jalan raya menaiki motosikal bersama Amri yg setia membonceng dibelakangnya. Mereka pulang setelah puas dengan hasil lumba yg diperoleh. "3k sapa nk kasi oi" jerit Amri kegembiraan. Begitu juga Hasan yg dah ketawa sakan sambil melakukan aksi "willy".

Setelah menunjukkan beberapa aksi ganas itu, Hasan membawa motor melalui kebun getah, Amri dibelakang yg tadinya jerit pekik terus terdiam. Pelik Hasan. Tapi dibiarkn saja. Namun kali ni Hasan merasakan ada tangan yg memeluknya. "Am, kau jangan macam2 la malam ni. Taulah dah menang tapi tak perlu nk terharu sampai peluk2 kut". Masih diam. Perjalanan dalam kebun getah itu terasa sangat panjang.

Selang 5 minit, Hasan terdengar sayup2 suara seperti seseorang memanggil namanya. Terus meremang bulu tengkuk Hasan. "Hasan, tunggu aku san". Hasan amati suara itu. "Sebiji macam suara Amri. Tapi kenapa Amri punya suara jauh sayup2 je sedangkan dia ada bonceng kt belakang ni sambil peluk aku" bisik hati Hasan.

Tanpa berlengah, Hasan memperlahankn motosikalnya dan tergerak hati untuk menoleh ke belakang. Di belakangnya kini bukan Amri tetapi seorang perempuan berbaju putih dan ada kesan darah di tengah2 perutnya. Tangannya masih memeluk Hasan, malah makin erat. Matanya terjojol dan wajahnya koyak rabak.
Kelibat Amri masih jauh di belakang mengejar motornya akibat telah tercicir semasa Hasan membuat aksi2 "willy" tadi.-cc

CutCreepiWhere stories live. Discover now